Bersentuhan Dengan Non Muslim Adakah Batal Wudhu



SOALAN:
Adakah batal wudhu’ wanita Muslim yang bersentuhan kulit dengan wanita bukan Muslim? Sebabnya saya ada ramai kawan-kawan non-Muslim di pejabat. Rasa bersalah pula kalau tidak menyambut tangan mereka ketika bersalam, sedangkan saya mahu pelihara wudhu’ saya. Harap dapat memberi pencerahan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu’lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah: 6)

Syeikh al-Sa’di menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan hukum (yang dapat dikeluarkan) daripada ayat ini. Antaranya ialah perintah mendirikan solat, perintah untuk berniat bagi mengerjakan solat, juga disyaratkan untuk bersuci (daripada hadas) bagi sah solat, juga bersuci tidak diwajibkan ketika masuknya waktu solat tetapi wajib ketika hendak mendirikan solat dan lain-lain. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, hlm. 222)

Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’

Dalam menyimpulkan permasalahan ini, Habib Hasan bin Ahmad al-kaff menyatakan di dalam kitabnya perkara yang membatalkan wudhu’ ada empat iaitu:

Keluar sesuatu daripada kedua jalan (qubul dan dubur) melainkan keluar mani. Ini kerana keluarnya mani diwajibkan mandi dan ia merupakan perkara yang lebih utama dilakukannya dahulu.Hilang akal sama ada dengan tidur atau selainnya. Melainkan (tidak membatalkan wudhu’) sekiranya tidur dalam keadaan duduk yang tetap punggungnya di atas tempat duduknya.Bersentuhan (kulit) di antara lelaki dan wanita ajnabi (boleh berkahwin) secara langsung iaitu tanpa berlapik.Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan
(Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 103)

Bersentuhan kulit berlainan jantina dan sesama jantina

Pertama sekali, kita kena ketahui bahawa pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafie, bersentuhan antara berlainan jantina yang bukan mahram (seperti perempuan dan lelaki ajnabi) tanpa berlapik, membatalkan wudhu’. Firman Allah SWT:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا
“Sekiranya kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah -debu yang bersih.” (Surah al-Maidah: 6)

Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya:

أَنَّ الْتِقَاءَ بَشَرَتَيْ الْأَجْنَبِيِّ وَالْأَجْنَبِيَّةِ ينتقض سواء كان بشهوة وبقصد أم لا ولا ينتقص مَعَ وُجُودِ حَائِلٍ وَإِنْ كَانَ رَقِيقًا
“Sesungguhnya persentuhan kulit seorang lelaki dan perempuan yang ajnabi adalah perkara yang membatalkan wudhu’ sama ada dengan bersyahwat atau tidak. Akan tetapi, (persentuhan tersebut) tidak membatalkan wudhu’ sekiranya terdapat halangan (berlapik) walaupun nipis.” (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/30)

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, kita dapat fahami bahawa persentuhan yang membatalkan wudhu’ adalah apabila melibatkan dua jantina yang berbeza (yang bukan mahram). Adapun persentuhan kulit sesama jantina, tidak membatalkan wudhu’. Demikianlah juga, persentuhan kulit sesama jantina walaupun berlainan agama, tidak membatalkan wudhu’.

Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan bahawa manusia itu dimuliakan. Implikasi kepada kemuliaan tersebut, mereka tidak dihukumkan sebagai najis apabila telah mati, sama ada mereka itu Muslim atau kafir (bukan Islam). Manakala firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang Musyrik itu najis.” Najis yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah kepercayaan mereka atau perintah supaya menjauhi mereka seperti najis, dan bukannya kenajisan pada jasad mereka. (Lihat: Asna al-Matalib, 1/10)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa persentuhan kulit melalui persalaman (berjabat tangan) atau seumpamanya, antara sesama jenis walaupun berbeza agama, tidak membatalkan wudhu’.

Islam tidak pernah melarang kita daripada menyantuni dan berbuat baik kepada orang bukan Islam. Malah, kita diperintahkan berlaku adil dan menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Mudah-mudahan ia dapat menjadi sebab kepada dekatnya mereka dengan agama Islam. Firman Allah SWT:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahinah: 8)

Akhir kalam, kami berdoa agar Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/bersentuhan-dengan-non-muslim-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim

Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 229 hits
SOALAN Saya pelajar perubatan tahun akhir ingin mendapatkan penjelasan mengenai program yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO Secara ringkasnya program ini memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk menggunakan badan pesakit non Mu...
Hukum Memberi Dan Meletakkan Bunga Di Atas Keranda Non Muslim

Hukum Memberi Dan Meletakkan Bunga Di Atas Keranda Non Muslim

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 357 hits
SOALAN Apakah hukum memberi dan meletakkan bunga di atas keranda bagi mayat bukan Islam JAWAPAN Di dalam agama Islam perbuatan meletakkan bunga di atas kubur merupakan perkara yang dibahaskan oleh para ulama Sebagaimana amalan menabur bunga...
Hanya Pas Dipercayai Jamin Kepentingan Non Muslim

Hanya Pas Dipercayai Jamin Kepentingan Non Muslim

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 341 hits
HARAKAHDAILYBANDAR TUN RAZAK Hanya PAS menjadi wadah yang boleh dipercayai untuk menjamin keadilan dan mempertahankan hak kepada masyarakat kaum bukan Islam di negara ini atas dasar Islam yang menjadi pegangan parti itu Ketua Penerangan Dew...
Adakah Roh Orang Mati Boleh Mengganggu Dan Memudaratkan Orang Hidup

Adakah Roh Orang Mati Boleh Mengganggu Dan Memudaratkan Orang Hidup

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 277 hits
SOALAN Adakah roh orang mati yang tidak tenteram akan kembali dan menganggu dan memudaratkan orang yang masih hidup Sebab ada segelintir masyarakat kita yang percaya jika seseorang mati dan ada hajatnya yang belum tertunai ketika di dunia m...
Nur Sajat Menangis Mohon Maaf Tanya Adakah Dia Tidak Layak Pergi Ke Rumah Allah

Nur Sajat Menangis Mohon Maaf Tanya Adakah Dia Tidak Layak Pergi Ke Rumah Allah

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 737 hits
JUTAWAN kosmetik Muhammad Sajat Kamarul Zaman tampil memohon maaf sambil menangis kepada rakyat Malaysia terutama terhadap golongan ugamawan Muhammad Sajat dalam video secara live di Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris hari ini berkata dia...
Juara Lagu Ke 34 Sebentar Tadi Adakah Mengukut Syariat Ke Syurga Atau Neraka

Juara Lagu Ke 34 Sebentar Tadi Adakah Mengukut Syariat Ke Syurga Atau Neraka

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 413 hits
PERSEMBAHAN Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Bob Yusof pada Anugerah Juara Lagu Ke 34 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Foto Eizairi ShamsudinHALAMAN HIBURANSiti buat kejutan duet lagu Anta PermanaKUALA LUMPUR Kemunculan penyanyi tersohor ...
Adakah Rakyat Boleh Terima Pakatan Politik Oportunis Soal Mp Pkr

Adakah Rakyat Boleh Terima Pakatan Politik Oportunis Soal Mp Pkr

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 307 hits
Hassan Karim membidas dakwaan wujud persefahaman baru membabitkan Umno Bersatu dan PAS yang dikatakan cuba mengekalkan Dr Mahathir terus jadi PM dengan memungkiri janji
Adakah Kerajaan Pulau Pinang Akan Mendiamkan Diri

Adakah Kerajaan Pulau Pinang Akan Mendiamkan Diri

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 408 hits
NIZAM AKAYang lebah dasyat Akhbar Huruharakah Berselindung Di Sebalik Tanda Soal Untuk Mengelak daripada Disaman Kalau dah yakin Dap lindungi kegiatan haram di Pulau Pinang tuduh ajelah dan kemukakan bukti Akhbar Paling Dayus dan Pengecut A...
Adakah Organ Derma Perlu Ditanam Asing Apabila Penerima Meninggal Dunia

Adakah Organ Derma Perlu Ditanam Asing Apabila Penerima Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 220 hits
SOALAN Adakah wajib untuk mengeluarkan semula organ yang diderma contohnya buah pinggang apabila penerima sudah meninggal dunia dan dikebumikan secara berasingan JAWAPAN Para ulama berbeza pendapat berkenaan melakukan pembedahan ke atas may...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pukul Oku Di Kemaman Cemar Imej Islam

Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang