Adakah Roh Orang Mati Boleh Mengganggu Dan Memudaratkan Orang Hidup



SOALAN:
Adakah roh orang mati yang tidak tenteram akan kembali dan menganggu dan memudaratkan orang yang masih hidup? Sebab ada segelintir masyarakat kita yang percaya jika seseorang mati dan ada hajatnya yang belum tertunai ketika di dunia, maka dia akan kembali sehinggalah hajatnya tercapai. Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Perkara pertama yang ingin kami nyatakan bahawa hakikat roh adalah di bawah pengetahuan Allah SWT. Apa yang dikhabarkan oleh Allah di dalam al-Quran dan disabdakan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith itulah yang menjadi pegangan. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah Al-Isra’: 85)

Imam Fakhruddin Al-Razi menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan Allah SWT ingin menjelaskan bahawa akal manusia terhad dan tidak mampu untuk mengetahui lebih dalam berkenaan dengan roh. (Rujuk: Mafatih Al-Ghaib , 21/31)

Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Al-Suyuti menyebut bahawa ayat ini jelas menyebut bahawa urusan roh adalah di bawah pengetahuan Allah. Adalah lebih baik untuk kita tidak pergi lebih dalam mengkaji berkenaan dengan roh. (Rujuk: Tafsir Jalalain, hlm 378)

Perkara ini menunjukkan bahawa pengetahuan kita berkenaan dengan roh adalah terhad. Oleh kerana itu, apa-apa sahaja perincian berkenaan dengan roh mestilah bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Apa yang dikhabarkan oleh al-Quran dan al-Sunnah berkenaan dengan roh maka itulah pendirian yang sewajarnya diambil oleh setiap Muslim tanpa menokok tambah atau berlebih-lebihan.

Berkenaan dengan adakah roh orang yang mati boleh kembali semula ke dunia, persoalan ini perlulah dijawab bersandarkan kepada al-Quran mahupun sunnah. Persoalan ini berkait rapat dengan perkara ghaib yang memerlukan bukti sandaran dari wahyu. Di dalam al-Quran ada disebutkan berkenaan dengan isu ini. Firman Allah SWT:

اللّه يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى
“Allah (Yang Menguasai segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan…” (Surah al-Zumar: 42)

Para ulama' mempunyai beberapa tafsiran dan pandangan seputar ayat yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Zumar ini. Secara zahirnya ayat ini menjelaskan bahawa roh orang yang mati akan ditahan dan tidak akan dikembalikan semula. Ini membawa makna bahawa roh orang yang mati tidak akan lagi kembali ke dunia.

Imam Al-Qurtubi menukilkan pandangan Ibnu Abbas. Ibnu Abbas menyebut bahawa roh orang hidup dan mati akan saling bertemu dan saling berkenalan antara satu sama lain dengan izin Allah SWT. Apabila ingin kembali, Allah akan menahan roh orang yang mati dan akan mengembalikan roh orang yang hidup ke dalam jasad mereka semula. (Rujuk: Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 15/260).

Imam Al-Tabari menyebut bahawa roh akan dicabut ketika seseorang tidur dan kemudiannya roh-roh itu akan saling bertemu antara satu sama lain dan saling bertanya antara satu sama lain. Kemudian roh orang yang hidup akan dikembalikan semula dan roh orang yang mati ingin kembali namun ditahan oleh Allah SWT. Roh orang yang hidup akan ditarik semula pada hari kematian yang telah ditetapkan untuk mereka. (Rujuk: Jami’ Al-Bayan Fi Tafsir Ayyi Al-Quran, 21/299)

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan di dalam ayat tersebut Allah SWT mahu mengkhabarkan bahawa kematian ada dua. Kematian yang besar (وفاة كبرى) dan kematian kecil (وفاة صغرى) iaitu ketika tidur. Begitu juga roh ada dua jenis iaitu roh yang telah sampai ajal matinya. Ia akan ditahan dan tidak dikembalikan semula ke dunia; dan roh yang masih belum sampai ajal kematiannya. Ia akan dikembalikan semula ke jasadnya sehinggalah tiba waktu kematiannya. (Rujuk: Al-Ruh, hlm 58).

Secara ringkasnya, roh orang yang mati tidak boleh kembali semula ke dunia.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, oleh kerana roh orang mati tidak boleh kembali ke dunia maka ia juga tidak boleh menganggu dan memudaratkan orang yang masih hidup. Apatah lagi menyebabkan kecederaan dan sebagainya. Apa yang digambarkan oleh masyarakat dan sebahagian filem-filem yang berlegar bahawa orang yang mati akan bangkit dan membalas dendam sebagainya adalah merupakan satu perkara yang mengarut dan tahyul semata-mata. Ianya pada hakikatnya adalah penyerupaan dan jelmaan oleh jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia. Bahkan syaitan dan jin tidak mampu untuk memberikan mudarat kepada manusia.

Ini dapat dilihat melalui sabdaan Nabi SAW ketika Baginda SAW menyebut:

لاَ غُولَ
“Tidak ada Ghul..” [Riwayat Abu Daud (3915)]

Ghul di sini adalah hantu kepercayaan orang arab yang mana ia boleh memudaratkan dan membinasakan mereka. Sama seperti kepercayaan masyarakat kita yang menyatakan bahawa hantu dan sebagainya boleh memberi mudarat. Inilah yang cuba dinafikan oleh Nabi SAW.

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa Ghul itu adalah jelmaan syaitan yang mana ianya dipercayai boleh berubah-berubah dan memberi mudarat. Inilah fahaman yang dibatalkan oleh Nabi. (Rujuk: Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim, 7/375)

Bahkan jika kita amati ayat-ayat yang ada di dalam al-Quran, kita akan dapati ayat yang jelas-jelas menyebut adanya pemisah di antara alam dunia dan alam kubur yang disebut sebagai alam barzakh. Firman Allah SWT:

لَعَلِّىٓ أَعْمَلُ صَـٰلِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّآ ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَا ۖ وَمِن وَرَآئِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” “Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Surah Al-Mu’minun: 100)

Ibnu Kathir ketika menafsirkan perkataan barzakh yang disebutkan dalam ayat tersebut, beliau menukilkan beberapa pandangan para ulama'. Di antaranya, Mujahid menyebut bahawa barzakh adalah dinding antara dunia dengan akhirat. Muhammad Bin Ka’ab menyebut bahawa barzakh adalah alam di antara dunia dan akhirat. Mereka yang mati tidak bersama ahli dunia dan tidak pula seperti keadaan di akhirat di mana akan diberikan ganjaran syurga mahupun neraka. (Rujuk: Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/311)

Ini menunjukkan bahawa orang yang sudah mati dipagari dan dihalangi untuk kembali semula ke dunia dengan satu alam yang dinamakan sebagai barzakh. Jika roh orang mati boleh kembali ke dunia, maka sudah pasti Allah akan mengembalikan mereka apabila mereka mohon kepada Allah agar dikembalikan semula.

Kesimpulannya, roh orang yang mati tidak akan kembali ke dunia bahkan tidak boleh menganggu dan memudaratkan orang yang masih hidup. Fahaman seperti yang disebutkan adalah satu fahaman yang mengarut dan merupakan kepercayaan yang tahyul serta khurafat.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada kesyirikan dan kepercayaan yang karut marut. Wallahu’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-roh-orang-mati-boleh-mengganggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Yang Menyebabkan Mangsa Kemalangan Maut Tidak Boleh Dihukum Mati

Pemandu Yang Menyebabkan Mangsa Kemalangan Maut Tidak Boleh Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 290 hits
Pemandu yang menyebabkan mangsa kemalangan maut tidak boleh dihukum matiSejak kebelakangan ini kerap berlaku kes kemalangan yang melibatkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol melanggar pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan ma...
Adakah Rakyat Boleh Terima Pakatan Politik Oportunis Soal Mp Pkr

Adakah Rakyat Boleh Terima Pakatan Politik Oportunis Soal Mp Pkr

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 303 hits
Hassan Karim membidas dakwaan wujud persefahaman baru membabitkan Umno Bersatu dan PAS yang dikatakan cuba mengekalkan Dr Mahathir terus jadi PM dengan memungkiri janji
Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 508 hits
Assalammualaikum semua Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Jom Ikut Cara Ruby Ini adalah artikel pengalaman Ruby ke NUH2020 yang berlansung pada 25 Jan 2020 hingga
Jika Tidak Boleh Hidup Dalam Disiplin Organisasi Elok Jadi Petualang Di Luar Sahaja

Jika Tidak Boleh Hidup Dalam Disiplin Organisasi Elok Jadi Petualang Di Luar Sahaja

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 282 hits
Pemecatan keahlian Datuk Lokman Noor Adam dari UMNO yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu semalam bukan perkara luar jangkaan Aktivis politik Ab Jalil Backer berkata Ahli MT itu memang mahukan beliau dipecat berda...
Lebih 80 Ekor Koala Dipercayai Mati Dilenyek Hidup Hidup Bulldozer Peladang Bersihkan Tanah

Lebih 80 Ekor Koala Dipercayai Mati Dilenyek Hidup Hidup Bulldozer Peladang Bersihkan Tanah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 309 hits
Victoria Australia Peladang yang dituduh membunuh puluhan ekor koala mendakwa haiwan haiwan berkenaan mati kebuluran Hanya beberapa minggu setelah Australia dilanda kebakaran belukar yang membunuh hampir 8 000 ekor koala kira kira 40 koala ...
Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup 2020 Sudah Boleh Dibuat

Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup 2020 Sudah Boleh Dibuat

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 874 hits
Haii assalamualaikum dan selamat petang korang Alhamdulilah bertemu lagi kita kali ini Sekejap je masa berlalu Februari datang lagi Dan semoga sinar keceriaan dan kebahgiaan akan turut menyinari hidup kita semua sepanjang bulan ini In Shaa ...
Malaysia Menaik Taraf Kepada 5g Adakah Ia Boleh Menjanjikan Kelajuan Internet Kepada Pengguna

Malaysia Menaik Taraf Kepada 5g Adakah Ia Boleh Menjanjikan Kelajuan Internet Kepada Pengguna

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 417 hits
Naik taraf rangkaian telekomunikasi memang keputusan yang baik tapi tahukah kita sebagai rakyat Malaysia bahawa kelajuan Internet dan keluasan rangkaian di seluruh negara pun masih belum sempurna harap pantau adakah syarikat telekomunikasi ...
Tin Sardin Berulat Tiada Organisma Hidup Boleh Meneruskan Hidup Dalam Proses Sterillisasi Ayam Brand

Tin Sardin Berulat Tiada Organisma Hidup Boleh Meneruskan Hidup Dalam Proses Sterillisasi Ayam Brand

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 719 hits
The ReporterSusulan viral video dari seorang pengguna Facebook yang mendakwa menemui puluhan ulat dalam produk tin sardin tempatan Ayam Brand telah mengeluarkan kenyataan rasminya KAMI mengambil maklum tentang video yang tular di media sosi...
Mati 30 Tahun Jalur Ka Cibatu Garut Akan Hidup Kembali Pekan Depan

Mati 30 Tahun Jalur Ka Cibatu Garut Akan Hidup Kembali Pekan Depan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 279 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil meminta pemerintah kabupaten garut bersiap diri jelang diaktifkannya kembali jalur kereta api yang sudah mati lebih dari 30 tahun Pria yang akrab disapa Kang Emil itu meyakini reaktivasi akan membawa dampak ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah