Nur Sajat Menangis Mohon Maaf Tanya Adakah Dia Tidak Layak Pergi Ke Rumah Allah
JUTAWAN kosmetik Muhammad Sajat Kamarul Zaman tampil memohon maaf sambil menangis kepada rakyat Malaysia terutama terhadap golongan ugamawan.
Muhammad Sajat dalam video secara live di Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris hari ini berkata, dia tidak ada apa-apa niat berhubung isu ketika menjalankan ibadah umrah di kota suci Mekah dan Madinah.
“Saya minta maaf. Bagi pihak mak ayah saya, bagi pihak anak saya. Bagi pihak rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat.
“Apapun saya minta maaf kepada semua jabatan agama, mufti, ustaz, PU, alim ulama, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak ada tujuan apa-apa,” kata Sajat sambil mengelap air mata yang mengalir.
Dia yang memakai tudung berwarna hitam dan sedang makan itu kelihatan ditenang dan dipujuk oleh rakannya yang juga usahawan kosmetik, Alif Syukri.
Menurut Sajat, dia pergi ke Mekah dan Madinah untuk mendalami ilmu agama dan melakukan ibadah yang dianjurkan Islam kerana selama ini dia sememangnya kekurangan ilmu mengenai Islam.
Nur Sajat menangis mohon maaf
Usahawan kosmetik itu berkata, dia berasa sedih apabila dia cuba untuk mendekatkan diri dengan Islam, dengan Allah masyarakat seolah-olah mahu menghukumnya. Perbuatan segelintir masyarakat yang mengecamnya begitu teruk seolah-olah mahu dia membuang agamanya.
“Bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan … saya memang nak belajar. Saya nak dekatkan diri dengan Islam.
“Saya bukan nak cari harta duniawi, nak akhirat. Kalau saya dekatkan diri dengan Allah, kadang-kala saya fikir diri saya begini, apa yang mereka nak menghukum saya sampai macam ni?
“Kalau dulu saya jauhkan diri dengan agama. Adakah mereka nak saya buang balik agama? Sedih saya. Kenapa orang macam saya tak layak ke rumah Allah?” kata Sajat dengan nada hiba.
Usahawan kosmetik itu mencetuskan perasaan tidak senang umat Islam apabila memakai pakaian wanita di Mekah dan kemudiaannya berkongsi di media sosial.
Gambar beliau kemudiannya menjadi tular dan menyebabkan pelbagai pihak mengecam tindakannya yang tidak menghormati syarat wajib ketika mengerjakan umrah di Mekah sekaligus dituduh menghina kota suci umat Islam itu.
“Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh kata apa lagi. Lagi saya cakap, nanti saya disalahkan juga. Saya tak nak cakap apa-apa saya minta maaf sangat-sangat.-SM
The post Nur Sajat menangis mohon maaf, tanya adakah dia tidak layak pergi ke rumah Allah? appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/nur-sajat-menangis-mohon-maaf-tanya-adakah-dia-tidak-layak-pergi-ke-rumah-allah/