Adakah Organ Derma Perlu Ditanam Asing Apabila Penerima Meninggal Dunia



SOALAN:
Adakah wajib untuk mengeluarkan semula organ yang diderma, contohnya buah pinggang, apabila penerima sudah meninggal dunia dan dikebumikan secara berasingan?

JAWAPAN:
Para ulama' berbeza pendapat berkenaan melakukan pembedahan ke atas mayat untuk mendapatkan tulang dan organnya untuk menyelamatkan orang yang hidup. Berkata Imam Syihabuddin al-Ramli Rahimahullah dalam mensyarahkan perkataan Imam al-Nawawi, antara lain menyebut:

وَعَظْمُ غَيْرِهِ مِنْ الْآدَمِيِّينَ فِي تَحْرِيمِ الْوَصْلِ بِهِ وَوُجُوبِ نَزْعِهِ كَالْعَظْمِ النَّجِسِ، وَلَا فَرْقَ فِي الْآدَمِيِّ بَيْنَ أَنْ يَكُونَ مُحْتَرَمًا أَوْ لَا كَمُرْتَدٍّ وَحَرْبِيٍّ خِلَافًا لِبَعْضِ الْمُتَأَخِّرِينَ، فَقَدْ نَصَّ فِي الْمُخْتَصَرِ بِقَوْلِهِ: وَلَا يَصِلُ إلَى مَا انْكَسَرَ مِنْ عَظْمِهِ إلَّا بِعَظْمِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ ذَكِيًّا، وَيُؤْخَذُ مِنْهُ أَنَّهُ لَا يَجُوزُ الْجَبْرُ بِعَظْمِ الْآدَمِيِّ مُطْلَقًا، فَلَوْ وَجَدَ نَجِسًا يَصْلُحُ وَعَظْمَ آدَمِيٍّ كَذَلِكَ وَجَبَ تَقْدِيمُ الْأَوَّلِ، وَخِيَاطَةُ الْجُرْحِ وَمُدَاوَاتُهُ بِالنَّجِسِ كَالْجَبْرِ فِي تَفْصِيلِهِ الْمَذْكُورِ.
“Dan bermula tulang lain, seperti tulang anak Adam, sama hukumnya dengan penggunaan tulang najis, pada hukum pengharamannya sebagai penyambung dan kewajiban mencabutnya. Tiada perbezaan jika diambil dari (penderma) yang dimuliakan dan tidak, seperti orang murtad dan kafir harbi, tetapi berbeza dengan pendapat mutaakhkhirin. (Imam al-Nawawi) telah menaskan dalam al-Mukhtasar dengan katanya: Tidak boleh seseorang menyambung apa yang telah pecah/binasa daripada tulangnya, melainkan dengan tulang (haiwan) yang boleh dimakan apabila disembelih. Diambil (kefahaman) daripada sini bahawa tidak dibenarkan menguatkan (tulang) dengan tulang manusia secara mutlak. Justeru apabila wujud bahan bernajis yang berfungsi sama dengan (kualiti) tulang manusia (sebagai penguat) maka wajib mendahulukan bahan yang pertama (yakni najis). Begitu juga benang luka dan ubat-ubat daripada najis, maka hukumnya sama dengan al-jabr (penguat) (bahkan lebih awla).” [Rujuk: Nihayah al-Muhtaj (2/222)]

Kenyataan ini dihuraikan lagi oleh Syeikh Ali al-Syabramalisi dalam Hasyiahnya:

ثُمَّ ظَاهِرُ إطْلَاقِ جَوَازِ الْوَصْلِ لِعَظْمِ الْآدَمِيِّ أَنَّهُ لَا فَرْقَ فِي ذَلِكَ بَيْنَ كَوْنِهِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، فَيَجُوزُ لِلرَّجُلِ الْوَصْلُ بِعَظْمِ الْأُنْثَى وَعَكْسُهُ، ثُمَّ يَنْبَغِي إذَا مَسَّهُ هُوَ أَوْ غَيْرُهُ، فَإِنْ اكْتَسَى لَحْمًا وَحَلَّتْهُ الْحَيَاةُ صَارَ حُكْمُهُ حُكْمَ بَقِيَّةِ أَجْزَاءِ الرَّجُلِ فَلَا يُنْتَقَضُ وُضُوءُهُ وَلَا وُضُوءُ غَيْرِهِ مِنْ الرِّجَالِ بِمَسِّهِ، وَإِنْ كَانَ ظَاهِرًا مَكْشُوفًا وَلَمْ تَحِلَّهُ الْحَيَاةُ فَهُوَ بَاقٍ عَلَى نِسْبَتِهِ لِلْأُنْثَى، وَمَعَ ذَلِكَ لَا يُنْتَقَضُ وُضُوءُهُ وَوُضُوءُ غَيْرِهِ بِمَسِّهِ؛ لِأَنَّ الْعُضْوَ الْمُبَانَ لَا يُنْتَقَضُ الْوُضُوءُ بِمَسِّهِ إلَّا إذَا كَانَ مِنْ الْفَرْجِ وَأَطْلَقَ اسْمَهُ عَلَيْهِ
“Kemudian yang zahir daripada itlaqnya kenyataan itu akan harusnya menyambung dengan tulang manusia, bahawa tiada beza pada hukumnya, jika tulang itu dari lelaki atau wanita. Maka, harus bagi seorang lelaki untuk menyambung tulangnya dengan tulang wanita dan sebaliknya. Kemudian, hendaklah diketahui apa yang berlaku jika lelaki menyentuh sambungan itu atau orang lain menyentuhnya. Maka, tulang tersebut sudah ditutup dengan daging dan terdapat hayat padanya maka jadilah hukum sambungan itu sama seperti bahagian-bahagian lain tubuh lelaki itu. Justeru, ia tidak membatalkan wudhu' lelaki itu dan begitu juga lelaki-lelaki lain yang menyentuhnya. Dan jika ia terletak pada zahir permukaan badan dan terdedah, dan tidak terdapat hayat padanya, maka kekallah nisbahnya kepada wanita (penderma). Sekalipun begitu, tidak juga membatalkan wudhu’ lelaki (penerima) mahupun lelaki-lelaki lain yang menyentuhnya, kerana anggota yang terpotong itu tidak membatalkan wudhu’ dengan menyentuhnya melainkan jika ia adalah faraj (dubur dan qubul, lelaki atau perempuan) dan kekal itlaq nama itu ke atasnya.” [Rujuk: Hasyiah Nihayah al-Muhtaj (2/222)]

Justeru Syeikh Sulaiman al-Bujairami menyebut dalam Hasyiahnya:

وَالْمُعْتَمَدُ أَنَّ الْعُضْوَ الْمُبَانَ مَتَى الْتَصَقَ وَحَلَّتْهُ الْحَيَاةُ نَقَضَ وَإِلَّا فَلَا .... فَإِذَا الْتَصَقَتْ يَدُ رَجُلٍ بِبَدَنِ امْرَأَةٍ وَحَلَّتْهَا الْحَيَاةُ انْتَقَضَ وُضُوءُ الرَّجُلِ صَاحِبِ الْيَدِ بِلَمْسِهَا
“Dan pendapat yang muktamad bahawa anggota yang terpotong apabila dilekatkan kemudian menjadi hidup akan membatalkan wudhu'. Jika tidak hidup maka tidak batal. Maka jika tangan seorang lelaki dipasang pada badan seorang wanita kemudian tangan itu hidup berfungsi, maka batal wudhu' lelaki pemilik asal tangan itu apabila menyentuh tangan itu tadi.” [Rujuk: Hasyiah al-Bujairami `ala Syarh al-Manhaj (1/44)]

Manakala Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23-24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut:

Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.
Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, hukum pendermaan organ adalah diharuskan berdasarkan syarat-syaratnya. Manakala organ yang telah didermakan kepada penerima adalah dinisbahkan kepada badan penerima, apabila organ tersebut boleh berfungsi dalam badan yang baharu. Justeru, tidak disyariatkan untuk mengeluarkan organ itu setelah penerima meninggal dunia untuk dikebumikan secara asing, apatahlagi perbuatan tersebut dianggap perbuatan menghina mayat yang diharamkan oleh hukum Syarak. Wallahua’lam.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada kita semua.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-organ-derma-perlu-ditanam-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abam Bocey Meninggal Dunia

Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 454 hits
Seperti dikongsikan rakan rakan artis di Instagram pelawak terkenal Abam Bocey dilaporkan telah meninggal dunia selepas mengadu demam dan sakit kepala Beberapa The post appeared first on
Alfatihah Abam Bocey Meninggal Dunia

Alfatihah Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 570 hits
Berita yang mengejut kan ramai pihak Pelawak Popolar Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan 32 yang merupakan seorang pelawak pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey dilaporkan meninggal dunia B...
Marshanda Tulis Pesan Belasungkawa Untuk Anak Karen Idol Yang Meninggal Dunia

Marshanda Tulis Pesan Belasungkawa Untuk Anak Karen Idol Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 251 hits
Marshanda mengaku turut prihatin dengan kabar duka yang terjadi pada keluarga Karen Idol dan Arya karena anak mereka Zefania Carina atau Zefi meninggal dunia
Abam Dari Kumpulan Bocey Meninggal Dunia Buat Netizen Terkejut

Abam Dari Kumpulan Bocey Meninggal Dunia Buat Netizen Terkejut

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 525 hits
Innalillahiwainnailaihirojiun Pagi ini Ohmedia dapat laporan bahawa Abam atau nama sebenarnya Syed Uthman Hamzah Al Juffrey dari kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Gombak pagi ini Menurut isteri Abam yang bernama...
Tinggalkan Isteri Bayi 8 Bulan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Tinggalkan Isteri Bayi 8 Bulan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 884 hits
Pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali iaitu adik kepada Abam Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang s...
Innalillahiwainnailaihirojiun Abam Bocey Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihirojiun Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 841 hits
Syed Uthman Hamzah Al Juffrey atau nama popularnya Abam dari kumpulan pelawak Bocey dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi tadi Pemergian Abam itu dimaklumkan oleh adiknya Ali Puteh Isteri Abam menghubungi saya dan be...
Foto Foto Terakhir Tokoh Dunia Sebelum Mereka Meninggal Dunia

Foto Foto Terakhir Tokoh Dunia Sebelum Mereka Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 384 hits
Momen momen terakhir para tokoh ini telah dikumpulkan oleh Oddee com Steve JobsMenjelang kematiannya pengasas Apple Steve Jobs kelihatan begitu rapuh dan sangat kurus Beliau bahkan perlu bantuan dari pembantunya untuk hanya sekadar berjalan...
Berbulan Bulan Cari Keberadaan Sang Anak Karen Idol Syok Saat Tahu Putrinya Meninggal Dunia

Berbulan Bulan Cari Keberadaan Sang Anak Karen Idol Syok Saat Tahu Putrinya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 304 hits
Anak semata wayangnya diketahui meninggal karena jatuh dari lantai 6 sebuah apartemen Padahal Karen udah lama nggak mendengar kabar putrinya
Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 514 hits
Korang tak rasa panas ke bila dengar berita ni Ohmedia tiap kali dengar kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ni mesti akan rasa geram sangat sangat sampai menggigil rasa jari ni masa menaip Tadi terbaca satu lagi kemalangan maut yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah