Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim



SOALAN:
Saya pelajar perubatan tahun akhir ingin mendapatkan penjelasan mengenai program yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO. Secara ringkasnya program ini memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk menggunakan badan pesakit non-Muslim yang telah meninggal dunia untuk kami belajar dalam membuat prosedur di badan si mati. Prosedur yang kami belajar ialah ‘chest tube drainage, suturing, incision, intubation dan CVP line’. Terdapat beberapa soalan yang timbul dan perlu untuk mendapatkan jawapan pencerahan. Apakah hukum saya menguruskan mayat bukan Islam seperti memasukkan mayat bukan Islam ke dalam keranda (Coffining) dan hukum turut serta berarak menghantar jenazah ke perkuburan (Line-up Tribute for sending-off to Crematorium)?

JAWAPAN:
Para ulama’ terdahulu ada menyatakan bahawa hukum memandikan mayat kafir zimmi adalah harus. Bahkan merupakan satu kewajipan ke atas jasadnya untuk dikafan dan disemadikan. (Rujuk: Kitab Matla’ al-Badrain, m/s 188; Kitab al-Taqrirat al-Sadidah, m/s 365; al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 1/628 dan al-Hawi al-Kabir, 3/19)

Namun begitu, keharusan hukum ini diberikan atas dasar jika sekiranya mayat bukan Islam tersebut merupakan ahli dan kerabat bagi dirinya. Lalu jika mayat bukan Islam tersebut bukan daripada kalangan kerabat, adakah hukumnya masih lagi sama?

Merujuk kepada soalan yang diajukan, apakah hukum menguruskan mayat seperti memasukkan mayat bukan Islam ke dalam keranda (Coffining) dan hukum turut serta berarak (Line-up Tribute for sending-off to Crematorium)?

Para ulama’ berbeza pandangan dalam menentukan hukum bagi isu ini.

1. Haram bagi bukan kerabat untuk menguruskan mayat bukan Islam. Ini adalah sepertimana pendapat yang dinyatakan oleh Imam as-Syasyi as-Syafie. Pendapat ini masyhur kerana ramai ulama’ fiqh mazhab Syafie mencatatkan pandangan beliau di dalam penulisan mereka. Imam as-Syasyi menyatakan bahawa:

تَحْرِيمَ تَشْيِيعِ الْمُسْلِمِ جِنَازَةَ الْكَافِرِ غَيْرَ نَحْوِ الْقَرِيبِ ، وَبِهِ صَرَّحَ الشَّاشِيُّ
“Haram Muslim menguruskan mayat kafir yang bukan daripada kalangan kerabat dan ini adalah pandangan as-Syasyi.” (Rujuk: Kitab Hasyiah al-Jamal, 3/172)

Begitu juga:

تحريم اتباع المسلم جنازة الكافر غير القريب وبه صرح الشاشي
“Haram bagi Muslim mengikut atau turut berarak bagi jenazah kafir yang bukan daripada kalangan kerabat dan ini adalah pandangan as-Syasyi.” (Rujuk: Kitab Mughni al-Muhtaj, 1/356; Kitab Hawasyi al-Syarwani, 3/220; Kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, 3/200)

2. Dibolehkan untuk mengurus mayat bukan Islam dengan syarat jika mayat itu tidak ada kerabat yang bukan Islam untuk menguruskannya atau terlucut hak mereka untuk memandikan mayat itu. Ini adalah pendapat yang dinukilkan oleh Imam Nawawi di dalam penulisannya:

فان لم يكن له قَرَابَةٌ مِنْ الْكُفَّارِ أَوْ كَانُوا وَتَرَكُوا حَقَّهُمْ مِنْ غُسْلِهِ جَازَ لِقَرِيبِهِ الْمُسْلِمِ وَلِغَيْرِ قَرِيبِهِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ غُسْلُهُ وَتَكْفِينُهُ وَدَفْنُهُ
“Jika mayat itu tidak ada kerabat daripada kalangan bukan Islam atau terlucut hak mereka untuk memandikan jenazah, maka dibolehkan untuk kerabat daripada kalangan Muslim atau bukan daripada kerabat Muslim untuk memandikannya, mengkafannya seterusnya mengkebumikannya.” (Lihat: Kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/144)

3. Harus bagi Muslim untuk mengurus jenazah bukan Islam atas sebab tidak ada perbezaan di antara kerabat dan bukan kerabat. Pendapat ini dinukilkan dalam penulisan Imam al-Syarwani:

أنه لا فرق بين القريب والاجنبي و يؤخذ من ذلك عدم الحرمة أيضا في اتباع جنازته لقريب أو أجنبي
“Tidak ada perbezaan di antara kerabat atau bukan kerabat dan ia turut digunakan kepada tidak haram juga bagi mengiringi jenazah bukan Islam sama ada kerabat atau bukan daripada kerabat.” (Rujuk: Kitab Hawasyi Tuhfah al-Manhaj, 3/200; Kitab Hawasyi al-Syarwani, 3/200)

Merujuk kepada tatacara pengurusan mayat bukan Islam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, proses bedah siasat (post moterm) akan dilakukan oleh doktor yang bertugas sama ada sama atau berlainan agama. Selepas selesai proses bedah siasat (post moterm), mayat akan dijahit dan dibersihkan menggunakan air. Namun begitu, proses pengurusan mayat selanjutnya seperti memandikan, dipakaikan pakaian dan diletakkan ke dalam keranda sehingga jenazah dibawa ke perkuburan akan diserahkan kepada persatuan agama yang dipertangungjawab untuk menguruskannya. Maka tidak ada isu bagi kakitangan Muslim untuk menguruskan mayat bukan Islam kerana tangungjawab ini telah diamanahkan oleh kerajaan kepada persatuan agama yang terbabit.
(Rujuk: Laman web www.myhealth.gov.my)

Begitu juga dari segi maklumat dan informasi yang diterima berkenaan program yang dianjurkan oleh pertubuhan NGO tersebut, kebanyakkan mayat tersebut masih mempunyai kerabat atau rakan seagama yang boleh menguruskan proses pengebumian. Malahan di dalam amalan agama Buddha sendiri, ahli keluarga digalakkan untuk memandikan dan memakaikan pakaian ke atas mayat sepertimana yang dinyatakan di dalam buku yang bertajuk Tatacara lengkap pemakaman pengikut agama Buddha (A Guide to a Proper Buddhist Funeral): “Family members are encouraged to clean and dress the body of the deceased…because the body of the deceased is being handled gently with the greatest love and respect.” (Rujuk: A Guide to a Proper Buddhist Funeral, m/s 10)

Bagi menjawab persoalan yang diajukan, khususnya bagi isu ini, hukum menguruskan mayat bukan Islam dengan mengemaskan mayat seperti menjahit semula dan membasuh darah selepas melakukan pembedahan bagi tujuan pembelajaran adalah harus. Namun proses lanjutan selepas itu seperti memandikan, memakaikan pakaian, memasukkan mayat ke dalam keranda (Coffining) adalah makruh. Begitu juga dielakkan daripada turut serta berarak menghantar jenazah ke perkuburan (Line-up Tribute for sending-off to Crematorium). Ini adalah selari seperti mana pendapat yang dinyatakan oleh sebahagian ulama’ yang berpendapat sedemikian dalam menguruskan mayat bukan Islam yang bukan daripada kalangan kerabat.

Tambahan pula, perbuatan ini merupakan perkara tasyabbuh kerana bersangkut-paut kepada ritual amalan keagamaan dan resam dalam tatacara pengebumian jenazah bagi agama Buddha. Maka atas sebab berikut adalah wajar kepada umat Islam untuk tidak melakukannya supaya tidak menjadi fitnah kepada masyarakat Islam dalam membenarkan i’tikad agama mereka.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-muslim-yang-bukan-kerabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memberi Dan Meletakkan Bunga Di Atas Keranda Non Muslim

Hukum Memberi Dan Meletakkan Bunga Di Atas Keranda Non Muslim

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 352 hits
SOALAN Apakah hukum memberi dan meletakkan bunga di atas keranda bagi mayat bukan Islam JAWAPAN Di dalam agama Islam perbuatan meletakkan bunga di atas kubur merupakan perkara yang dibahaskan oleh para ulama Sebagaimana amalan menabur bunga...
Hanya Pas Dipercayai Jamin Kepentingan Non Muslim

Hanya Pas Dipercayai Jamin Kepentingan Non Muslim

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 335 hits
HARAKAHDAILYBANDAR TUN RAZAK Hanya PAS menjadi wadah yang boleh dipercayai untuk menjamin keadilan dan mempertahankan hak kepada masyarakat kaum bukan Islam di negara ini atas dasar Islam yang menjadi pegangan parti itu Ketua Penerangan Dew...
Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Subuh Dan Asar

Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Subuh Dan Asar

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 328 hits
SOALAN Jika ada jenazah di masjid yang dibawa pada waktu Asar persoalan saya adakah dibolehkan untuk mengadakan solat jenazah selepas solat Asar Bukankah ia merupakan antara waktu yang dilarang untuk solat padanya JAWAPAN Solat jenazah meru...
Hukum Membayar Zakat Dengan Cara Diberikan Pada Kerabat Sendiri

Hukum Membayar Zakat Dengan Cara Diberikan Pada Kerabat Sendiri

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 281 hits
Pertanyaan Apakah dibolehkan zakatnya saudara dibayarkan kepada saudaranya yang membutuhkan Apakah juga boleh dibayarkan kepada pamannya yang fakir apakah seorang wanita juga membayar zakat hartanya kepada saudara laki lakinya bibi atau sau...
Jom Minum Susu C2joy Susu Keluaran Muslim Paling Viral Untuk Menjaga Kesihatan Anda

Jom Minum Susu C2joy Susu Keluaran Muslim Paling Viral Untuk Menjaga Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 875 hits
Jom sihat bersama C2JOY Jom sihat bersama C2JOY C2JOY adalah kombinasi susu Kolostrum dan Kalsium yang paling sempurna di pasaran saat ini dengan satu harga Anda dapat 2 produk yang berkualiti dunia Anda tak perlu beli Kolostrum dan Kalsium...
Nohijabday Gerakan Membenturkan Keyakinan Wanita Muslim

Nohijabday Gerakan Membenturkan Keyakinan Wanita Muslim

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 260 hits
Terus terang ya Sejak memakai hijab apalagi yang syari panjang sampai dibawah paha saya lebih merasa anggun berwibawa kalo mau dibilang cantik keseluruhan penampilan iya Satu lagi justru dihormati gak ada yang berani macam macam Malahan say...
Jom Kita Viralkan Kopi Tok Wi Keluaran Muslim Aroma Dan Rasa Yang Terbaik

Jom Kita Viralkan Kopi Tok Wi Keluaran Muslim Aroma Dan Rasa Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 645 hits
Kopi Tok Wi adalah produk keluaran 100 Bumiputera Islam yang beralamat Di Klang Selangor dan dikilangkan Di Kilang Kopi FAMA Malaysia Kopi Tokwi diperbuat dengan ramuan dan bahan bahan yang 100 Di jamin halal tanpa bahan pengawet yang terla...
Babydoc Bio Cream Krim Penjagaan Kulit Bayi No 1 Di Malaysia Keluaran Muslim

Babydoc Bio Cream Krim Penjagaan Kulit Bayi No 1 Di Malaysia Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 542 hits
BaBydoc Bio Cream adalah krim bayi PERTAMA di Malaysia yang dihasilkan dengan cetusan inovasi yang mengandungi Biofense pre probiotik yang berasal dari Lactobacillus Plantarum yang ditapai yang membantu mencegah jangkitan menguatkan sistem ...
Tak Lokek Rezeki Lelaki Muslim Beri Anjing Jalanan Makan Setiap Hari

Tak Lokek Rezeki Lelaki Muslim Beri Anjing Jalanan Makan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 310 hits
Berbuat baik sesama makhluk adalah amalan yang dituntut dalam Islam Hal ini kerana mereka juga mempunyai hak yang sama diatas muka bumi ini Walaupun dalam agama Islam anjing dan khinzir menjadi haiwan yang ditegah untuk dipelihara kerana di...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner