Hukum Memberi Dan Meletakkan Bunga Di Atas Keranda Non Muslim



SOALAN:
Apakah hukum memberi dan meletakkan bunga di atas keranda bagi mayat bukan Islam?

JAWAPAN:
Di dalam agama Islam, perbuatan meletakkan bunga di atas kubur merupakan perkara yang dibahaskan oleh para ulama’. Sebagaimana amalan menabur bunga di atas kubur ini diharuskan dengan kaedah qiyas terhadap hadith pelepah tamar yang masyhur. Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda ketika melalui dua buah kubur yang sedang disiksa:

إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا بِنِصْفَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا فَقَالَ: "لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا".
“Sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi bukanlah kerana mereka melakukan dosa yang besar. Seorang daripadanya disiksa kerana tidak mencuci air kencingnya dengan betul dan seorang lagi disiksa kerana sentiasa berjalan bagi tujuan mengadu domba. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu mematahkannya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, mengapa engkau melakukan hal sedemikian?” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Semoga dengan pelepah ini dapat meringankan siksanya selagi mana ia belum kering.” (Riwayat al-Bukhari, no. 218)

Kata Sheikh Abu Bakar Utsman al-Dimyathi al-Bakri di dalam penulisannya:

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ
“Disunatkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur, kerana ia dapat meringankan beban si mati melalui berkat bacaan tasbihnya dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, iaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.” (Rujuk: Kitab I’anah al-Thalibin, 2/119)

Maka konklusi di sisi agama Islam, meletakkan bunga di atas kubur adalah disunatkan kerana ia adalah satu medium perantaraan melalui sifatnya yang bertasbih kepada Allah SWT. Moga-moga dengan asbab tasbih itu Allah SWT merahmati ahli kubur dan meringankan azab siksa yang ditanggung.

Merujuk kepada soalan yang ditanyakan, apakah hukum memberi dan meletakkan bunga di atas keranda yang bukan beragama Islam?

Menurut ajaran agama Kristian, bunga digunakan sebagai simbol kepada berkabung dan kesedihan. Bahkan tidak jauh beza di antara ajaran agama buddha. Di dalam sesebuah upacara kematian, bunga adalah hadiah atau tanda kehormatan kepada si mati. Ia adalah perkara yang dialu-alukan semasa di rumah keluarga si mati atau di kubur. Namun begitu, ia tidak sesuai ketika berada di rumah pengebumian. Bunga putih adalah bunga tradisi dan simbol kepada berkabung. Bunga merah adalah simbol kepada keceriaan dan perayaan dan tidak sesuai untuk dijadikan hadiah ketika waktu berkabung. (Rujuk: A Guide to a Proper Buddhist Funeral, m/s 12; Theravadin Buddhist Chinese Funeral, m/s 11)

Dalam menjawab persoalan ini, kami berpandangan bahawa memberikan dan meletakkan bunga di atas keranda bagi mayat bukan Islam adalah haram kerana ia merupakan ritual dan adat dalam pengurusan mayat bukan Islam. Lebih-lebih lagi, jika niat dan tujuan meletakkan bunga tersebut adalah sama menurut agama Islam iaitu memohon supaya Allah SWT merahmati kematiannya agar diampunkan dosa-dosanya, maka ini adalah haram. Firman Allah SWT:

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
“Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah SWT) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabatnya, sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka.” (Surah at-Taubah: 113)

Begitu juga Imam Nawawi menyatakan bahawa:

وأما الصلاة على الكافر والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع
“Adapun solat ke atas orang kafir dan mendoakan agar diampuni dosanya, maka ini merupakan perbuatan haram berdasarkan nas al-Quran dan ijma’.” (Rujuk: Kitab al-Majmu’ Syarh Muhazzab, 5/120)

Nasihat kami, jika perbuatan untuk memberi dan meletakkan bunga di atas keranda bukan Islam adalah terpaksa, maka letakkanlah sahaja tanpa ada apa-apa niat. Semoga Allah SWT sentiasa menghidayahkan kepada kita dengan petunjuknya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-memberi-dan-meletakkan-bunga-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim

Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 234 hits
SOALAN Saya pelajar perubatan tahun akhir ingin mendapatkan penjelasan mengenai program yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO Secara ringkasnya program ini memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk menggunakan badan pesakit non Mu...
Hanya Pas Dipercayai Jamin Kepentingan Non Muslim

Hanya Pas Dipercayai Jamin Kepentingan Non Muslim

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 349 hits
HARAKAHDAILYBANDAR TUN RAZAK Hanya PAS menjadi wadah yang boleh dipercayai untuk menjamin keadilan dan mempertahankan hak kepada masyarakat kaum bukan Islam di negara ini atas dasar Islam yang menjadi pegangan parti itu Ketua Penerangan Dew...
Cara Permohonan Bantuan Bsh 2020 Secara Atas Talian Dan Manual

Cara Permohonan Bantuan Bsh 2020 Secara Atas Talian Dan Manual

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 473 hits
Permohonan Bantuan BSH 2020 Ingin membuat pendaftaran dan permohonan BSH 2020 Sekiranya anda merupakan salah seorang individu yang cukup syarat dan layak untuk memohon bantuan BSH pada kali ini Anda boleh mula mengemukakan permohonan baharu...
Nyaris Digilis Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

Nyaris Digilis Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 312 hits
Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya kerana keadaan fizikal kenderaan itu yang kecil Risiko tersebut lebih besar sekiranya pengguna menggunakan laluan di lebuhraya dek kerana jumlah kenderaan y...
Mencari Redha Manusia Di Atas Kemurkaan Allah Atau Mencari Redha Allah Di Atas Kemurkaan Manusia

Mencari Redha Manusia Di Atas Kemurkaan Allah Atau Mencari Redha Allah Di Atas Kemurkaan Manusia

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 1462 hits
Mencari Redha Manusia Di Atas Kemurkaan Allah Atau Mencari Redha Allah Di Atas Kemurkaan Manusia Jikalau kita mahukan manusia suka dan redha dengan kita maka buatlah perkara yang mereka suka dan ianya akan mengembirakan mereka dan sebagai b...
Mendag Agus Dilaporkan Atas Tuduhan Penipuan Rp500 Miliar

Mendag Agus Dilaporkan Atas Tuduhan Penipuan Rp500 Miliar

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 150 hits
Menteri Perdagangan Agus Suparmanto dilaporkan ke polisi oleh Kantor Hukum Dr Husdi Herman dan Associates atas tuduhan penipuan dengan nomor laporan polisi LP B 0016 I 2020 Bareskrim Pengacara Husdi Herman mengatakan berawal dari perjanjian...
Akibat Koronavirus Xiaomi Mi 10 Black Shark 3 Mungkin Akan Dilancarkan Secara Atas Talian

Akibat Koronavirus Xiaomi Mi 10 Black Shark 3 Mungkin Akan Dilancarkan Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 405 hits
https ift tt eA8V8J Koronavirus adalah virus baharu yang amat merbahaya dan tidak boleh dibawa bergurau Bagi mereka yang telah dijangkiti dengan virus ini ia boleh membawa kematian Disebabkan virus ini terlampau bahaya banyak perniagaan di ...
Jangan Sembur Atas Muka Orang 7 Penyakit Ini Boleh Berjangkit Melalui Bersin Dan Batuk

Jangan Sembur Atas Muka Orang 7 Penyakit Ini Boleh Berjangkit Melalui Bersin Dan Batuk

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 303 hits
Penularan tentang wabak Koronavirus sungguh membimbangkan warga dunia Seluruh negara mengambil serius tentang aspek kebersihan bagi mencegah jangkitan Koronavirus Isu ini memberi impak yang besar kepada warga emas wanita hamil kanak kanak d...
Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 255 hits
SOALAN Bolehkah kita solat ke atas jenazah yang mati kerana membunuh diri Kerana ada hadith yang jelas menyebut mereka yang membunuh diri tempatnya di neraka JAWAPAN Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar dan Nabi Muhammad SAW telah ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook