Bersatu Pas Tinggalkan Mesyuarat Depan Pm Antara Punca Rundingan Gagal



Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
Seorang pemimpin kanan Umno hari ini mendedahkan rundingan pembahagian kerusi di Melaka dengan Perikatan Nasional (PN) digagalkan oleh syarat tidak munasabah sehingga membawa kepada masalah besar.
Selain itu Abdul Rahman Dahlan mendedahkan, dalam salah satu rundingan tersebut wakil Bersatu dan PAS meninggalkan bilik mesyuarat sebelum perbincangan tamat.
“Mereka keluar, walk out, meninggalkan Umno bersendirian di dalam bilik mesyuarat,” katanya.
Tambah Abdul Rahman wakil Bersatu dan PAS bertindak sebegitu walaupun mesyuarat berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya tengok tidak ada penghormatan diberikan kepada perdana menteri yang memperngerusikan mesyaraut, dan wakil-wakil itu bingkas bangun dan terus keluar dari bilik mesyuarat walaupun mesyuarat belum lagi selesai,” katanya.
Menurut anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno itu lagi PN juga meletakkan syarat yang tidak dapat diterima seperti tidak akan membenarkan Umno meletakkan ramai calon sehingga memungkinkan parti itu membentuk kerajaan secara bersendirian.
Kata Abdul Rahman penegasan tersebut dibuat sendiri oleh Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ketika rundingan dijalankan pada 27 Okt lalu.
“Alasan beliau ialah Umno mungkin tidak akan memberikan jawatan exco, ahli majlis dan ketua kampung kepada Bersatu dan PAS,” katanya dalam kenyataan video dimuat naik di media sosial hari ini.
Jauh dari fakta sebenar
Abdul Rahman yang turut terlibat dalam rundingan berkenaan menambah kebimbangan PN itu sepatutnya tidak timbul kerana Umno bersedia memasukkan butiran tersebut dalam perjanjian bertulis.
Syarat kedua pula, kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, Bersatu mahu menentukan siapa calon ketua menteri dari Umno.
Kedua-dua syarat berkenaan, menurutnya, tidak boleh diterima oleh Umno.
“Kami ini datangnya dari Umno, dan biarlah Umno yang menentukan siapa calon ketua menteri dalam PRN Melaka ini,” katanya.
Beberapa hari lalu Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa rundingan pembahagian kerusi di antara PN dan BN gagal kerana sikap parti tertentu yang mahu menjadi ‘Abang Long’.
Semalam menteri besar Terengganu itu sekali lagi menegaskan dakwaan berkenaan, namun percaya Umno dan PAS berpeluang berbaik-baik semula jika watak-watak yang dimaksudkannya itu sudah “tidak ada” lagi.
Abdul Rahman berkata dakwaan dibuat Ahmad Samsuri sebenarnya “jauh daripada fakta” sebenar.
Mengenai kehendak Bersatu agar Umno tidak bertanding di banyak kerusi, ia juga tidak boleh diterima berdasarkan kepada fakta.
“Umno tidak mahu berunding kerusi dengan hanya mengambil kerusi Melayu, kemudian dibahagi dua – sebahagiannya diberikan kepada BN, (manakala) sebahagian lagi kepada PN.
“Itu adalah formula yang tidak boleh diterima, dan pada saya sendiri, itu adalah formula yang menidakkan potensi terbaik untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut,” katanya.
Abdul Rahman berkata sepatutnya rundingan pembahagian kerusi di antara BN dan PN itu dibuat mengikut kekuatan parti dan ia juga digunakan oleh gabungan terbabit di Melaka.
Hal itu jelas, katanya, berdasarkan cara PN membahagikan kerusi dalam kalangan parti komponen mereka.
“Bersatu bertanding di 15 kerusi, PAS hanya diberikan lapan kerusi. Bermakna Bersatu bertanding dua kali ganda lebih banyak daripada PAS. Jadi tidak ada juga pengagihan kerusi sama rata.
“Kenapa dengan Umno pula syarat yg dikenakan ialah Umno dan PN mesti bertanding hampir sama rata walaupun semua orang mengakui Umno mempunyai kekuatan jentera, keahlian dan cawangan yang jauh lebih besar daripada parti2 lain? katanya. Mk
Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
Baca Artikel Menarik :
Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO] PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video) PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO] Roti Canai Kayu Arang Viral Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga Layari Laman Facebook MYKMU
Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

The post Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/19/bersatu-pas-tinggalkan-mesyuarat-depan-pm-antara-punca-rundingan-gagal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Bersatu Gagal Dielak Berlaga Ismail Sabri Diancam Bahaya

Umno Pas Bersatu Gagal Dielak Berlaga Ismail Sabri Diancam Bahaya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 280 hits
Orang yang paling susah hati dan tertekan jiwa raganya bila berlaku pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka ini tidak lain tentunya ialah Ismail Sabri Yaakob Beliau kini bukan saja gagal dalam usahanya memastikan tiga parti utama dalam kera...
Mb Pas Terengganu Dedah Umno Punca Kerjasama Prn Melaka Gagal

Mb Pas Terengganu Dedah Umno Punca Kerjasama Prn Melaka Gagal

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 285 hits
November 19 2021 Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu mendedahkan sikap abang long yang ditonjolkan oleh pemimpin tertinggi parti menyebabkan tiga parti iaitu Pas UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia gag...
Umno Tak Perlukan Pas Untuk Berdamai Dengan Bersatu

Umno Tak Perlukan Pas Untuk Berdamai Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 213 hits
Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga BANGI UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO tegas tidak bekerjasama ...
Pas Mahu Cuba Ukur Prestasi Dan Kemampuan Nya Bersama Bersatu Di Melaka

Pas Mahu Cuba Ukur Prestasi Dan Kemampuan Nya Bersama Bersatu Di Melaka

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 235 hits
Kenapa tidak cuba try dan test PRESTASI dan kemampuan mereka dan serta setakat mana akan diterima dan sukses oleh rakyat jika bersama BERSATU di PRN Melaka Sudah tentu mereka juga mengukur setakat mana PN boleh membantu memperuntukan baget ...
Pemimpin Bersatu Bidas Pas Pertandingan Persahabatan Dengan Umno Hanya Penyedap Bibir

Pemimpin Bersatu Bidas Pas Pertandingan Persahabatan Dengan Umno Hanya Penyedap Bibir

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 227 hits
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na aman menyifatkan ungkapan pertandingan persabahatan antara parti dalam Perikatan Nasional dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri Melaka Melaka hanyalah sekadar penyedap di bibir Dalam persaingan ...
Umno Bermimpi Pas Mengigau Bersatu

Umno Bermimpi Pas Mengigau Bersatu

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 206 hits
Walaupun Pas bertanding atas lambang PN yang diketuai Bersatu dalam PRN Melaka UMNO secara umumnya masih berharap dapat meneruskan hubungan dengan parti Islam tersebut di masa depan Bagi UMNO tidak mengapa Pas bersama PN dalam PRN Melaka in...
Antara Setia Dan Taksub Ahli Pas

Antara Setia Dan Taksub Ahli Pas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 160 hits
PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau mendedahkan satu lagi kelebihan yang ada kepada Pas dan tidak mungkin ada kepada parti parti politik lain termasuk UMNO Kelebihan tersebut ialah kesetiaan dan ketaksuban penyokong penyok...
Punca Diet Gagal

Punca Diet Gagal

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 250 hits
Ramai yang salah faham bahawa diet hanya untuk tempoh masa yang tertentu sahaja Jika ada yang berjaya kurus pun mungkin ia bertahan tidak lama dan selepas itu berat badan akan kembali naik seperti biasa atau naik lebih banyak lagi Diet sebe...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions