Pemimpin Bersatu Bidas Pas Pertandingan Persahabatan Dengan Umno Hanya Penyedap Bibir
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan ungkapan ‘pertandingan persabahatan’ antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) Melaka hanyalah sekadar ‘penyedap di bibir’.
“Dalam persaingan terbuka dengan tujuan untuk memenuhi pilihan rakyat, istilah ‘pertandingan persahabatan’ ini hanya penyedap di bibir sahaja.
“Ia bagaikan suatu penafian bahawa hakikatnya dari awal lagi tiada inisiatif ke arah rundingan pun oleh puak yang berulang kali menjatuhkan rakan sekerajaan sendiri sejak hujung tahun lepas,” katanya dalam kenyataan.
Muhammad Faiz dipercayai merujuk kenyataan pemimpin PAS yang menyifatkan pertembungan calon mereka pada PRN Melaka dengan Umno sebagai ‘pertandingan persahabatan’.
Timbalan Presidennya, Idris Ahmad semalam dilapor berkata, hubungan kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional juga tidak terjejas akibat pertembungan itu.
Dalam PRN Melaka, persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru berlaku di semua 28 kerusi DUN, dengan PAS dan Umno bertembung di tujuh kerusi – Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Duyong, Serkam, Merlimau dan Bukit Katil.
Mengulas lanjut, Faiz mengimbas semula satu babak dalam filem Kingdom of Heaven, ketika tentera Muslim yang diketuai Sultan Salahuddin menggempur kota Baitulmaqdis akibat provokasi tentera salib.
“Ada yang minta Sultan Salahuddin tunjukkan “mercy” namun baginda menjawan “No I cannot”,”
“Babak tersebut mengundang pelbagai tafsiran dari para penonton dan pengulas filem, malah turut dikupas oleh beberapa sejarawan yang mengkaji sejarah Perang Salib.
“Ada yang menganggap Sultan Salahuddin seorang yang tegas berprinsip dan ada yang tuduhnya keras hati.
“Walau apa pun pandangan orang terhadap keputusan Sultan Salahuddin untuk menggempur Kota Baitulmaqdis yang di dalamnya masih ada warganya yang tidak bersalah, ia terjadi kerana keangkuhan pihak yang pada awalnya menolak perdamaian antara Muslim dengan katolik iaitu puak Guy De Lusignan,” katanya.
Guy of Lusignan merupakan raja Baitulmaqdis pada tahun 1186 dan setahun kemudian melanggar gencatan senjata antara orang Islam-Kristian, yang mendorong Sultan Salahuddin mengepung Baitulmaqdis.
“Saya tidak mahu menyamakannya secara langsung dengan situasi politik semasa di negara ini khususnya antara Melayu yang berlainan wadah. Apatah lagi yang sedang terjadi antara Umno dengan Bersatu di PRN Melaka ketika ini,” tambah Faiz.
Faiz berkata pihak lain tidak boleh dipersalahkan kerana kononnya memecahbelahkan undi orang Melayu di Melaka.
“Jadi usah dituding mana-mana pihak kononnya mahu memecahkan undi orang Melayu dalam politik negara ini kerana hakikatnya ada ego, korupsi dan ketamakan yang terselit di kalangan puak elitis yang sedang mengawal parti-parti lama di Malaysia.
“Bersatu tidak boleh berlembut lagi. Kami pun ada maruah dan prinsip perjuangan,” tegasnya.
Pemimpin Bersatu Bidas PAS, pertandingan persahabatan dengan UMNO hanya penyedap bibir
Baca Artikel Menarik:
Polis Tahan Wanita Terlibat Kegiatan Pecah Rumah Dan Kenderaan
Mesir batalkan tayangan Eternals ekoran babak homoseksual
Bapa Leka Nak Menari Buat Anak Tidak Gemar Hingga Heret Turun Pentas [VIDEO]
Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-Anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran
Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung!
Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000
Anggota polis cedera kena lastik
Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap!
Dahsyat! “Ramai Tanya Kain Tak Terselak Ke? Wanita Berbaju Kurung Buat ‘Backflip’ [VIDEO]
PRN Melaka: Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat
4 abang rogol adik ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Cikgu Ali cabar Nor Azman berdebat
The post Pemimpin Bersatu Bidas PAS, pertandingan persahabatan dengan UMNO hanya penyedap bibir appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/12/pemimpin-bersatu-bidas-pas-pertandingan-persahabatan-dengan-umno-hanya-penyedap-bibir/