Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah
Kursus Di Likas pada 27.12.2025 9.00 pagi hingga jam 1.20 petang.Dalam keadaan hujan dan ada baby ..kami berjaya sampai di Ikan Bakar Sabah.
Cari Makan Di Ikan Bakar Sabah, Jalan KKIA Kota Kinabalu, Sabah.
Seusai kursus dalam lingkungan 4 jam yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.20 petang, kami terus naik kenderaan dan menuju ke Ikan Bakar Sabah Jalan KLIA Kota Kinabalu, Sabah pada 27.12.2025. Dalam keadaan hujan renyai, semangat hendak cari makan di Ikana Bakar Sabah tidak sirna oleh deru hujan yang semakin lebat. Mujur ada payung, teduhkan baby atau cucu ke Ikan Bakar Sabah.
Sejujurnya Etuza kedua kali ke tempat makan yang hebat ini, tetapi hari pertama hari Jumaat tempat ditutup awal sebelum Solat Jumaat. Etuza akur dan berniat akan datang lagi bila naik ke Kota Kinabalu, metrokota yang gah di Sabah.
Lalu 27.12.2025 bersamaan hari sabtu niat Etuza sampai dan kami berada di Ikan Bakar Sabah ini. Terkejut nampak semua meja makan penuh dengan pelanggan hingga kami tercari-cari meja manakah yang kosong, kami agak lama berdiri di hadapan meja berkonopy. Lebih mengejutkan ada sahabat dari Keningau sedang makan bersama keluarganya iaitu Saudara Keluarga Juhasin, isterinya dua orang anak, menantu dan cucu mereka. Sempat bersalaman dan bertanya khabar. Kami sama-sama Keningau tetapi memang jarang berjumpa.
Tempat Makan Ikan Bakar Sabah ...... HEBAT.
1. Pertama sekali, saya merenung depan belakang kiri dan kanan tempat makan ini, bukan lah bangunan yang tersergam indah dengan berbagai hiasan tertutup berkaca bagai. Sekadar sebuah tempat seperti warung yang sangat tersusun rapi.Ruang makan yang panjang beratap tinggi. Di kiri kita masuk deretan sajian hidangan lauk pauk ikan bakar seafood, ayam daging sayur sayuran tersaji dengan keadaan baru di masak. Sajian di Ikan Bakar, Sabah pelanggan tidak henti-henti datang menjamu selera mengakibatkan lauk pauk harus sentiasa ada hingga malam gais!. Bayangkan kesibukan ini di sebuah tempat makan.
2. Saya melihat ramai datang menjamu selera dari kalangan semua suku kaum, datang dan pergi silih berganti. Kita akan melihat suku kaum India, Dusun, Melayu, Bajau, Cina dan kaum yang lain datang menjamu selera di sini. Mereka makan dengan tangan beberapa keluarga dan memang ramai yang menggunakan sudu grapu. Singki yang unik bulat disediakan di tepi kiri tempat makan.
3. Jujur saya katakan tidak begitu malu di tempat ini, walaupun ramai melihat kita. Bagaikan terasa rumah sendiri dalam satu majlis gemilang, bagaikan dalam majlis perkahwinan keadaan suasana. Terlalu ramai pelanggan datang dan inilah REZEKI pemilik di IKAN BAKAR SABAH. Hebat tempat makan ini. Tabik hormat. Tak dapat kata apa lagi melainkan SYABAS dan TAHNIAH Alhamdulillah kepada pemilik tempat makan Ikan Bakar Sabah ini. Datang lah di sini jika ke Kota Kinabalu. Anda akan berpuas hati.Minta gambar dengan pelayan yang ramah tamah, inilah gambar selepas makan makan di Ikan Bakar, Sabah.
Suasana penuh dengan pelanggan yang berdatangan, Ikan Bakar Sabah, medan makan yang
saya anggap bagaikan rumah sendiri, semua sibuk mengambil makanan masing-masing..
Bila terlalu ramai datang makan, membuat saya tak segan silu mengambil makanan..hehehe..
Udang rangup..lembut masuk tekak, cecah pula dengan sos mayonis..
Ini selera saya tengahari ini..kenyang tak terkata..nasipun masih panas gais!
Sumber Facebook Eat n Hop Sabah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/12/cari-makan-tengahari-di-ikan-bakar.html