Mb Pas Terengganu Dedah Umno Punca Kerjasama Prn Melaka Gagal


 

November 19, 2021 Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu mendedahkan sikap ‘abang long’ yang ditonjolkan oleh pemimpin tertinggi parti menyebabkan tiga parti iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, ia berdasarkan penglibatan beliau secara langsung di dalam siri rundingan bagi membentuk kerjasama tiga parti tersebut dalam PRN Melaka.
“Perbincangan hampir berjaya menemui penyelesaian apabila tiga parti bertemu selepas mendapat mandat ketua parti masing-masing dalam agihan kerusi.
“Pada 27 Oktober, keputusan agihan kerusi ialah UMNO (lima), Pas (dua), Bersatu (dua) dan kali kedua pada 29 Oktober, UMNO (enam), Pas (dua), Bersatu (tiga), di mana beberapa persetujuan telah dicapai dan cadangan ‘pre-election agreement’ dirangka untuk kerjasama dalam PRN Melaka
“Namun langit tidak selalu cerah, pada 3 November lalu, pasukan perunding kecewa selepas dimaklumkan seorang ketua parti akhirnya tidak bersetuju dan tetap mahukan tiga penjuru. Semua kecewa, tapi apa nak buat, sikap abang long inilah yang mengganggu kerjasama bersama,” katanya ketika ketika sesi penggulungan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab isu yang dibangkitkan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang disifatkan hampir berpecah susulan keputusan Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, rakyat akan kembali sengsara di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara selama 22 bulan sekiranya Pas, UMNO dan Bersatu gagal merendahkan ego untuk mewujudkan satu kesepakatan.
“Jika tiga parti ini gagal merendahkan egonya, kita akan balik kepada asal iaitu menyaksikan kembali kesengsaraan 22 bulan kerajaan ‘scammer’.
“Adakah kita lupa tempoh 22 bulan dikelirukan oleh mereka yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan mereka menang, walaupun akhirnya mereka mengaku gagal melaksanakan janji pilihan raya,” katanya.
Ahmad Samsuri berkata, kedudukan Melayu Islam turut terancam sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan PH sebelum ini.
“Institusi Islam dan Melayu turut digegarkan dan terancam dengan pelbagai ‘virus’ yang dicampakkan mereka dahulu. Kini ancaman mereka akan kembali jika kita gagal berpakat serta tidak duduk untuk berbincang.
“Adakah kita lupa selama tempoh 22 bulan itu ada pegawai kerajaan, pegawai tadbir diplomatik telah dipinggirkan dalam kementerian tertentu sehingga menyebabkan krisis pentadbiran serius di peringkat Persekutuan,” katanya, menurut Sinar Harian.
Menurut beliau, semua hiruk pikuk yang berlaku di peringkat Persekutuan disebabkan cita-cita individu tertentu sejak akhir 1990-an yang mengheret rakyat untuk menjayakan cita-cita peribadi ingin menjadi Perdana Menteri dengan menjalinkan kesepakatan dengan sesiapa sahaja demi mencapai hasrat peribadi.
“Saya percaya semua kita yang ada dalam Dewan ini mempunyai hasrat yang sama dengan rakyat Terengganu dan rakyat Melayu-Islam yang ada dalam negara kita untuk melihat kerjasama dan persefahaman memasuki fasa yang lebih baik.
“Kitalah yang perlu memastikan ketua-ketua kita di peringkat Pusat, tidak menjadi orang yang turut sama menaikkan mereka itu, walau apa jua janji individu berkenaan kepada ketua kita,” katanya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/mb-pas-terengganu-dedah-umno-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 268 hits
perakinsights com Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menje lang Pilihan Raya Umum Ke 15 Bercakap kepada Utusan Malaysia Mur...
Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 213 hits
Umno Terengganu bergerak sendiri tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 Mat Said Umno Terengganu memutuskan untuk bergerak sendiri dan tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke 15 kata ketuanya Ahmad Said Beliau berkata keputusa...
Prn Melaka Pas Kembali Kepada Umno Setelah Kalah 8 0

Prn Melaka Pas Kembali Kepada Umno Setelah Kalah 8 0

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 304 hits
Pengundi Melaka dilihat menolak politik PAS yang cuba memenangi undi Melayu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu di Kelantan Terengganu dan baru baru ini di Kedah AYER KEROH PAS tewas di semua lapan kerusi tujuh...
Najib Merayu Kerjasama Pas Pada Pru15 Selepas Gagal Di Melaka

Najib Merayu Kerjasama Pas Pada Pru15 Selepas Gagal Di Melaka

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 301 hits
agendaily com13 11 2021Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak masih menaruh harapan kerjasama dengan PAS dapat diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Walaupun tidak berjaya meneruskan kerjasama dalam Muafakat N...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 468 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Prn Melaka Pas Gunakan Logo Pn Bukannya Sebagai Mahu Berlawan Dengan Umno Bn

Prn Melaka Pas Gunakan Logo Pn Bukannya Sebagai Mahu Berlawan Dengan Umno Bn

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 291 hits
TAIPING Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini bukan sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad Menur...
Prn Melaka Tuan Ibrahim Kecewa Terpaksa Berdepan Dengan Umno

Prn Melaka Tuan Ibrahim Kecewa Terpaksa Berdepan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 234 hits
PAS berasa sedikit kecewa apabila usaha merundingkan kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka gagal sekali gus memaksa mereka bertembung dengan Umno di tujuh kerusi Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata usaha rundinga...
Tolak Mn Pilih Pn Bukti Pas Tak Mahu Berkongsi Kerusi Dengan Umno Di Kelantan Terengganu Dan Kedah

Tolak Mn Pilih Pn Bukti Pas Tak Mahu Berkongsi Kerusi Dengan Umno Di Kelantan Terengganu Dan Kedah

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 300 hits
Rasa tidak puas hati UMNO terhadap Pas kerana akhirnya memilih bersama Perikatan Nasional atau PN dan tidak bersama Muafakat Nasional dalam PRN Melaka masih lagi berlanjutan walaupun hari penamaan calon sudah berlangsung semalam Seharusnya ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan