Umno Tak Perlukan Pas Untuk Berdamai Dengan Bersatu


Siti Hafidah
Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga BANGI– UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO tegas tidak bekerjasama dengan Bersatu bukan kerana membelakangkan kepentingan ummah dan bangsa Melayu, tetapi kerana parti itu dibidani kelahirannya untuk mengganti UMNO.
“Ia secara terang dan jelas, seteru UMNO. PAS wajar mengerti kedudukan ini.
“Kerana itu UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan ia dengan PPBM. Seperti UMNO juga tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan Amanah demi kepentingan ummah kerana UMNO tahu sejarah keduanya.
“PAS tidak boleh mengikat UMNO dengan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa yang sama mendambakan Perikatan Nasional (PN). PAS wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia kehendaki,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook beliau, hari ini.
Khaled berkata, keputusan kepimpinan PAS memilih PN daripada mengutamakan MN dan menetapkan bahawa ahlinya akan mengundi PN diterima UMNO dengan berlapang dada.
UMNO tegas dengan pendiriannya untuk bertanding atas tiket BN secara sendirian, katanya.
“Jelas sekali bahawa MN tidak mudah dioperasikan. Keputusan PAS bermakna MN itu hanya wujud pada nama, tidak pada semangatnya.
“Laungan MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. Hakikatnya, dalam politik, pelbagai kepentingan lain adalah keutamaan,” katanya.
Menurut Khaled, dalam politik, tiada parti yang patut mencari keuntungan dari pelbagai pihak, dalam pelbagai keadaan dan pada setiap masa.
Justeru, keputusan PAS sebenarnya memberikan UMNO ruang dan peluang untuk kembali kepada BN yang sederhana, ‘multicultural’ dan progresif.
Malahan, ia tidak lagi terbelenggu dengan sesiapa, bebas mencorakkan jalan kehadapannya.
“Kerana UMNO sedar, jalan kemenangan ialah sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu. Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan.
“Dalam politik yang sangat ‘disruptive’, kemenangan akan banyak bergantung kepada tawaran dasar yang lebih baik, kepimpinan yang lebih dinamik, rencana ekonomi yang lebih lestari dan rencam generasi muda yang mesti difahami.
“Jika hanya mencongak jumlah undi UMNO, PAS dan PPBM itu sebagai tanda aras kemenangan, maka sangatlah simplistik. Politik Malaysia bukan sebegitu simplistik,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/umno-tak-perlukan-pas-untuk-berdamai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ummah Minta Bersatu Pas Umno Halang Dap Menang Di Melaka

Ummah Minta Bersatu Pas Umno Halang Dap Menang Di Melaka

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 244 hits
Gerakan Pembela Ummah menyeru menyeru pemimpin parti UMNO Bersatu dan Pas agar bersama sama halang parti DAP daripada menang dalam pilihan raya di negeri itu Pengerusinya Mohd Zai Mustafa berkata kegagalan ketiga tiga parti itu untuk bersat...
Umno Pas Bersatu Keluarga 69 Versi Now

Umno Pas Bersatu Keluarga 69 Versi Now

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 346 hits
Kata simpulan atau peribahasa Inggeris you can t have your cake and eat it Terjemahannya anda tidak boleh ada atau tidak boleh miliki kek dan memakannya Pelik juga bunyinya kerana kalau kita ada kek tak kan kita tidak boleh makan kek itu Ka...
Pas Selamatkan Umno Yang Cedera Parah Bersatu Yang Masih Baru

Pas Selamatkan Umno Yang Cedera Parah Bersatu Yang Masih Baru

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 291 hits
malaysiakini comMUKTAMAR PAS Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi peringatan betapa pentingnya peranan parti itu dalam usaha menyatukan parti parti orang Melayu dan Islam dalam negara Menurutnya dalam usaha menyatukan orang Islam untuk ber...
Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 371 hits
agendaily com7 11 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan masih tidak puas hati kerana PAS memilih bekerjasama dengan Bersatu berbanding UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Sudah lima hari PAS menyatakan parti ...
Umno Pas Bersatu Gagal Dielak Berlaga Ismail Sabri Diancam Bahaya

Umno Pas Bersatu Gagal Dielak Berlaga Ismail Sabri Diancam Bahaya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 269 hits
Orang yang paling susah hati dan tertekan jiwa raganya bila berlaku pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka ini tidak lain tentunya ialah Ismail Sabri Yaakob Beliau kini bukan saja gagal dalam usahanya memastikan tiga parti utama dalam kera...
Pas Leader Offers Cooperation Chain To Link Up Umno And Bersatu

Pas Leader Offers Cooperation Chain To Link Up Umno And Bersatu

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 279 hits
MALACCA POLLS A senior PAS leader today offered an explanation of the party s stand regarding its Muafakat Nasional relationship with Umno Nasrudin Hassan who is a PAS central leadership member also gave insight into their strategy of using...
Sah Mn Kini Berkubur Pas Terbukti Lebih Cintakan Bersatu Berbanding Umno

Sah Mn Kini Berkubur Pas Terbukti Lebih Cintakan Bersatu Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 260 hits
Tanpa pengumuman kematian tanpa talkin dan tanpa diketahui di mana kuburnya Muafakat Nasional yang terbentuk melalui kerjasama UMNO dengan Pas kini sah terkubur akhirnya Ia berikutan ketetapan Pas bukan saja untuk kekal bersama Perikatan Na...
Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 300 hits
agendaily com29 10 2021Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U apabila tidak melantik rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak mengetuai kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam secara tidak l...
The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple

Cendol Laksa Kuala Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Good Morning

Caroline Yusof Ginawoku Kagasan Chord

Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

Syukur Sabah Permohonan Semakan Status Bayaran

Wan Razali Penjenamaan Semula Projek Perumahan Rakyat Termiskin Apa Manfaat Kepada Rakyat

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur