Berkongsi Pengalaman Bersalin Ezzaty Sempat Minta Nak Makan Coklat Pada Bukaan 10sm


Baru-baru ini admin berkesempatan untuk bertemu dengan pelakon cantik, Ezzaty Abdullah. Ketika ditanyakan tentang pengalaman dia melahirkan Harum Dalia, berseri-seri wajahnya. Sifat keibuan Ezzaty memang terserlah ketika melayan anaknya. Walaupun anak pertama, tidak kekok langsung. Tidak hairanlah kerana isteri Azwan Kombos ini rupanya pernah bekerja sebagai pengasuh di sebuah taska suatu ketika dahulu.
Sempat Makan Coklat Sebelum Bersalin
Ezzaty memberitahu pengalamannya menjadi ibu sangat menyeronokkan. Sudah rezeki, dia tidak merasa sakit sepanjang proses kelahiran Harum. Sebelum melahirkan, dia risau akan merasa sakit. Telahannya meleset kerana Ezzaty tidak merasa kontraksi yang terlalu kuat dan masih boleh bersembang dan bergurau dengan suaminya. Ditahan lama dalam bilik bersalin, lebih kurang 28 jam. Tidak banyak aktiviti yang boleh Ezzaty lakukan bahkan dia menyuruh Azwan untuk pulang kerana badannya sakit terpaksa tidur berkongsi katil dengan suaminya itu.
Ketika tiba waktu bukaan 10 sm, Ezzaty sudah bersedia untuk bersalin. Mengenangkan dia akan berpantang selepas melahirkan anak, sempat dia minta coklat untuk dimakan. Ketika itu semua orang yang ada di dalam bilik bersalin ketawa melihat karenahnya. Tambah Ezzaty, dia minta coklat kerana tidak mahu kempunan bila berpantang nanti. Tidak mengambil masa yang lama, Ezzaty berjaya melahirkan permata hatinya yang pertama.
Yang lucunya, sebaik melahirkan anaknya itu, Ezzaty sudah beritahu pada Azwan yang dia mahu bersalin lagi. Menurutnya pengalaman melahirkan anak sesuatu yang indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Azwan Mabuk, Ezzaty Tak Suka Bau Sabun
Sebelum disahkan hamil, Ezzaty menanti selama sembilan bulan. Dia kemudiannya menunaikan umrah dan berdoa di sana. Lebih kurang sebulan pulang dari Mekah, Ezzaty mengandung. Perasaannya ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia dan Azwan sama-sama teruja dan tidak sabar.
Ketika hamil pada trimester pertama, Ezzaty tidak mengalami mabuk. Dia masih boleh memasak seperti biasa dan tidak alah dengan apa-apa. Cumanya, dia menjadi tidak suka dengan bau sejenis sabun walaupun sebelum hamil Ezzaty menggunakan jenama itu. Akibatnya sehingga sekarang Ezzaty sudah kurang gemar dengan jenama sabun tersebut.
Ezzaty juga menceritakan bagaimana Azwan yang mengalami kemabukan. Dia yang selalu muntah-muntah pada awal kehamilan Ezzaty. Ketika menjalani penggambaran pun, beberapa kali terpaksa dihentikan kerana Azwan mahu ke tandas untuk muntah.
Harum Anak Manja Ibu
Ibu muda ini juga memberitahu yang Harum memang rapat dengannya. Jika di rumah, anaknya itu akan menangis jika tidak nampak kelibatnya. Bila dah nampak tu, tak ada masalah lagi. Anaknya itu juga pajang akal untuk menarik perhatian Ibunya. Kata Ezzaty lagi, Harum akan mencarinya tidak kira masa.
Biar ketika dia ‘membuang’, lapar atau mengantuk. Harum hanya mencari Azwan ketika mahu tidur kerana sejak bayi lagi, Azwan yang banyak melayan karenahnya sebelum tidur. Ezzaty pula menggunakan pendekatan untuk membiarkan Harum tidur sendiri supaya anaknya lebih berdikari dan mudah tidur.
Admin doakan agar Harum terus membesar menjadi anak yang sihat dan membanggakan kedua ibu bapanya. Semoga keluarga kecil mereka terus dilimpahi kebahagiaan sentiasa.
 
 
The post Berkongsi Pengalaman Bersalin, Ezzaty Sempat Minta Nak Makan Coklat Pada Bukaan 10sm appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berkongsi-pengalaman-bersalin-ezzaty-sempat-minta-nak-makan-coklat-pada-bukaan-10sm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti Ini Penjelasan Mufti Wp

Tinggal Puasa Sebulan Sebab Bersalin Apa Nak Buat Kalau Tak Sempat Ganti Ini Penjelasan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 345 hits
Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadhan nanti mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa Mana tidaknya bersalin ketika bulan Ramadhan biasanya menyebabkan ibu ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat me...
Bersalin Czer Nak Luka Cepat Sembuh Makin Cantik Selepas Bersalin

Bersalin Czer Nak Luka Cepat Sembuh Makin Cantik Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 787 hits
Ainul pernah bersalin czer bersalin normal tapi kena vacum dan bersalin normal biasa 3 kali bersalin pengalaman tak sama dan bersalin czer lagi susah untuk bergerak penjagaan yang lebih berbanding normal ingat masa lepas czer nak bagun dudu...
Kes Th Macam Darurat Isteri Nak Bersalin

Kes Th Macam Darurat Isteri Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 500 hits
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti pernah memberi amaran kedudukan kewangan Tabung Haji pada tahun 2016 tetapi tidak diendahkan kerajaan BN serta pemimpin PAS oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Ringkasan Isu Tabung Haji Apa Yang Perl...
Jangan Stres Kalau Tak Makan Haruan Lepas Bersalin Semua Alat Bersalin Steril Jangkitan Kuman Minimum

Jangan Stres Kalau Tak Makan Haruan Lepas Bersalin Semua Alat Bersalin Steril Jangkitan Kuman Minimum

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 332 hits
Stresnya bila memikirkan diri tidak makan ikan haruan Bila bersalin nanti mesti wajib makan ikan haruan Ibu ibu jangan sters doktor kata tak wajib pun sebenarnya Zaman dahulu memakan ikan haruan selepas oleh wanita selepas kelahiran anak ad...
Anak Nak Masuk 2 Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

Anak Nak Masuk 2 Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 303 hits
Anak nak masuk 2 orang bakal bersalin bulan ini aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan A...
Cara Jaga Luka Jahitan Bersalin Supaya Cepat Sembuh Nak Cepat Baik Anginkan Tempat Luka

Cara Jaga Luka Jahitan Bersalin Supaya Cepat Sembuh Nak Cepat Baik Anginkan Tempat Luka

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 1020 hits
Berpantang selepas bersalin adalah salah satu tempoh penting untuk memulihkan kesihatan ibu Ada beberapa perkara penting perlu ibu elakkan terutama yang kena banyak jahitan masa bersalin Ini kerana otot dalaman dan luka itu memerlukan rehat...
Cara Nak Meneran Bersalin Ibu Bengkokkan Badan Pegang Pergelangan Kaki Punggung Jangan Terangkat

Cara Nak Meneran Bersalin Ibu Bengkokkan Badan Pegang Pergelangan Kaki Punggung Jangan Terangkat

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 717 hits
Cara meneran betul membantu proses bersalin Ibu perlu bengkokkan badan dan memegang pergelangan kaki Jangan sesekali mengangkat punggung Menurut Dr Maiza Tusimin Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Fakulti Perubatan dan Sains ...
Kempunan Nak Makan Sambal Sotong Pemuda Maut Motosikal Dilanggar Van U Turn

Kempunan Nak Makan Sambal Sotong Pemuda Maut Motosikal Dilanggar Van U Turn

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 710 hits
Petang tadi telah tular beberapa keping gambar kemalangan maut yang berlaku di Johor Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian merupakan seorang pemuda berusia lebih kurang 20an yang menunggang motosikal Menurut perkongsian daripada se...
Teringin Nak Makan Sotong Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah

Teringin Nak Makan Sotong Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 658 hits
Masak apa pun sedap kalau ada sotong Jangan biar dalam peti sejuk aje Cuba masak cepat Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya Ni min kongsi 5 aneka sajian dari sotong untuk dicuba Mudah aje masaknya Tapi ingat tau sotong ni jan...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine