Cara Nak Meneran Bersalin Ibu Bengkokkan Badan Pegang Pergelangan Kaki Punggung Jangan Terangkat


Cara meneran betul membantu proses bersalin. Ibu perlu bengkokkan badan dan memegang pergelangan kaki. Jangan sesekali mengangkat punggung.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, cara meneran yang betul penting bagi anda  untuk melalui detik penting tersebut.

Proses melahirkan cahaya mata secara normal merupakan suatu proses yang dinamik melibatkan kontraksi rahim, bukaan serviks dan penurunan kepala bayi ke perineum. Proses meneran bermula pada fasa kedua kelahiran (second stage of labour).
Pada fasa ini, anda akan mengalami kontraksi yang lebih kerap dengan intensiti yang maksimum. Ini membuatkan anda berasa sakit atau tekanan yang kuat di punggung, belakang dan perut. Pada yang sama merasai desakan untuk meneran bayi keluar daripada faraj.
Ketika crowning iaitu satu fasa di mana kepala bayi telah kelihatan di permukaan perineum dan kulit di sekeliling perineum meregang, anda akan merasai miss V akan pecah!

PERSIAPAN MENTAL FIZIKAL PENTING Fasa kedua adalah paling kritikal bagi kelahiran secara normal. Dalam keadaan kesakitan yang amat, terdapat segelintir ibu yang secara tidak sengaja hilang mengawal emosi dan tindak balas pergerakan tubuh.
Keadaan seperti ini boleh menyebabkan koyakan perineum yang teruk. Persiapan mental dan fizikal semasa hamil merupakan kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada perineum.
Bagi pasangan yang bakal melalui pengalaman kelahiran pertama, menghadiri kelas antenatal akan menyediakan anda berdua dengan ilmu bersalin agar anda mempunyai persediaan mental yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika melalui proses kelahiran.
Ilmu meneran yang betul ketika fasa kedua adalah amat penting untuk mengelakkan koyakan perineum.
IBU PERLU BUAT POSISI MEMBENGKOK Cara Nak Meneran Bersalin, Ibu Bengkokkan Badan & Pegang Pergelangan Kaki. Punggung Jangan Terangkat!
Sebagaimana kontraksi berlaku, bermula daripada bahagian atas (fundus) dan tersebar ke hujung rahim, proses meneran perlu melibatkan abdomen ke punggung ibarat membuang air besar.
Posisi seperti udang membengkok adalah posisi yang betul untuk meneran. Anda perlu mengangkat kepala, rapatkan dagu ke dada dan halakan pandangan mata ke perut.
Pastikan anda memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Kawal emosi dan elakkan diri daripada mengeluarkan suara ketika meneran kerana ini akan menghabiskan tenaga.
TARIK NAFAS & TERAN MASA  KONTRAKSI  Fokus ke arah perut dan meneran daripada abdomen ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan. Semasa kontraksi bermula, anda perlu tarik nafas dan teran selama yang boleh (dalam kiraan 10), kemudian berhenti seketika untuk menarik nafas (curi nafas) dan ulangi meneran, 2 – 3 kali dalam satu tempoh kontraksi.
Anda perlu menarik nafas dalam melalui mulut dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.

CARA TERAN Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan hanya meneran apabila mendapat isyarat daripada doktor/bidan. Anda kena sentiasa pastikan agar punggung tidak terangkat sepanjang proses meneran.
Ketika kepala bayi mula kelihatan (crowning), doktor/bidan akan menggunakan pad untuk melindungi perineum yang menegang dengan tujuan untuk meminimumkan koyakan perineum.
Pada ketika ini, hubungan dinamik doktor – ibu amat penting agar anda teruskan meneran tetapi dengan kawalan secara perlahan-lahan agar kelahiran kepala bayi lebih terkawal. Peranan suami sebagai pendamping sepanjang kelahiran amat penting untuk memberi sokongan dan membantu mengawal emosi anda. Bagi yang beragama Islam, mengamalkan zikir dan doa juga membantu melancarkan proses kelahiran.
The post Cara Nak Meneran Bersalin, Ibu Bengkokkan Badan & Pegang Pergelangan Kaki. Punggung Jangan Terangkat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-nak-meneran-bersalin-ibu-bengkokkan-badan-pegang-pergelangan-kaki-punggung-jangan-terangkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Th Macam Darurat Isteri Nak Bersalin

Kes Th Macam Darurat Isteri Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 459 hits
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti pernah memberi amaran kedudukan kewangan Tabung Haji pada tahun 2016 tetapi tidak diendahkan kerajaan BN serta pemimpin PAS oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Ringkasan Isu Tabung Haji Apa Yang Perl...
Bersalin Czer Nak Luka Cepat Sembuh Makin Cantik Selepas Bersalin

Bersalin Czer Nak Luka Cepat Sembuh Makin Cantik Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 771 hits
Ainul pernah bersalin czer bersalin normal tapi kena vacum dan bersalin normal biasa 3 kali bersalin pengalaman tak sama dan bersalin czer lagi susah untuk bergerak penjagaan yang lebih berbanding normal ingat masa lepas czer nak bagun dudu...
Sakitnya Bila Bayi Nak Keluar Ini Faktornya Ibu Alami Kontraksi Lama Melahirkan Anak

Sakitnya Bila Bayi Nak Keluar Ini Faktornya Ibu Alami Kontraksi Lama Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 410 hits
Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan Ini juga dipanggil sebagai kegagalan untuk berkembang Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan servik...
Anak Nak Masuk 2 Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

Anak Nak Masuk 2 Kalau 10 Tahun Kahwin Mesti Ramai Syatilla Harap Bersalin Semudah Bersin

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 286 hits
Anak nak masuk 2 orang bakal bersalin bulan ini aktres ini membayangkan anak ramai selepas 10 tahun usia perkahwinan Syatilla juga berharap proses beranak semudah bersin Ibu kepada si comel Syeriv Samheizy ini dijangka bersalin pada bulan A...
Nak Didik Anak Faham Ibu Sedang Berpantang Bukan Senang Lagi Lagi Ada Adik Baru

Nak Didik Anak Faham Ibu Sedang Berpantang Bukan Senang Lagi Lagi Ada Adik Baru

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 340 hits
Bagaimana didik anak agar faham ibunya sedang berpantang dalam masa yang sama bangunkan EQnya Bila anak mendapat adik baru dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpant...
Selepas Grad Saya Nak Jaga Ibu Ayah Di Kampung Graduan Menganggur Berbakti Di Kampung

Selepas Grad Saya Nak Jaga Ibu Ayah Di Kampung Graduan Menganggur Berbakti Di Kampung

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 379 hits
Tidak dinafikan saingan untuk mendapatkan apa apa pekerjaan kini semakin sengit dan sukar ekoran bilangan graduan universiti yang semakin bertambah setiap tahun Setiap pelajar pastinya menginginkan pekerjaan yang bersesuaian dan menepati ju...
Hidup Sebagai Ibu Bapa Banyak Yang Harus Diuruskan Nak Beli Barang Untuk Diri Sendiri Pun Tak Sempat

Hidup Sebagai Ibu Bapa Banyak Yang Harus Diuruskan Nak Beli Barang Untuk Diri Sendiri Pun Tak Sempat

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 469 hits
Pelakon Rita Rudaini melalui instagramnya telah meluahkan bukan mudah untuk menjadi ibu bapa kerana banyak yang harus diuruskan tambahan pula beliau sekarang memegang status sebagai ibu tunggal Beliau memuatnaik gambar kedua dua anaknya den...
Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 406 hits
Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan Apa permintaan isteri korang paling pelik pernah dia minta masa dia mengandung Sebelum ni ada yang sampai minta nak naik kapal UFO Aduh m...
Parut Caesar Tanda Kenangan Jadi Ibu Shakilla Khoriri Tekad Turunkan Berat Tak Sabar Nak Excercise Lepas Habis Pantang

Parut Caesar Tanda Kenangan Jadi Ibu Shakilla Khoriri Tekad Turunkan Berat Tak Sabar Nak Excercise Lepas Habis Pantang

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 521 hits
Parut pembedahan pada badan ibu adalah kenangan yang lambang kasih sayang Shakilla Khoriri yang baru melahirkan cahaya mata tekad mahu turunkan berat dan bersenam selepas habis tempoh pantang Shakilla yang melahirkan cahaya mata pertamanya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization