Teringin Nak Makan Sotong Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah


Masak apa pun sedap kalau ada sotong. Jangan biar dalam peti sejuk aje..Cuba masak cepat. Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya. Ni min kongsi 5 aneka sajian dari sotong untuk dicuba.
Mudah aje masaknya. Tapi ingat tau, sotong ni jangan masak lama sangat, nanti liat pulak. Boleh lah cuba resipi nih…
1. SOTONG TIGA WARNA

BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gmBahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu120 gm bawang merah120 gm bawang putih40 gm cili padi400 gm cili merah120 gm cili boh120 gm sos plum30 gm sos tiram90 gm haliaGula secukupnya50 ml air* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh60 gm bawang besar60 gm bawang putih40 gm cili kering40 gm cili padi40 gm tauchu40 gm asam jawa200 gm sos tomato200 gm sos cili10.air putih.80 gram80 ml air* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api
4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian China
Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2. SOTONG GORENG BEREMPAH KARI

BAHAN-BAHANNYA :
3 ekor sotong bersaiz besar3/4 sudu makan serbuk kunyit1 sudu besar serbuk kari1 biji bawang besar |- di hiris bulat (kalau guna bawang holland lagi sedap)2 biji cili masak – dihiris kasarGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat
2. Gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit.
3. Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan sotong yang telah diperap gaul .
4. Biarkan sebati dan apabila hampir masak masukkan bawang besar dan cili masak.
5. Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap .
6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Makanan laut
Keistimewaan : Manis dengan rasa rempah kari yang lazat
Kos masakan : RM 15
3. KETUPAT SOTONG

BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg1 cawan beras pulut1/2 cawan setengah santan6 ulas bawang merah | dimayang2.5 sm halia | dimayang1/2 sudu teh halba2 batang serai | diketukGaram dan gula secukup rasaBeberapa batang lidi @ pencungkil gigiCARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong
2. Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam.
3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi.
4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan.
5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit.
6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang
Masa memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
4. SOTONG MASAK HITAM BLC

Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana3 ulas bawang putih /ditumbuk1/2 inci halia /ditumbuk kasar1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh serbuk lada hitam1 labu bawang besar /dihiris bulat2 – 3 batang cili hidup/ padi1 batang serai /diketukGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCara memasak :
1. Potong sotong bulat-bulat dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian Johor
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
5. SINGGANG SOTONG

BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong2 sm lengkuas/ dihiris2 keping asam keping1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan3 ulas bawang putih/ dihiriskan4 batang bendi/ dipotong dua3 biji cili padiAir secukupnyaGula secukup rasaGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kecuali sotong dan bendi.
2. Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan bendi, cili padi dan sotong.
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5. Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan
INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan :Sajian yang sungguh menyegarkan, ringan dan tidak berminyak dan tiada santan atau rempah.
Anggaran kos : RM 25


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/teringin-nak-makan-sotongni-5-aneka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Mudah Gila Nak Masak Weh

Nasi Ayam Mudah Gila Nak Masak Weh

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 353 hits
Haa tudia aku punya tajuk panjang ya amat Hahaha Hari ini achik balik rumah so aku rajinlah sikit nak masak makanan yang elok elok Iyalah kalau aku seorang memang tidaklah aku nak merenyah kat dapur seorang seorang pastu makan seorang seora...
Masakan Mudah Sotong Masak Asam Perrgh Memang Kenyanglah Perut Hari Ni

Masakan Mudah Sotong Masak Asam Perrgh Memang Kenyanglah Perut Hari Ni

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 512 hits
Menu ringkas untuk masak sotong yang sedap Hanya guna bahan bahan yang wajib ada di dapur Ingat tau masak sotong ni kejap aje Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan ...
Berkongsi Pengalaman Bersalin Ezzaty Sempat Minta Nak Makan Coklat Pada Bukaan 10sm

Berkongsi Pengalaman Bersalin Ezzaty Sempat Minta Nak Makan Coklat Pada Bukaan 10sm

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 424 hits
Baru baru ini admin berkesempatan untuk bertemu dengan pelakon cantik Ezzaty Abdullah Ketika ditanyakan tentang pengalaman dia melahirkan Harum Dalia berseri seri wajahnya Sifat keibuan Ezzaty memang terserlah ketika melayan anaknya Walaupu...
Makan Ulam Kalau Nak Awet Muda Wow Bestnya

Makan Ulam Kalau Nak Awet Muda Wow Bestnya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 483 hits
Makan ulam kalau nak awet muda Wow bestnya Assalamualaikum wbt Cikla ni boleh dikatakan hantu ulam gak laa Kalau makan tu sebolehnya mesti ada ulam Baru selera bertambah Hihi Sesilap haribulan bertambah nasi berpinggan pinggan Keh Korang ta...
Suka Makan Popia Lumpia Sedap Ini Resipi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Popia Lumpia Sedap Ini Resipi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 579 hits
Rasa Jelajah Rasa Nusantara sekali lagi membawa anda menjelajah negara seberang Indonesia bersama Adam Didam dan Ili Sulaiman untuk belajar cara cara menghasilkan hidangan Lumpia yang sangat sedap dan enak Lumpia ini sekali pandang seakan a...
Masuk Trimester Kedua Shila Amzah Masih Mabuk Makan Ubat Dengan Jus Delima Potong Rasa Nak Muntah

Masuk Trimester Kedua Shila Amzah Masih Mabuk Makan Ubat Dengan Jus Delima Potong Rasa Nak Muntah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 544 hits
Memasuki trimester kedua selalunya alahan kehamilan akan beransur hilang Namun ada sesetengah ibu masih mengalaminya Kandungan penyanyi Shila Amzah kini sudah pun menginjak ke trimester kedua Shila dalam posting Instagram memaklumkan yang d...
Suria Nak Belanja Anda Makan Hujung Minggu Ini

Suria Nak Belanja Anda Makan Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 264 hits
Selepas Jelajah Suria berakhir di Aman Central Alor Setar pada Sabtu lepas bersama barisan penyampai Suria dan selebriti terkenal seperti Siti Nordiana The post appeared first on
Makan Sotong Buncit Jahat Di Restoran Top D Gurun

Makan Sotong Buncit Jahat Di Restoran Top D Gurun

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 4750 hits
MAKAN SOTONG BUNCIT JAHAT DI RESTORAN TOP D GURUN Hai semua tengahari tadi busyra sempat untuk singgah makan sotong buncit jahat di Restoran Top D Gurun dengar nama makanan pun dah wow kan haha Sebab tu teringin sangat nak cuba dan nak revi...
Ustaz Ni Berdosa Dekat Kau Ceramah Sana Sini Makan Sedap Sedap Apa Saya Nak Jawab Nanti Allah Tanya Ebit Lew

Ustaz Ni Berdosa Dekat Kau Ceramah Sana Sini Makan Sedap Sedap Apa Saya Nak Jawab Nanti Allah Tanya Ebit Lew

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 443 hits
Ustaz Ni Berdosa Dekat Kau Ceramah Sana Sini Makan Sedap Sedap Apa Saya Nak Jawab Nanti Allah Tanya Ebit Lew Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew terkenal dengan mengambil pendekatan khusus terhadap golongan yang tidak bernasib baik termasuk gela...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation