Berjuta Masuk Akaun Najib Tetapi Tidak Didedahkan Dalam Mesyuarat 1mdb Saksi


satuberita.my
By Bernama
-May 18, 2022


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mendedahkan dalam mana-mana Mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bahawa beliau menerima wang berjuta-juta daripada syarikat pelaburan strategik negara itu dalam akaun peribadi Ambank beliau

Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir berkata beliau juga tidak menyedari sebuah syarikat, Tanore Finance Corporation telah memindahkan wang berjumlah US$681 juta ke dalam akaun peribadi Najib berakhir dengan 694 antara 21 Mac 2013 hingga 10 April 2013.

Saksi ke-12 pendakwaan itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu yang didakwa menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB.

Azmi ditunjukkan satu siri transaksi bank mengenai dana 1MDB antara 2013 hingga 2014 oleh Sri Ram yang kemudiannya menunjukkan RM45.8 juta lagi daripada dana 1MDB dimasukkan ke dalam satu lagi akaun peribadi Ambank yang berakhir dengan 880.

Sri Ram: Adakah akaun 694 dan 880 itu milik awak?

Azmi: Tidak. Akaun-akaun itu milik Datuk Seri (Najib)

Terdahulu, Sri Ram menyoal saksi itu sama ada beliau mendapat manfaat kewangan daripada 1MDB dan jawapan Azmi adalah negatif.

Azmi juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.

Sri Ram kemudian menyoal saksi itu sama ada Najib pernah memanggil Azmi kerana beliau merupakan CFO mengenai perkara yang tidak kena mengenai dana kekayaan berdaulat tersebut selepas perkara itu dilaporkan secara meluas oleh media.

Sri Ram: Anda tidak pernah membangkitkan mengenai kebimbangan anda (mengenai perkara yang tidak kena) kepada Najib sedangkan kamu boleh melakukannya beberapa kali. Sepanjang perkhidmatan anda di 1MDB, pernahkah Najib menegur kamu?

Azmi: Tidak, tidak pernah malahan kontrak saya diperbaharui.

Sri Ram: Bolehkan tertuduh memanggil kamu mengenai perkara yang tidak kena itu?

Azmi: Beliau boleh melakukannya tetapi saya tidak ingat beliau memanggil saya apabila isu itu timbul dalam kalangan rakyat dan media. Saya tidak ingat beliau memanggil kami (pengurusan) untuk disoal.

Sri Ram: Jika beliau memanggil kamu, adakah kamu akan pergi?

Azmi: Saya tidak nampak bagaimana saya boleh menolaknya.

Dalam pertanyaan lanjut Sri Ram, Azmi berkata beliau tidak pernah ditegur Najib selepas melaksanakan setiap arahan Jho Low yang beliau percaya merupakan arahan daripada Najib sendiri.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung Rabu.

— BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/berjuta-masuk-akaun-najib-tetapi-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 129 hits
Rakan kongsi urusan KPMG Malaysia Datuk Johan Idris menyifatkan arahan Datuk Seri Najib Razak kepada firma audit itu supaya melengkapkan dan menandatangani auditnya terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad bagi 2013 dalam temp...
Prosecution Seeks Green Light For Arul Kanda To Testify Against Najib In 1mdb Audit Report Case

Prosecution Seeks Green Light For Arul Kanda To Testify Against Najib In 1mdb Audit Report Case

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 228 hits
The prosecution in Najib Razak s 1MDB audit report tampering case has applied for the court s approval to call his co accused former CEO Arul Kanda Kandasamy to testify against him news portal Malaysiakini reported today According to the re...
Najib Lawyer S Bids To Stop Sri Ram From Prosecuting 1mdb Cases Fail

Najib Lawyer S Bids To Stop Sri Ram From Prosecuting 1mdb Cases Fail

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 131 hits
Najib Razak and lawyer Shafee Abdullah have failed in their bid to stop Gopal Sri Ram from prosecuting their 1MDB related cases PUTRAJAYA The Federal Court has dismissed former prime minister Najib Razak and his lawyer Shafee Abdullah s bid...
Ex Chairman Says Didn T Complain To Najib About 1mdb Because It Would Be Akin To Saying I Suspected Him

Ex Chairman Says Didn T Complain To Najib About 1mdb Because It Would Be Akin To Saying I Suspected Him

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 142 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has arrive at the Kuala Lumpur High Court May 12 2022 Picture by Devan ManuelThursday 19 May 2022 1 55 PM MYTKUALA LUMPUR May 19 Tan Sri Mohd Bakke Salleh today explained that he did not complain...
S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 339 hits
LAIN orang lain rezeki dan ujiannya Begitulah juga kisah perkongsian wanita ini mengenai seorang lelaki warga emas yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah bank baru baru ini Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu pada perkongsian vide...
Ex Chairman Najib Asked Me In Phone Call To Meet Pac Chairman Before 1mdb Inquiry Told To Omit Pm Jho Low References

Ex Chairman Najib Asked Me In Phone Call To Meet Pac Chairman Before 1mdb Inquiry Told To Omit Pm Jho Low References

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 131 hits
Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur High Court May 18 2022 Picture by Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR May 18 A former chairman of 1Malaysia Development Berhad today said then prime minister Datuk Seri Najib Razak had in 2016 made...
Ada Ugutan Untuk Kpmg Tandatangan Penyata Kewangan 1mdb Saksi

Ada Ugutan Untuk Kpmg Tandatangan Penyata Kewangan 1mdb Saksi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 118 hits
bharian com myOleh Mei 10 2022 1 34pmNajib keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas hadir perbicaraan kes 1MDB yang dihadapinya hari ini Foto BernamaKUALA LUMPUR Rakan Kongsi Urusan KPMG Datuk Johan Idris memberitahu Mahkamah Tinggi...
Najib Did Not Respond To Sms Over 1mdb S State Of Affairs Says Ex Chairman

Najib Did Not Respond To Sms Over 1mdb S State Of Affairs Says Ex Chairman

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 160 hits
Former 1MDB chairman Bakke Salleh says he found it unusual for Najib Razak not to reply to his text messages KUALA LUMPUR Former 1MDB chairman Bakke Salleh told the High Court in Najib Razak s money laundering and power abuse trial the form...
Sprm Arah Beku 2 Akaun Bank Milik Isteri Bekas Pengarah Jans Kata Saksi

Sprm Arah Beku 2 Akaun Bank Milik Isteri Bekas Pengarah Jans Kata Saksi

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 148 hits
Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Awang Mohd Tahir diiringi peguamnya Marcel Jude keluar dari kamar mahkamah hari ini KOTA KINABALU Mahkamah Khas Rasuah hari ini diberitahu dua akaun bank yang mempunyai baki RM84 654 84 milik tertuduh...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia