Sprm Arah Beku 2 Akaun Bank Milik Isteri Bekas Pengarah Jans Kata Saksi


 
Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Awang Mohd Tahir (kiri) diiringi peguamnya Marcel Jude keluar dari kamar mahkamah, hari ini.KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah, hari ini, diberitahu dua akaun bank yang mempunyai baki RM84,654.84 milik tertuduh kedua kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Fauziah Piut, dibekukan pada 8 Okt 2016.
Saksi ke-20, Salimah Lamat yang juga penolong pengurus Bank Rakyat Berhad cawangan Kota Kinabalu, berkata pembekuan itu dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, dua akaun bank itu yang dimaksudkan ialah akaun simpanan bernombor 22-053-158974-0 dan akaun saham bernombor 77-053-110442-1.
Beliau berkata, akaun simpanan milik Fauziah mempunyai baki terakhir sebanyak RM49,974.84 manakala akaun sahamnya mempunyai baki terakhir sebanyak RM34,684.00, setakat penyata dicetak pada 8 Nov 2016.
“Berdasarkan kepada dokumen ini juga, penama Fauziah Bt Piut telah membeli saham dengan Bank Rakyat Berhad pada 17 Sep 2004.
“Pihak Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu tidak menyimpan sebarang dokumen permohonan untuk pemilikan saham ini kerana bagi dokumen yang telah melebihi melebih tujuh tahun akan dihantar ke ibu pejabat Bank Rakyat Berhad di Kuala Lumpur, tetapi dokumen ini boleh diperoleh di situ,” katanya dalam kenyataan saksinya, hari ini.
Salimah berkata demikian selepas dirujuk kepada penyata Bank Rakyat Berhad atas nama Fauziah yang bernombor 77-053-110442-1 dan bertarikh pada 8 Nov 2016.
Selain Fauziah, dua lagi tertuduh ialah suaminya yang juga bekas pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib dan bekas timbalannya, Lim Lam Beng.
Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM61.57 juta.
Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Terdahulu, saksi ke-19, Kaim Kalimin, yang merupakan pegawai di Kementerian Kewangan negeri, memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pasti sama ada peruntukan tambahan diberikan kepada JANS bermula 2006 hingga 2016 telah habis digunakan atau tidak.
“Pihak Kementerian Kewangan tidak mendapat maklum balas daripada JANS mengenai perkara tersebut.
“Setahu saya, sebahagian daripada jumlah peruntukan untuk menyelesaikan kerja-kerja kecemasan (di bawah AP 55) akan diselaraskan di bawah peruntukan tambahan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kerja-kerja kecemasan boleh dibiayai melalui peruntukan-peruntukan sedia ada tertakluk kepada prosedur yang terkandung dalam AP 55, bagaimanapun, sekiranya tiada peruntukan sedia ada, sejumlah peruntukan yang terlibat dengan kerja-kerja kecemasan itu hendaklah di selaraskan di bawah peruntukan tambahan yang diluluskan oleh DUN,” katanya menerusi kenyataan saksi.
Sebelum itu, Kaim turut dirujuk peruntukan tambahan yang diluluskan berdasarkan rekod Waran Peruntukan Am Penyata Tambahan Pertama yang dikeluarkan dari tahun 2006 hingga tahun 2016.
Menurut penyata berkenaan, jumlah peruntukan tambahan diberikan kepada JANS daripada 2006 hingga 2016 ialah sebanyak kira-kira RM1.4 bilion.
Perbicaraan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/sprm-arah-beku-2-akaun-bank-milik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Bekas Pengarah Jans Miliki Lebih Rm292 000 Lagi

Isteri Bekas Pengarah Jans Miliki Lebih Rm292 000 Lagi

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 1460 hits
Awang Tahir bersama dengan isterinya Isteri memiliki RM292 790 di 2 bank Kota Kinabalu Mahkamah Khas Rasuah diberitahu bahawa isteri bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag Mohd Tahir yang didakwa bersamanya dan seorang lagi dalam kes ra...
Hiburan Tunjuk Kawan Atas Almari Lepas Isteri Anak Hafiz Mahamad Pula Kena Gangguan Netizen Kata Akibat Menunjuk Nunjuk

Hiburan Tunjuk Kawan Atas Almari Lepas Isteri Anak Hafiz Mahamad Pula Kena Gangguan Netizen Kata Akibat Menunjuk Nunjuk

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 195 hits
Usahawan dan juga personaliti media sosial Hafiz Mahamad sebelum ini tampil membuka mulut mengenai situasi yang terjadi kepada dirinya serta isteri Syafiqah Aina dan anak perempuan mereka Menerusi Hafiz mendakwa ada pihak yang berasa kurang...
Eli Bekas Ahli U Kiss Kembali Bersama Bekas Isteri Kerja Kilang Demi Keluarga

Eli Bekas Ahli U Kiss Kembali Bersama Bekas Isteri Kerja Kilang Demi Keluarga

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 214 hits
Peminat K Pop generasi kedua pasti sangat mengenali Eli bekas ahli kumpulan U KISS Eli yang berkewarganegaraan Amerika sebelum ini pernah berkahwin dengan model perlumbaan Ji Yeon soo pada 2017 Dia dan isterinya mempunyai perbezaan umur 11 ...
Isu Kahwin Bekas Isteri Dgn Najib Komposer Terkenal Fauzi Marzuki Tampil Beri Reaksi Berikut

Isu Kahwin Bekas Isteri Dgn Najib Komposer Terkenal Fauzi Marzuki Tampil Beri Reaksi Berikut

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 398 hits
SELEPAS tular gambar mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beristeri dua akaun sosial milik individu bernama Nadia Fauzi menjadi sasaran netizen yang mahukan kepastian tentang hal tersebut
Bekas Isteri Di Dakwa Kahwin Dgn Bekas Pm Kenali Siapa Sebenarnya Komposer Terkenal Fauzi Marzuki

Bekas Isteri Di Dakwa Kahwin Dgn Bekas Pm Kenali Siapa Sebenarnya Komposer Terkenal Fauzi Marzuki

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 155 hits
Komposer Fauzi Marzuki enggan mengulas sebarang kenyataan berhubung berita perkahwinan yang melibatkan bekas isterinya Hashiimah Ramli 53 dengan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Hiburan Jangan Kalut Duit Tiba Tiba Hilang Dalam Akaun Bank Ini Cara Anda Dapatkan Wang Anda Semula

Hiburan Jangan Kalut Duit Tiba Tiba Hilang Dalam Akaun Bank Ini Cara Anda Dapatkan Wang Anda Semula

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 158 hits
Sejak kebelakangan ini kita sering diperdengarkan dengan kes kes duit yang tiba tiba hilang dalam akaun bank sekaligus mencetuskan panik buat sesiapa yang mengalaminya Namun begitu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter baru baru ini...
Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 312 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya perkongsian ini aku dapat melalui Twitter anisssurayaaa Dia kongsikan tentang cara dapatkan balik duit hilang dalam akaun bank Jom ikuti perkongsian kat bawah Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Ba...
Sering Kongsi Kod Qr Akaun Bank Ini Sebab Ia Boleh Bahayakan Anda

Sering Kongsi Kod Qr Akaun Bank Ini Sebab Ia Boleh Bahayakan Anda

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 106 hits
Dengan pengenalan DuitNow QR semua pengguna bank tempatan mempunyai kod QR masing masing untuk dikongsikan bagi memudahkan transaksi Raya tahun ini menyaksikan ramai pengguna hanya berkongsi kod QR untuk mendapatkan duit raya kerana tidak p...
Saksi Uksb Taja Zahid Dan Isteri Ke Luar Negara Sambut Hari Jadi Dan Raya

Saksi Uksb Taja Zahid Dan Isteri Ke Luar Negara Sambut Hari Jadi Dan Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 143 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd telah menaja bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya Bekas Pengarah UKSB Harry Lee V...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu