Ada Ugutan Untuk Kpmg Tandatangan Penyata Kewangan 1mdb Saksi


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali 
[email protected]
- Mei 10, 2022 @ 1:34pm
Najib keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas hadir perbicaraan kes 1MDB yang dihadapinya hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rakan Kongsi Urusan KPMG, Datuk Johan Idris memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, terdapat satu bentuk 'ugutan' daripada Datuk Seri Najib Razak ketika mengarahkan firma audit itu menutup dan menandatangani laporan audit penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi 2013.

Johan yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada sesi pemeriksaan semula, berkata demikian ketika ditanya mengenai mesyuarat pada malam 15 Disember 2013 antara KPMG, 1MDB dan Najib di kediaman bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta.

Johan adalah satu-satunya wakil KPMG yang dibenarkan masuk ke rumah Najib pada malam itu, manakala kakitangan KPMG yang lain diarahkan menunggu di luar.

KPMG ketika itu belum menandatangani laporan audit 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013, kerana syarikat pelaburan strategik negara itu tidak memberikan maklumat yang diminta KPMG sejak April 2013.

Sri Ram yang merujuk kepada prosiding terdahulu yang mana saksi ketika menjawab soalan peguam bela, mengesahkan melalui Minit Mesyuarat menunjukkan Najib tidak memberikan sebarang tekanan kepada KPMG untuk menandatangani dokumen berkenaan.

Disoal oleh Sri Ram sama ada beliau menerima sebarang tekanan pada pertemuan itu, Johan menjawab, "saya menyifatkannya sebagai satu bentuk ugutan (untuk menutup dan menandatangani laporan audit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013).

Ketika ditanya daripada siapa ugutan itu, saksi ke-14 pendakwaan itu berkata, "daripada Najib."

Pada peringkat itu, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib membantah soalan berkenaan kerana perkataan 'ugutan' tidak timbul dalam mana-mana jawapan Johan ketika disoal balas sebelum ini.

Bagaimanapun, Sri Ram menegaskan pihak pembelaan tidak boleh menghalang saksi daripada menjawab soalan daripada sudut pandangannya.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan peguam bela mengemukakan isu terbabit dalam hujahannya.

Terdahulu, Wan Aizuddin mencadangkan kepada Johan bahawa dakwaan penyelewengan oleh pengurusan 1MDB akan terbongkar jika KPMG menjalankan auditnya ke atas 1MDB dengan betul sepanjang tiga tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012, namun Johan berkata, pihaknya sentiasa menjalankan audit dengan betul.

Sementara itu, Johan tidak bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa KPMG bertindak secara sistematik terhadap pengurusan 1MDB dengan menutup mata terhadap transaksi mengelirukan sehingga membenarkan wang 1MDB disalahgunakan.

Johan mengesahkan KPMG juga tidak menerima satu sen pun daripada wang yang diseleweng 1MDB.

Dalam keterangan sebelum ini, Johan berkata, dalam pertemuan di kediamannya itu, Najib memaklumkan kepada KPMG bahawa 1MDB tidak boleh mendedahkan butiran terperinci mengenai pelaburan syarikat itu di Brazen Sky Limited kerana ia adalah sulit.

Menurut saksi, Najib turut mempersoalkan mengapa KPMG masih menimbulkan syak terhadap underlying assets (aset asas) pelaburan berkenaan.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, Brazen Sky Ltd adalah syarikat perantara tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan rakan sekutunya untuk menghantar pulang wang pelaburan oleh 1MDB.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Sequerah bersambung petang ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/ada-ugutan-untuk-kpmg-tandatangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 171 hits
Rakan kongsi urusan KPMG Malaysia Datuk Johan Idris menyifatkan arahan Datuk Seri Najib Razak kepada firma audit itu supaya melengkapkan dan menandatangani auditnya terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad bagi 2013 dalam temp...
Kpk Jadwalkan Periksa Sejumlah Saksi Terkait Suap Pembangunan Alfamidi Kota Ambon

Kpk Jadwalkan Periksa Sejumlah Saksi Terkait Suap Pembangunan Alfamidi Kota Ambon

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 160 hits
Dalam kasus ini KPK menjerat Wali Kota Ambon Richard Louhenapessy sebagai tersangka kasus dugaan suap izin pembangunan Alfamidi dan gratifikasi di Pemerintah Kota Ambon
Uncle Menggigil Kutip Pinggan Selepas Dit3ngking Kotorkan Baju Pelanggan Usahawan Saksi Kejadian Cuma Mampu Hulur Duit

Uncle Menggigil Kutip Pinggan Selepas Dit3ngking Kotorkan Baju Pelanggan Usahawan Saksi Kejadian Cuma Mampu Hulur Duit

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 273 hits
SIAPA pun kita budi bahasa mestilah diutamakan Dalam zaman moden dan semakin maju budi bahasa dan adab tidak seharusnya dilupakan walau setinggi mana pun pangkat umur atau darjat seseorang Seorang wanita berkongsi video di laman sosial menu...
Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 300 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Najib Razak dan ahli keluarganya telah bercuti atas kapal layar ke selatan Perancis perairan Greece dan Itali sejak 2009 hingga 2013 atas jemputan Putera Kuwait Putera Saudi dan Putera Abu ...
Rotan Tu Masih Ada Mas Idayu Bel4sah Black Pakai Rotan Black Pat4hkan Depan Netizen Saksi Kejayaan Jd Juara

Rotan Tu Masih Ada Mas Idayu Bel4sah Black Pakai Rotan Black Pat4hkan Depan Netizen Saksi Kejayaan Jd Juara

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 185 hits
Menerusi satu klip yang pernah diviralkan suatu ketika dahulu mengenai selebriti tanah air yang mempunyai suara yang cukup unik dan sedap didengar hingga kini Black Hanifah menjadi perbualan ramai apabila klip lama beliau saat beliau menjad...
Prosedur Sembelih Tidak Halal Jijik Saksi Utusan Malaysia 11 05 2022

Prosedur Sembelih Tidak Halal Jijik Saksi Utusan Malaysia 11 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 202 hits
PETALING JAYA Selepas pen de dahan Utusan Malaysia ber hu bung rumah pe nyembelihan haiwan di Australia bekas pekerja yang juga sumber utama tampil membuat penga kuan dan menceritakan hal sebenar Sumber yang dikenali sebagai Abdullah mendak...
Saksi Dedah Pusat Sembelihan Tidak Patuh Syariat Diugut Dibuang Kerja Wacanakini 10 05 2022

Saksi Dedah Pusat Sembelihan Tidak Patuh Syariat Diugut Dibuang Kerja Wacanakini 10 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Saksi kepada perlakuan penyiksaan binatang oleh badan diiktiraf JAKIM sebelum ia disembelih mendakwa dia diugut ditekan dan diberhentikan kerja selepas pendedahan itu Pusat penyembelihan itu adalah Thomas Food Industries Lobeth...
Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi

Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 242 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 10 2022 5 44 PMMahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd bagi melaksana perkhidmatan S...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat