Berdikari Dan Pandai Bawa Diri
Hai readers..
Harini ingat nak skip update blog. Sebab badan tak berapa sihat. Tiba tiba macam nak demam. Tapi tak la panas sangat badan. Tapi batuk boleh tahan. Naik kering tekak. Pastu bila berdiri lama rasa macam orang tak stabil je. Tapi sebab rasa macam dah lamaaaa je tak share kisah anak kan. So kita share la ye.
Start bulan 1 bila kita kena admit ward mula mula pasal nak buat MRI tu hati macam kental lagi. Tak la sedih mana. Sebab tahu ddy dorang boleh jaga sekali. Dan kebetulan tumpang rumah my BFF kat JB tu. Sebab zara pun kenal acik tu, so tak la risau dorang akan meragam sangat ke apa. Walaupun hati tetap rasa gusar kan. Anak kan.. Siapa tak risau..
Ingatkan lepas MRI boleh balik, rupanya kan kena tahan. Okay.. Cuba bertabah. Tapi tetap risaukan anak. Sampai la hari khamis, doctor bagitahu kena oepration hari ahad (20jan2019) hati macam Allah.. Ready ke tak ready. Anak macam mana ni. Even tahu zhareef sangat kurang meragam, kawan pun cakap dia pandai bawak diri, tapi rasa macam boleh ke dia ni tanpa mama dia lelama.
Hari khamis terus telefon mak. Bagitahu mak oepration akan buat hari ahad. So paling lambat pun mak kena turun JB hari sabtu. Sebab nak mintak tengokkan zhareef dengan zara. Sebab taknak lepas tangan suruh my bff jaga. Sebab my bff ada 2 orang anak lelaki dan tengah pregnant.
Setahu kita, zhareef ni dia macam takut sikit dengan orang yang jarang jumpa. Contoh macam atoknya. Kami kan jarang balik Ipoh. Nak jumpa mak abah memang tak sangat. Risau juga zhareef ni mau ke dengan opah atoknya. Risau nanti ddy nya kena jaga kita, pastu anak anak meragam.
Allah sebaik baik pengatur kehidupan.
Zhareef jadi rapat dengan Atoknya. Masa datang hospital hari pertama lepas kita operate tu, dia takmo berenggang dengan atoknya. Sampailah seminggu kita kat hospital. Datang mesti berdukung dengan atok. Rasa macam soooo touching.. Rasa macam nak nangis tengok.
Sebab dia boleh okay tanpa mama dia.
Dan dalam tak sangka, selama kita tak jaga dia tu, seminggu tu dia dah laju bercakap. Boleh kata jelas la dia cakap. Walhal sebelum tu macam malu malu. Pelat lagi. Allah.. Rasa macam betul ke ni..
Dia datang melawat kat hospital dia cakap kat opahnya. "Mama akit.. Mama jait" (mama sakit, mama jahit) sebab dia nampak luka jahitan tu. Pastu dia dok main lari lari dalam ward. Sikit pun tak kisah mama dia.
Sampailah opahnya bawak balik ke Ipoh untuk sambung jaga, dan kita perlu balik mersing. Msg kat adik. Zhareef zara meragam tak. Sebab perjalanan jauh kan. Pastu tanpa kami berdua. Adik cakap zara tido. Zhareef bernyanyi je. Alhamdulillah. Sikit pun dia tak risau berjauhan.
Ada masa buat video call. Tapi dia tak heran pun dengan mama dia. Bila tengah call dia tengok sekejap je. Dia cakap mama jait. Pastu dia lari ke dapur cari makanan!
Zara pun sama. Tak cari makanan. Tapi dia macam malu nak cakap. Beberapa kali juga buat videocall, sikit pun tak heran. Bila buat videocall time ddy nya ada. Bila nak sembang dengan dia, dia panggil ddy dia. 🙄🙄🙄
Ehhhhh la zhareef.. Pastu bila hala balik ke arah mama dia, dia panggil ddy dia balik.
Adududu. Kecik hati betul. Rasa macam anak dah buang mak ni. 😆😆😆
Minggu lepas call lagi. Sebab rindu. Terlepas segala perkembangan pembesaran dia kan, sekali ada 1 ayat dia yang buat mama dia ni tak percaya.
Dengan muka selambar dia, dia dok cakap
"Ddy ayang Mama" (Ddy sayang Mama)
Masa tu macam terkejut. Pastu tanya dia balik.. Apa dia dik.. Sekali dia ulang
"Ddy ayang Mama" (Ddy sayang Mama)
Ohhhmakkk.. Macam tak caya je budak 2 tahun cakap camtu. Dan yang best ddy dia jawab dalam videocall "mesti la sayang.. Tak sayang tak kuar la 2org"
Ya ampun.. Kalau la mak abah semua dengar? 😐😐😐😐
Tergamam jap..
Tak sangka.. Zhareef dah banyak perkembangan yang mama dia terlepas tengok. Sangat berdikari. Kalau zara dulu umur 2tahun pun kalau tak nampak mama dia mula la mencebik!
Sampai sekarang ni pun. Balik sekolah tak nampak muka mak dia ni haaa, mula berkaca kaca mata tu. Apaaaaa daaaa..
Apa pun.. Dalam kenakalan zhareef, dia sememangnya anak yang pandai bawak diri dan senang dijaga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2019/03/berdikari-dan-pandai-bawa-diri.html