Janji Manifesto Overkill Memakan Diri


Pilihan raya kecil Semenyih telah melabuhkan tirai. Pakatan Harapan tewas di satu kawasan DUN yang ia sendiri adalah kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan majoriti 1,914 undi di tangan BN yang dikatakan sudah “meninggal dunia”.

PH menghadapi tekanan semenjak kekalahan di Cameron Highlands yang menyaksikan bekas perdana menteri, Najib Razak bangkit dengan jenama ‘MaluApaBossku’ menguasai media sosial yang selama ini dikuasai oleh PH dan menyebabkan Umno dan PAS dipaksa bertaut bersama untuk menghadapi serangan PH.

Serangan bertali arus PH terhadap Najib dan PAS yang berlarutan sehingga hari ini telah memasuki fasa keterlaluan (overkill) sebagaimana BN pernah menyerang Anwar Ibrahim satu masa dahulu semasa mereka berkuasa.

PH terlupa bagaimana taktik itu memakan diri BN sehinggakan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas batang tubuh Anwar, walaupun mungkin benar, disambut dengan simpati kepada beliau dan pelbagai teori konspirasi dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan taktik tersebut tidak berkesan.

Ini terbukti dalam serangan PH terhadap Najib, terutamanya serangan daripada pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang sejak PRK Cameron Highlands tidak melemaskan bekas perdana menteri itu, sebaliknya merancakkan lagi penerimaan netizens terhadap jenama ‘MaluApaBossku’ di media sosial.

PH sememangnya menyedari BN tidak mungkin menang dalam PRK DUN Semenyih tanpa undi ahli dan pendukung PAS.

Jadi tidak menghairankan apabila isu rasuah dan skandal RM90 juta yang melibatkan PAS dihidupkan semula secara bersungguh-sungguh sepanjang PRK Semenyih seolah-olah PAS bertanding di situ menentang PH.

Pada waktu yang sama, langkah SPRM memanggil pimpinan PAS untuk disoal siasat disokong dengan ledakan berita berdasarkan sumber tanpa nama bahawa aset dan akaun sebilangan pimpinan PAS telah dibekukan.

Apakah yang diharapkan daripada serangan bertali arus terhadap PAS ini? Selain mengharapkan ahli dan pendukung PAS berasa malu dan beralih arah kepada PH terutamanya Amanah, ia tidak lain tidak bukan juga bertujuan mengalihkan tumpuan pengundi daripada isu tekanan kos sara hidup yang meningkat, janji manifesto yang belum tertunai dan kelemahan yang ada pada calon PH itu sendiri.

Namun serangan terhadap PAS yang bertali-arus ini juga telah memasuki fasa keterlaluan atau “overkill”. Ini terbukti apabila ahli dan pendukung PAS tetap tidak memberikan undi kepada PH yang dianggotai Amanah, sebaliknya, ia menguatkan azam mereka untuk mengundi BN.

PH mengharapkan serangan bertali-arus terhadap hubungan PAS dengan Umno yang sering digelar sebagai “parti pencuri” akan menyebabkan kedua-dua parti saling menjauhkan diri.


Namun mereka tersilap kira.

Umno dan PAS yang pada mulanya kelihatan malu-malu untuk bertaut secara rasmi dalam 4 pilihan raya kecil sebelum Cameron Highlands, yang menyaksikan mereka tewas dengan teruk, kini mendapat petunjuk rasmi daripada rakyat daripada PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Keputusan kedua-dua PRK itu telah menjawab was-was dalam hati mereka bahawa gabungan itu boleh menangani PH dan amat digeruni kerajaan baru itu.

Permainan politik PH semenjak berkuasa telah mewujudkan satu vakum yang memaksa Umno dan PAS duduk bersama. PH menyerang Umno dan PAS pada waktu yang sama. Ini menyebabkan PH dilihat sebagai musuh bersama.

Umno dan PAS tiada pilihan lain selain bertaut bersama kerana inilah sahaja caranya mereka boleh bertahan daripada dilemaskan oleh serangan PH yang jelas ingin menguburkan kedua-dua parti secepat mungkin agar mereka tidak dicabar dalam pilihan raya umum ke 15 kelak.

Kini, PH telah merasai padahnya apabila Umno dan PAS bergabung tenaga di Cameron Highlands dan Semenyih. Rantau akan menjadi medan pengesahan apakah padah ini akan terus berlarutan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Timmy Say

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/janji-manifesto-overkill-memakan-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepatutnya Tunai Janji Manifesto Bukan Curi Pemimpin Umno Najib

Sepatutnya Tunai Janji Manifesto Bukan Curi Pemimpin Umno Najib

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 354 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan yang tidak memberi keutamaan menunaikan janji manifesto sebaliknya sibuk menarik wakil rakyat Barisan Nasional untuk menyertai mereka Ahli Parlimen Pekan itu berkata tindakan mene...
Isu Cek Clare Permainan Kotor Anwar Memakan Diri

Isu Cek Clare Permainan Kotor Anwar Memakan Diri

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 619 hits
KUALA LUMPUR Selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan akaun yang membayar membayar RM1 4 juta kepada Editor Sarawak Report ada pihak mendakwa itu semua permainan Datuk Seri Anwar Ibrahim Blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin me...
Budak 11 Tahun Bunuh Diri Selepas Dipengaruhi Momo Challenge

Budak 11 Tahun Bunuh Diri Selepas Dipengaruhi Momo Challenge

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 1107 hits
Budak 11 tahun bunuh diri selepas dipengaruhi Momo Challenge Pihak berkuasa Filipina memberi araman kepada ibu bapa agar memantau penggunaan internet anak masing masing selepas terdapat laporan di mana terdapat online challenge yang mendoro...
Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri

Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 714 hits
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz Siti Hafizah Sheikh Mohamad tampil menyatakan pandangan terhadap kontroversi yang tercetus sejak beberapa hari lalu Biarpun tidak menyatakan secara jelas S Hafiza selesa bermain madah dan kata kata...
Pakistan Vs India Seperti Bunuh Diri Bersama

Pakistan Vs India Seperti Bunuh Diri Bersama

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 451 hits
Pakistan Sebut Perang dengan India seperti Bunuh Diri BersamaISLAMABAD Pemerintah Pakistan menghindari perang dengan India dengan alasan tidak ada yang diuntungkan dari konflik kedua negara bersenjata nuklir tersebut Islamabad menyebut pera...
Bosan Buat Kopi Sendiri Jomblo Asal Bandar Lampung Gantung Diri

Bosan Buat Kopi Sendiri Jomblo Asal Bandar Lampung Gantung Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 848 hits
Seorang bujang berusia 27 tahun gantung diri di RT 06 LK 01 Gedongmeneng Baru Rajabasa Bandarlampung pukul 12 00 Minggu 17 Februari 2019 Tak banyak yang tahu penyebabnya Yang ada hanya status terakhir di medsosnya yang bertuliskan Kapan Nik...
Surah Taha Ayat 1 5 Amalan Terbaik Melembutkan Hati Keras Dan Pendinding Diri Rileks Media

Surah Taha Ayat 1 5 Amalan Terbaik Melembutkan Hati Keras Dan Pendinding Diri Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 829 hits
Surah Taha adalah surah yang ke 20 juzuk 16 Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT Boleh diamalkan sebagai ayat pendindi...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Pelaburan Rm3 Juta Svg Worldwide Ss25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia