Anwar Ibrahim Bunuh Diri Dan Ramai Yang Mati Bersamanya



SD Salleh
Pada hari Selasa, 5hb March 2019, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa, telah dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Semasa di temubual, buku cek Rameli Musa telah dirampas oleh SPRM. Ia dirampas bertujuan untuk menyiasat siapa lagi yang telah menerima duit dari Rameli Musa.
Drama ini bermula pada minggu lepas, semasa kempen Pilihan Raya Kecil Semenyih. Semasa berceramah, Anwar Ibrahim telah mendedahkan bahawa Abdul Hadi Awang telah membayar Clare Rewcastle Brown, pengarang Sarawak Report, sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah. Clare Rewcastle Brown juga telah mendedahkan surat berkaitan dengan pembayaran itu.
Rafizi Ramli pula mendedahkan bahawa yang membayar Clare Rewcastle Brown bukannya Hadi tetapi Rameli Musa. Dan mengikut Rafizi juga, Rameli Musa adalah kawan baik Hadi. Sebenarnya Rameli Musa bukanlah kawan baik Hadi. Rameli merupakan kawan baik kepada ramai pemimpin-pemimpin dari PAS, UMNO dan juga PKR.

Anwar Ibrahim bunuh diri dan ramai yang mati bersamanya Menurut pada peguam Clare, Americk Sidhu, beliau telah berjumpa dengan pihak ketiga dan menyaksikan cek yang berjumlah RM1.4 juta itu ditandatangani. Selepas itu, Americk membayar RM1.4 juta itu kepada Clare Rewcastle Brown. Jadi, memang sahlah yang Rameli Musa membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta.
Tetapi pembayaran kepada Clare Rewcastle Brown adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan dari Hadi atau dari pemimpin-pemimpin PAS yang lain. RM1.4 juta itu tidak ada kena mengena dengan penyelesaian kes di luar mahkamah antara Hadi dan Clare. Disebabkan itu, SPRM perlu menyiasat apa sebenarnya tujuan duit itu dibayar.
Kali ini, Anwar Ibrahim sudah tersilap cakap dan Rafizi juga telah mendedahkan benda yang tidak sepatut didedahkan. Iaitu, yang membayar kepada Clare Rewcastle Brown adalah Rameli Musa dan bukannya Hadi Awang dan ianya disahkan oleh peguam Americk Sidhu.

Anwar Ibrahim mengorbankan Rameli Musa dan sekarang sudah pening Mengikut daripada sumber SPRM, Rameli Musa bukan sahaja membayar Clare RM1.4 juta tetapi beliau juga menderma dan menyumbangkan duit kepada ramai pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PKR, terutama sekali gang-gang Anwar Ibrahim. Sebab itu, SPRM merampas buku cek Rameli Musa untuk mengesan siapa lagi yang dibayar oleh Rameli dan berapa jumlahnya.
Sekiranya SPRM dapat mengesan kesemua duit itu, Rameli perlu menunjukkan sumber duitnya. Adakah duit itu diisytiharkan atau adakah beliau menerima duit itu ‘bawah meja’. Jika itu yang terjadi, ia adalah satu kesalahan pengubahan wang haram, rasuah atau pengelakkan cukai. Bagi yang penerima duit pula mereka perlu menyatakan tujuan dan kegunaan wang itu.
Jika sebabnya adalah sama seperti keterangan Rameli Musa kepada SPRM (duit itu adalah untuk kegunaan pilihan raya) dan jikalau mereka tidak mengisytiharkannya tiga puluh hari selepas pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan mereka berbelanja lebih dari apa yang SPR tetapkan (iaitu dua ratus ribu untuk kerusi parlimen dan satu ratus ribu untuk kerusi DUN), mengikut undang-undang SPR, mereka telah melakukan kesalahan dan kerusi mereka boleh diisytiharkan tidak sah, perlu dikosongkan dan pilihan raya kecil akan diadakan sekali lagi.

Ramai lagi akan tumbang disebebkan Anwar Ibrahim Kemungkinan besar sebanyak sepuluh hingga ke 20 kerusi akan dikosongkan dan ini boleh mencetuskan huru hara. Dari jumlah kerusi itu, gang Anwar dari PKR yang paling ramai terlibat dan Anwar akan gagal untuk mendapatkan majoriti di parlimen untuk dia melancarkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.
Anwar tidak menyedari bahawa dia telah membunuh dirinya sendiri dengan mendedahkan isu ini. Anwar seolah menikam dirinya sendiri dengan mendedahkan Rameli Musa yang telah banyak membantu beliau dari segi kewangan. Walaupun ada pihak lain juga terlibat, seperti UMNO dan PAS, yang akan dikaitkan dengan duit yang diderma oleh Rameli Musa, ianya tidak seteruk dengan apa yang akan ditimpa oleh Anwar Ibrahim. Silap-silap, ramai ahli parlimen dari gang Anwar akan kehilangan kerusi mereka. Dan semua ini berpunca dari kesilapan Anwar membuka mulut. Disebabkan mulutnya yang tersilap buka, berpuluh-puluh orang akan rasa tempias dari Anwar Ibrahim.
Kerana mulut badan binasa.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/06/anwar-ibrahim-bunuh-diri-dan-ramai-yang-mati-bersamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Cuba Bunuh Diri Kerana Kecewa Cinta Ditolak

Pelajar Cuba Bunuh Diri Kerana Kecewa Cinta Ditolak

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 1059 hits
KUALA LANGAT Usianya baharu menginjak 13 tahun tetapi sudah bermain cinta dan akibat kecewa pelajar tingkatan satu itu cuba membunuh diri dengan mahu terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting hari ini Pelajar lelaki itu bertinda...
Datuk Rameli Musa Adalah Kawan Rapat Dato Seri Anwar Ibrahim

Datuk Rameli Musa Adalah Kawan Rapat Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 571 hits
1 Beberapa hari ini nama Datuk Rameli Musa timbul atas isu yang semua sedia maklum hari ini 2 Saya tidak berhajat mengulas mengenai isu tersebut kerana saya tidak terlibat dan tidak mengetahui hujung pangkal perkara 3 Namun saya merasa bert...
Istri Minta Cerai Iwan Coba Bunuh Diri Lompat Dari Tower Sambil Gendong Anak

Istri Minta Cerai Iwan Coba Bunuh Diri Lompat Dari Tower Sambil Gendong Anak

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 299 hits
Iwan diketahui warga kampung Cipinang Karya RT 01 01 Desa Cipinang Kecamatan Cibatu Purwakarta itu memanjat tower dengan ketinggian 40 meter bersama anaknya yang masih balita
Sebab Tu Lah Saya Tiba Tiba Nak Bunuh Diri Kecewa Cinta Ditolak Pelajar Tingkatan 1 Cuba Terjun Dari Bumbung Sekolah

Sebab Tu Lah Saya Tiba Tiba Nak Bunuh Diri Kecewa Cinta Ditolak Pelajar Tingkatan 1 Cuba Terjun Dari Bumbung Sekolah

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 434 hits
Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Banting nekad cuba terjun dari bumbung tingkat dua bangunan sekolahnya semalam mencetuskan kegemparan warga sekolah Dalam kejadian yang berlaku pada jam satu tengah hari itu remaja berusia 13 tahu...
Isu Cek Clare Permainan Kotor Anwar Memakan Diri

Isu Cek Clare Permainan Kotor Anwar Memakan Diri

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 627 hits
KUALA LUMPUR Selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan akaun yang membayar membayar RM1 4 juta kepada Editor Sarawak Report ada pihak mendakwa itu semua permainan Datuk Seri Anwar Ibrahim Blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin me...
Polis Sahkan Cinta Di Tolak Jadi Punca Pelajar Cuba Bunuh Diri

Polis Sahkan Cinta Di Tolak Jadi Punca Pelajar Cuba Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 1026 hits
KUALA LANGAT Polis mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu di Banting di sini cuba membunuh diri dari tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenda...
Ada Pria Bunuh Diri Lompat Dari Pondok Indah Mall 2

Ada Pria Bunuh Diri Lompat Dari Pondok Indah Mall 2

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 283 hits
Mantan Wadir Lalu Lintas Polda Metro Jaya ini menyebutkan dugaan melakukan bunuh diri itu karena masalah pribadi
Hasil Olah Tkp Wanita Ditemukan Tewas Di Apartemen Depok Bunuh Diri

Hasil Olah Tkp Wanita Ditemukan Tewas Di Apartemen Depok Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 273 hits
Identitas korban saat ditemukan memakai jaket berwarna merah kerudung pink dan celana jeans warna biru Korban mengalami luka pada pinggul sebelah kiri katanya
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton