Belanjawan 2021 Tidak Adil Bagi Sabah Dan Sarawak










Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menyifatkan peruntukan yang ditetapkan dalam Belanjawan 2021 adalah tidak adil untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak telah dikurangkan meskipun kedua-dua negeri ini ketinggalan dari pelbagai segi dan memerlukan tambahan peruntukan untuk pembangunan negeri.
"Belanjawan kali ini memperuntukkan RM5.1 bilion untuk Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak.
"Namun peruntukan perbelanjaan pembangunan khusus untuk Sarawak telah menurun dari 7.8 peratus pada 2020 kepada 6.5 peratus pada 2021. Sabah juga menurun dari 9.3 peratus kepada 7.4 peratus.
"Adakah peruntukan ini mencukupi untuk merapatkan jurang antara wilayah yang makin melebar?" soalnya ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Larry turut mendedahkan bahawa Sabah dan Sarawak ketika menghadapi masalah jurang kemiskinan yang tinggi dan kekurangan kemudahan klinik dan pusat kesihatan.
"Mengikut Indeks Kemiskinan 2019, Sabah di tempat pertama iaitu 19.5 peratus manakala Sarawak di tempat ketiga dengan 9 peratus.
"Dari sudut kesihatan, nisbah klinik kesihatan berbanding penduduk pada 2018 adalah 1: 13,129 untuk Sabah 1:11,682 untuk Sarawak.
"Ini bermakna nisbah Sabah dan Sarawak lebih dari dua kali ganda tinggi berbanding Pahang yang mempunyai nisbah terbaik negara iaitu 1:5,048 penduduk.
"Pada 2019, sebanyak 15.5 peratus isi rumah Sabah dan 8.4 peratus isi rumah Sarawak berada lebih dari 9 kilometer dari pusat kesihatan awam dan swasta, ini peratusan tertinggi di Malaysia," katanya.
Larry juga memberi contoh bahawa kawasannya Julau tidak mempunyai stesen minyak dan balai bomba.
"Dari segi infrastruktur asas, Sabah dan sarawak serba ketinggalan, sebagai contoh kawasan saya Julau yang sebesar gabungan Perlis dan Melaka tidak mempunyai sebuah stesen minyak dan balai bomba.
"Sepanjang 2018 hingga 2020, sudah 4 kebakaran berlaku iaitu 3 rumah panjang dan sebuah asrama sekolah, jadi saya memohon supaya pembinaan balai bomba kategori E diberi keutamaan dan dimasukkan dalam senarai untuk 2021," katanya.
Telekomunikasi di Sarawak
Larry menggesa kerajaan supaya menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di Sarawak dengan segera yang menjadi antara masalah utama di negeri itu untuk sekian lama.
"Kerajaan merancang untuk merapatkan jurang digital dan infrastruktur telekomunikasi menerusi program Jaringan Prihatin dan inisiatif Jaringan Negara dan saya sokong penuh perkara ini namun ianya harus disegerakan.
"Di kawasan saya ada 6 menara telekomunikasi tetapi hanya ada 2G dan 3G, tiada liputan 4G. Saya pernah lihat bagaimana seorang penduduk di rumah panjang mengangkat telefonnya dan menarik ke atas siling hanya untuk dapatkan liputan internet, ada perkhidmatan telefon tetapi tiada liputan internet, ada perkhidmatan internet tetapi tiada liputan di rumah pula.
"Inilah sebabnya penduduk di kawasan saya terpaksa mendaki bukit, masuk dalam hutan, dan duduk ditepi jalan hanya untuk dapatkan liputan internet.
"Kerajaan sebelum ini melaporkan bahawa sebanyak 2,041 menara telekomunikasi sedia di naik taraf kepada 4G, jadi saya memohon usaha ini diberikan keutamaan dan disegerakan.
"Liputan internet teramatlah penting ketika kita semua hadapi norma baharu, saya harap kerajaan merapatkan jurang digital dan isu infrastruktur telekomunikasi diberi perhatian khusus dan disegerakan terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.
Larry juga enggan memberi jaminan bahawa beliau akan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 selagi kerajaan tidak membuat pindaan yang sewajarnya.
"Tanpa peruntukan mencukupi, kami tidak akan dapat membantu rakyat.
"Menghadapi 'unprecedented crisis' memerlukan 'unprecedented response' dan 'extraordinary measures'.
"Pendekatan 'business as usual' Belanjawan 2021 ini tidak mencerminkan ianya Belanjawan Covid-19 dan negara sedang berhadapan 'unprecedented crisis'.


"Janganlah kita mensia-siakan pengorbanan 'frontliners' negara dengan mengambil pendekatan sebegini.


"Saya hanya akan menyokong Belanjawan ini jika semua cadangan diberikan perhatian dan diberi pertimbangan serius," katanya.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-tidak-adil-bagi-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 507 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Mesti Adil Kepada Pembangkang Jika Mahu Disokong

Belanjawan 2021 Mesti Adil Kepada Pembangkang Jika Mahu Disokong

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 428 hits
Belanjawan 2021 tidak akan disokong secara membuti tuli kerana dilihat Pembangkang tidak adil dan menganaktirikan peruntukan kepada kawasan yang diwakili Pakatan Harapan atau negeri yang ditadbir mereka Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Su...
Belanjawan 2021 Cincai Hanya Untungkan Pihak Tertentu Amk Sabah

Belanjawan 2021 Cincai Hanya Untungkan Pihak Tertentu Amk Sabah

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 259 hits
Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional dianggap cincai dan hanya menguntungkan pihak tertentu kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah Razeef Rakimin Beliau menganggap Belanjawan 2021 tidak benar benar membantu meringa...
Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah

Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 272 hits
Persatuan Pelancongan Sabah menjangkakan banyak pusat pelancongan mungkin ditutup jika kerajaan tidak mengkaji semula Belanjawan 2021 dan menambah peruntukan untuk industri itu KOTA KINABALU Persatuan Pelancongan Sabah yang kecewa dengan Be...
Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 540 hits
Najib berkata Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia Belanjawan 2021 Rakyat Sabah menderita tidak boleh tunggu tahun hadapan Najib Bekas Perdana Menteri Datu...
Beberapa Info Belanjawan 2021

Beberapa Info Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 313 hits
Kuala Lumpur Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen hari ini Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada...
Belanjawan 2021 Belanjawan2021

Belanjawan 2021 Belanjawan2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 430 hits
Pengeluaran Akaun 1 KWSP diumum dalam bajet 2021 RM500 sebulan untuk 12 bulan iaitu maksima RM6 000 Hanya 600 000 ahli sahaja yang layak Selanjutnya disini
Fitnah Baharu Daripada Pemimpin Ph Kononnya Abdul Hadi Awang Tak Hadi Perbentangan Belanjawan 2021

Fitnah Baharu Daripada Pemimpin Ph Kononnya Abdul Hadi Awang Tak Hadi Perbentangan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 389 hits
Pada 27hb Februari 2019 Presiden PKR fitnah TGHA dengan sehelai kertas fotokopi hitam legam sebagai bukti kukuh kononnya TGHA bayar 1 4 Miliyuun Ringgek kepada Editor Sarawak Report untuk selesai kes sivil saman fitnah dimahkamah UK Hari in...
Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Prihatin Bantu Depani Cabaran Ekonomi

Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Prihatin Bantu Depani Cabaran Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 379 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI 20 Rabiulawal 1442H Jumaat Dalam keadaan negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID 19 Belanjawan 2021 bajet kali pertama dibentang Perikatan Nasional disifatkan satu inisiatif yang memp...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil