Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah


Willie JudePersatuan Pelancongan Sabah menjangkakan banyak pusat pelancongan mungkin ditutup, jika kerajaan tidak mengkaji semula Belanjawan 2021 dan menambah peruntukan untuk industri itu. (Gambar Bloomberg)KOTA KINABALU: Persatuan Pelancongan Sabah (STA) yang kecewa dengan Belanjawan 2021 menggesa kerajaan mengkaji semula peruntukan untuk membantu industri itu yang teruk terjejas akibat Covid-19.
Pengerusi STA, Tonny Chew berkata, lanjutan program subsidi upah (PSU) dan moratorium pembayaran balik pinjaman bank tidak cukup untuk membantu pemain industri pelancongan terus bertahan dalam menghadapi impak Covid-19.
“Saya menjangkakan banyak agensi pelancongan yang akan memberhentikan pekerja mereka secara besar-besaran pada awal tahun depan, iaitu selepas lanjutan PSU berakhir.
“Ini disebabkan aliran tunai bakal terjejas teruk untuk pembayaran pinjaman serta gaji pekerja,” katanya kepada FMT.
Chew menggesa kerajaan mengkaji semula peruntukan untuk industri pelancongan kerana beliau menjangkakan keadaan akan bertambah buruk untuk pengusaha pelancongan.
“Sebelum keadaan menjadi lebih buruk buat industri ini (pelancongan), kerajaan perlu buat sesuatu, kaji semula bajet yang dikhususkan buat industri ini.
“Ada kemungkinan banyak pusat pelancongan yang bakal tutup kedai, jika kerajaan tidak mengkaji semula dan seterusnya menambah bajet untuk pelancongan.
“Kerajaan juga boleh mencari jalan lain seperti membuka peluang atau mencadangkan kepada pemain industri pelancongan untuk mempelbagaikan atau meneroka perniagaan lain bagi memastikan mereka dapat terus bertahan.”
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin bagaimanapun menyambut baik peruntukan lebih RM100 juta untuk industri pelancongan.
Beliau menyifatkan peruntukan itu lebih realistik, sesuai dengan keadaan semasa, khususnya sektor pelancongan yang turut terjejas akibat Covid-19.
“Peruntukan yang disalurkan akan dimanfaatkan sebaik mungkin seiring usaha kementerian dalam memulihkan industri pelancongan agar terus kukuh sehingga pandemik Covid-19 berakhir.
“Pihak kementerian juga bersyukur apabila diumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan pelancong.
“Sebelum ini, gerai-gerai meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara, namun kini ia sekadar menjadi penghias kawasan pelancongan di negeri ini.
“Geran khas yang juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong pastinya menjadi berita gembira buat mereka, selepas hilang punca pendapatan sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan Mac lalu.”
Beliau juga gembira dengan peruntukan RM50 juta untuk menyelenggara dan membaik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara.
Katanya, beberapa pusat pelancongan di bawah Taman-taman Sabah (TTS) memerlukan penambahbaikan kerana kebanyakan infrastruktur agak “uzur”.
“Saya yakin dengan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur yang ada, pastinya akan menarik lebih ramai pelancong, sekaligus membawa industri pelancongan di Sabah ke satu tahap lebih baik pada masa akan datang.”
Sementara itu, Persatuan Hotel Bajet Malaysia turut kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana Putrajaya gagal menangani keperluan untuk industri pelancongan dan perhotelan terus bertahan selepas lanjutan PSU selama 3 bulan.
Presidennya, Emmy Suraya Hussein menggesa kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan PSU secara automatik sehingga Jun tahun depan untuk industri itu.
Beliau memberi amaran kegagalan membantu industri itu terus bertahan boleh menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan dan pengusaha menghentikan operasi mereka.
“Industri ini teruk terjejas dan akan menjadi yang terakhir untuk pulih. Kami juga berharap kerajaan akan menyediakan lebih banyak pelepasan cukai untuk industri dan pelancong domestik yang akan merangsang industri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-tak-mampu-bantu-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 453 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Survival Pemain Industri Pelancongan Perlu Dibela Sharkar

Belanjawan 2021 Survival Pemain Industri Pelancongan Perlu Dibela Sharkar

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 322 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyambut baik pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2021 berhubung pembangunan infrastruktur yang sekali gus boleh menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan negara K...
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 273 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 272 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan hari ini perlu berjiwa besar untuk membantu semua lapisan masyarakat agar dapat meneruskan kesinambungan hidup dalam berdepan dengan...
Tiada Sebab Bn Tolak Belanjawan 2021 Kata Tajuddin

Tiada Sebab Bn Tolak Belanjawan 2021 Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 313 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 00 pmTajuddin Abdul RahmanSokongan bersyarat yang diberikan oleh BN terhadap Belanjawan 2021 menimbulkan tanda tanya mengenai sokongan gabungan itu agar belanjawan berkenaan dapat diluluskan Bagaimanap...
Belanjawan 2021 Bantuan One Off Tak Bantu Selesai Masalah Rakyat

Belanjawan 2021 Bantuan One Off Tak Bantu Selesai Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 289 hits
BANGI 21 Rabiulawal 1442H Sabtu Walaupun Belanjawan 2021 berfokus kepada rakyat namun terdapat beberapa kelompongan yang perlu dipertimbang semula oleh kerajaan sebelum ia diluluskan Ini kerana pendekatan kerajaan melalui belanjawan tahun h...
Gembeling Semua Pihak Untuk Belanjawan 2021 Kata Anwar

Gembeling Semua Pihak Untuk Belanjawan 2021 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 251 hits
Kami sedia bekerjasama dengan mana mana ahli politik yang mendambakan sebuah sistem yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai kata Anwar October 27 2020 Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar sem...
Belanjawan 2021 Transformasi Digital Pks Bantu Terokai Pasaran Eropah

Belanjawan 2021 Transformasi Digital Pks Bantu Terokai Pasaran Eropah

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 204 hits
TAHUN 2020 sudah tentunya merupakan tahun yang mencabar buat segenap lapisan masyarakat Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac untuk mengekang penyebaran wabak Covid 19 perniagaan mengalami kerugian besar ribuan pekerja dari...
Belanja Lebih Untuk Pulih Lebih Pantas Kata Panel Forum Belanjawan 2021

Belanja Lebih Untuk Pulih Lebih Pantas Kata Panel Forum Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 248 hits
Belanja lebih untuk pulih lebih pantas kata panel forum Belanjawan 2021 Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 N
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel