Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib
Najib berkata, Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia. Belanjawan 2021: "Rakyat Sabah menderita, tidak boleh tunggu tahun hadapan" - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat Sabah paling terjejas akibat gelombang ketiga COVID-19 dan mereka tidak boleh tunggu hingga tahun hadapan sebelum bantuan tiba. K etika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau mengharapkan agar tambahan RM1,000 dapat diperuntukan di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), khususnya untuk penduduk di negeri itu.
Menurut beliau, kerajaan sepatutnya tidak ada masalah kerana membuat peruntukan khas untuk Sabah selepas Petronas dilaporkan bersetuju membayar dividen RM1.23 bilion kepada negeri itu.
“Rakyat Sabah perlukan bantuan sekarang, bukan tahun hadapan. Sebab negeri Sabah telah dilaksanakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) paling lama tempohnya, dan merupakan negeri paling terjejas akibat pandemik itu,” katanya lagi.
Najib berkata, Sabah perlu diberi perhatian khusus memandangkan negeri itu telah mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan dasar ‘Pandang ke Borneo’, sebagai salah satu usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelaburan yang besar dan berpotensi menjana ekonomi negara.
“Saya mencadangkan apa jua visi atau pelan yang dicorakkan Kerajaan, perlu ambil pendekatan pandang ke Timur, tapi tak la jauh sampai ke Jepun. Cukup ke Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Kalimantan.
“Mereka ada sumber kekayaan asli yang amat besar, lokasi mereka strategik, kerana berdekatan dekat dengan negara membangun di Asia Timur berbanding Semenanjung Malaysia. Tak masuk akal kita biarkan syarikat-syarikat utama Malaysia hanya melabur di luar negara, tanpa mengambil kira Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.
Najib berkata, perpaduan sebenar adalah Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan Malaysia, bukan semata-mata Sabah for Sabahan, atau Sarawak for Sarawakian sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-rakyat-sabah-menderita.html