Beberapa Info Belanjawan 2021







Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.
Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.
Maklumat dikemaskini dari semasa ke semasa. Segar semula (refresh) untuk dapatkan maklumat terkini.
Tengku Zafrul membawa beg berisi teks ucapan dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang, diiringi Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.
TENGKU Zafrul melambai kepada pengamal media ketika menuju ke bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2021. FOTO BERNAMARM230j pembiayaan kepada PKS melalui PUNB bagi perbelanjaan modal kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan kepada SOP Covid-19 RM30 juta diperuntukkan untuk memperluas Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar & luar bandar. Program ini menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 setiap individu atau RM50,000 setiap komuniti. Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU, membabitkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom. RM300 juta diperuntukkan untuk meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang. Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022. RM100 juta diperuntukkan untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang mendapat pinjaman PTPTN. RM100 juta diperuntukkan untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS: skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang mendapat pinjaman PTPTN. Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan kepada RM3,000 dengan tambahan RM500 khusus bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup juga diluaskan untuk langganan surat khabar eletronik. RM75 juta untuk Program eBelia: Kredit RM50 one-off ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur 18-20 tahun untuk membudayakan ekonomi tanpa tunai Insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000/bulan sehingga 3 bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan. Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan perantis RM50 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, merangkumi pelaksanaan program perpaduan. RM10 juta diperuntukkan untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara. Kenaikan kadar elaun Guru Takmir kepada RM900 sebulan serta bayaran RM500 'one-off' kepada Imam, bilal, siak, noja, merbut, Guru takmir dan guru KAFA. PNB akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB. Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit ke dalam tabung wakaf ASNB dan layak mendapat potongan cukai pendapatan. Peruntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memperkukuh pembangunan Islam. RM510 juta disalurkan untuk pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN, PUNB dan Agrobank, RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh BPMB dan SME Bank serta RM2 bilion bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan. RM6.5 bilion diperuntukkan untuk akses pendidikan yang berkualiti kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan UiTM. Peruntukan RM6.5 bilion untuk pendidikan dan RM4.6 bilion untuk keusahawanan bumiputera Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025 Pencarum KWSP dibenar untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membeli produk insurans/takaful hayat dan penyakit kritikal yang diluluskan oleh KWSP RM1 bilion untuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling dan upskilling) bagi 200,000 pelatih. PenjanaKerjaya: Kadar maksimum program latihan ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi program latihan kemahiran tinggi atau sijil profesional. PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 40% daripada gaji pekerja disalur kepada majikan, dan 20% disalur terus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing seperti dalam bidang pembinaan dan perladangan PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 20% daripada gaji bulanan pekerja akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja OKU, penganggur jangka panjang, dan pekerja yang diberhentikan. PenjanaKerjaya: Insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas dinaikkan kepada 40% daripada gaji bulanan (terhad kepada insentif maksimum RM4,000/bulan) RM2 bilion bagi inisiatif PenjanaKerjaya dan dijangka dapat menyediakan 200,000 peluang pekerjaan. RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan daripada RM250 Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250. Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350. Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400. Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang. Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis RM24 juta diperuntukkan untuk pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans. Skop pelepasan cukai diluaskan kepada RM1,000 bagi rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak.Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan & anak juga dinaikkan kepada RM8,000 dari RM6,000Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off RM500 setiap seorang bagi menghargai jasa 100,000 anggota barisan hadapan KKM Pada 2020, kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk melaksanakan PKP, keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan Covid-19. Bagi Belanjawan 2021, kerajaan memeperuntukkan tambahan RM1 bilion dalam untuk membendung gelombang ketiga Covid-19 Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Tengku Zafrul mula pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 4.23 petang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan semua Ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat untuk pembentangan Belanjawan 2021 untuk memberi peluang mendengar pembentangan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/beberapa-info-belanjawan-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Dibentang Esok Luar Biasa

Belanjawan 2021 Dibentang Esok Luar Biasa

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 319 hits
ARIF ATANAhli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan esok adalah luar biasa kerana berlaku pada masa krisis Covid 19 dan krisis politik Naib Presiden AMANAH itu berkata Bela...
Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu...
Berilah Lebih Banyak Kail Dan Ikan Dalam Belanjawan 2021

Berilah Lebih Banyak Kail Dan Ikan Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 314 hits
Zaini Othman PENULIS merupakan antara jutaan rakyat Malaysia yang amat teruja ketika ingin melangkah masuk ke tahun 2020 Sejak dari kecil sudah didendangkan dengan Wawasan 2020 dan pastinya pada tahun yang sekian lama dinantikan diharapkan ...
Forum Belanjawan 2021

Forum Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 616 hits
Live FB Page Penggerak Daily Tarikh 5 11 2020Waktu 8 30 10 00 mlmSaksikan diskusi bersama YB Dato TPSj Hj Mohd Rashid Hasnon Pengerusi PKN Negeri Johor merangkap Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat Program akan...
Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

Belanjawan 2021 Belanjawan Paling Bersejarah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 363 hits
Pembentangan Belanjawan 2021 oleh kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat hari ini disifatkan sebagai paling penting dalam sejarah Malaysia ketika negara bergelut memerangi penularan pandemik koronavirus Ketika jutaan rakyat berdebar me...
Belanjawan 2021 Penentuan Nasib Rakyat Dan Muhyiddin

Belanjawan 2021 Penentuan Nasib Rakyat Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 328 hits
SEJAK kelmarin Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat ke 59 menjadi tumpuan utama seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia sendiri Lebih lebih lagi pada saat AS berdepan krisis ekonomi dan kesihatan terburuk dalam sejarah susulan a...
Belanjawan 2021 Rm600 Bantuan Khas Penjawat Awam

Belanjawan 2021 Rm600 Bantuan Khas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 367 hits
Oleh Muhammad Yusri MuzamirNovember 6 2020 6 45pmOrang ramai menonton pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang disiarkan secara langsung dari Parlimen ketika tinjauan di Seng Heng Sh...
Intipati Belanjawan 2021

Intipati Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 940 hits
INTIPATI BELANJAWAN 2021 Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat yang pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Belanjawan 2021 secara meluas dijangka me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities