Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti


malaysiakini.com
KiniTV
Diterbitkan: Feb 24, 2025 10:00 AM
WAWANCARA | Latheefa Koya menolak alasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang berkata video berkaitan skandal rasuah Sabah disunting, justeru tidak boleh digunakan sebagai bukti.

Latheefa, yang pernah menerajui suruhanjaya itu berkata dalam episod kedua podcast Straight Talk terbitan Malaysiakini dan KiniTV.

Peguam itu berkata bahawa klip video 'can I advise you something' dalam kes melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor digunakan oleh SPRM sebagai bukti di mahkamah walaupun video itu telah disunting.

"Rakaman audio itu digunakan sebagai bukti di mahkamah. Ia dipotong, bukan audio penuh, dan ia digunakan di mahkamah sebagai bukti," katanya.

Latheefa merujuk kepada rakaman audio dan transkrip mengandungi ayat "can I advise you something?" (Boleh saya beri nasihat kepada kamu mengenai sesuatu) yang diterima sebagai bukti dalam perbicaraan kes Rosmah berkaitan dengan projek hibrid solar.

Rakaman audio itu ditampilkan oleh SPRM sebagai sebahagian daripada perbualan antara Rosmah dan Najib, dimainkan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes berkenaan.

"Ia banyak menjelaskan apabila video (skandal rasuah Sabah) itu ada. Mengapa tiada siasatan? Video itu sangat jelas, dan ada pengakuan daripada seseorang yang mengatakan, ‘Saya telah memberi (rasuah)’.

"Sekurang-kurangnya, anda mesti menjalankan siasatan. Bagaimana mungkin ada orang yang mengaku semua ini, tetapi tiada siasatan? Apa alasan anda?" soal Latheefa.
Latheefa menegaskan dia tidak bersetuju dengan kenyataan Azam bahawa video disunting tidak boleh dijadikan bukti.

"Untuk mencadangkan bahawa anda tidak boleh menggunakan video itu kerana ia disunting, bolehkah anda bayangkan beratus-ratus video di mana jenayah dilakukan, yang juga disunting? Anda melihat seseorang berlari dengan pisau, dan adakah anda akan berkata, ‘Saya tidak boleh menyiasat kerana itu diedit?’ Anda tidak boleh berbuat demikian.

"Kita tidak bercakap tentang kebolehterimaan bukti di mahkamah, kita bercakap tentang menggunakan apa sahaja yang anda ada untuk memulakan siasatan.

"Kemudian, anda akan memanggil sesiapa yang membuat video itu, orang yang mengaku, dan semua orang yang telah bercakap. Panggil mereka dan tanya apa yang berlaku dalam video ini.

"Kita tidak dapat mendengar semuanya. Bolehkah anda beritahu kami apa yang berlaku? Dan jika mereka mengatakan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang anda lihat dalam video, maka anda meminta dokumentasi," katanya dalam program yang dihoskan Dennis Ignatius.

Kerajaan negeri Sabah diheret dalam skandal rasuah sejak akhir tahun lalu, dengan pemberi maklumat menerbitkan video yang membabitkan beberapa Adun dalam dakwaan rasuah berhubung lesen cari gali mineral, termasuk ketua menteri Hajiji Noor.

Ketua menteri itu dan Adun yang terlibat telah menafikan sebarang salah laku dan mendakwa ia adalah konspirasi untuk menggugat kestabilan pentadbiran negeri menjelang pilihan raya.

Azam sebelum ini berkata hanya terdapat sedikit bukti dalam kes tersebut dan video yang ada setakat ini - seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini - tidak boleh diguna pakai sebagai bukti.

“Video ini telah kita kemukakan kepada bahagian forensik SPRM.

"Laporannya baru-baru ini menunjukkan lapan video di dalam portal itu adalah video yang tidak boleh diguna pakai kerana berlaku editing serta ia juga tidak boleh digunakan dalam penyiasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti," katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/bekas-kp-sprm-sekolahkan-azam-suntingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Rasuah Adun Sabah Video Tiada Kredibiliti Tak Boleh Guna Dalam Siasatan

Skandal Rasuah Adun Sabah Video Tiada Kredibiliti Tak Boleh Guna Dalam Siasatan

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 120 hits
Ketua SPRM Azam Baki berkata pihaknya tidak bercadang memanggil portal yang menyiarkan video terbabit untuk mengetahui bagaimana ia diperoleh PETALING JAYA Video yang dimuat naik di portal berita sebelum ini didapati tidak boleh diguna paka...
Sabah Rep Cites British Couple S Video In Headache Poser For Azam

Sabah Rep Cites British Couple S Video In Headache Poser For Azam

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 128 hits
Warisan assemblyperson Justin Wong believes he has a question that is bound to give MACC chief commissioner Azam Baki a headache regarding the Sabah corruption scandal He recounted the incident involving a British couple who revealed how a ...
Terkini Dari Sprm Siasatan Rasuah Bekas Pegawai Ismail Rm150 Juta Dijum

Terkini Dari Sprm Siasatan Rasuah Bekas Pegawai Ismail Rm150 Juta Dijum

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 208 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disyaki terlibat rasuah Ketua Pesuruhjaya...
Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 208 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menjalankan siasatan dengan lengkap berhubung penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke 9 ...
Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 167 hits
SPRM mengesahkan penahanan empat pegawai seorang bekas perdana menteri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 KUALA LUMPUR 23 Feb Empat individu dipercayai pegawai bekas Perdana Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Ada Bukti Mudah Saja Bawa Ke Sprm Tak Payah Dok Keriau

Ada Bukti Mudah Saja Bawa Ke Sprm Tak Payah Dok Keriau

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 113 hits
SPRM PATUT SIASAT KES RASUAH DI KLIA BUKAN TAHAN WARTAWAN PAS2 March 2025Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi keutamaan terhadap siasatan berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabat...
Sprm Perlu Siasat Kes Rasuah Klia Bukan Tahan Wartawan Pas

Sprm Perlu Siasat Kes Rasuah Klia Bukan Tahan Wartawan Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 204 hits
PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keutamaan kepada siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan ejen pekerja asing dan pegawai imigresen di pintu masuk negara berbanding menahan wartawan yang melaporkan ...
Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 182 hits
bharian com myOleh Februari 24 2025 Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah NSTP MOHD FADLI HAMZAHKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyita wang tunai lebih RM100 juta yang disyaki ada kaitan dengan dana politik dalam se...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri