Sprm Perlu Siasat Kes Rasuah Klia Bukan Tahan Wartawan Pas




PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keutamaan kepada siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan ejen pekerja asing dan pegawai imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu tersebut.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan tindakan SPRM menahan wartawan portal Malaysiakini B Nantha Kumar yang membongkar isu penyeludupan pekerja asing itu janggal dan menimbulkan persoalan.
"PAS percaya adalah lebih tepat dan sesuai sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media mengenai kegiatan meragukan ini, berbanding mengambil tindakan terhadap wartawan yang hanya melaporkan dakwaan rasuah tersebut," katanya.
Wartawan berkenaan sebelum ini melaporkan dua artikel bertajuk "Pegawai imigresen KLIA kantoi selit 12 pasport di pinggang" dan "Bongkar: 'Datuk' dalang kartel Pakistan di KLIA?" masing-masing pada 19 dan 22 Februari. Laporan tersebut mendedahkan dakwaan wujudnya sindiket warga Pakistan yang menyeludup masuk pekerja asing ke Malaysia.
‘Kes perangkap’
Menurut PAS, siasatan SPRM terhadap wartawan Malaysiakini hanya berdasarkan laporan pihak berkepentingan langsung, iaitu ejen pekerja asing yang didedahkan dalam laporan tersebut.
"Agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti dengan lebih dekat, terutama dari segi motif, ketepatannya bawah undang-undang dan keutamaannya.," tambah Takiyuddin.
Dia juga mengingatkan isu salah laku pegawai imigresen dan ejen pekerja asing bukan perkara baru.
Pada September tahun lalu, SPRM dilapor menahan 37 penguat kuasa di KLIA kerana disyaki menerima rasuah bagi membolehkan warga asing memasuki Malaysia tanpa prosedur sah.
Selain itu, dalam operasi khas di beberapa negeri, SPRM merampas lebih RM1 juta wang tunai, jongkong emas, jam tangan berjenama, serta beberapa aset mewah yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki semalam berkata wartawan itu didakwa meminta RM100,000 daripada ejen itu sebagai balasan untuk tidak menyiarkan dua artikel berhubung ejen itu.
Azam mendakwa jumlah itu akhirnya dikurangkan kepada RM20,000.
"Ejen itu membuat laporan kepada SPRM, selepas itu kami menjalankan apa yang dipanggil 'kes perangkap'," kata Azam .
Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya pula membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman wartawan itu selama empat hari.
Nantha - yang berkhidmat dengan Malaysiakini sejak 2018 - telah menulis secara meluas baru-baru ini mengenai sindiket imigresen, termasuk yang melibatkan Jabatan Imigresen.
Sementara itu, PAS turut menyoal jika tindakan terhadap wartawan terbabit dibuat dengan pendekatan yang betul.
"Sekiranya dakwaan peras ugut jenayah oleh wartawan terbabit benar, bukankah perkara itu sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan, bukannya diambil tindakan bawah Akta SPRM," soalnya.
Takiyuddin berkata sekiranya laporan Malaysiakini didakwa sebagai tidak benar atau berunsur fitnah, pihak terlibat boleh mengambil tindakan melalui saluran undang-undang seperti saman sivil, bukannya membuat laporan kepada SPRM untuk menekan wartawan.
PAS menyatakan kebimbangan tindakan ini memberi gambaran negatif terhadap SPRM, sekali gus menimbulkan persepsi badan itu cuba menutup mulut media.
"Ia boleh dianggap bertujuan menutup mulut wartawan dan media terbabit, sekali gus memenuhi motif dan kepentingan pihak berkepentingan langsung yang didedahkan sebelum ini.
"Tindakan itu juga boleh dilihat sebagai langkah yang berlawanan dengan peranan wartawan dan media sebagai institusi teras demokrasi, prinsip kebebasan bersuara serta semak dan imbang awam," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran (gambar atas) menggesa SPRM untuk memperluaskan siasatan terhadap individu yang didakwa terlibat dalam sindiket yang dibongkar oleh Malaysiakini.
Memandangkan keseriusan dakwaan tersebut, SPRM mesti memastikan individu yang bertanggungjawab terhadap aktiviti jenayah ini turut dibawa ke muka pengadilan, kata Yuneswaran, sambil menegaskan bahawa dakwaan seumpama ini telah lama membayangi sistem imigresen negara.
"SPRM bukan sahaja perlu menyiasat wartawan tersebut tetapi juga memperluaskan siasatan terhadap individu yang dikaitkan dengan sindiket yang telah didedahkannya," tegasnya.
Yuneswaran turut menggesa SPRM agar menyiasat ejen yang telah membuat laporan terhadap wartawan Malaysiakini, Nantha Kumar.
"Pihak berkuasa perlu menentukan sama ada ejen tersebut terlibat dalam mana-mana aktiviti sindiket dan memastikan semua individu yang terlibat dalam operasi seumpama ini dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Wakil rakyat PKR itu juga mengingatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas mengenai kes ini.
"Oleh itu, SPRM tidak seharusnya memandang ringan laporan yang dibuat oleh wartawan Malaysiakini atau mengabaikan kemungkinan salah laku yang telah didedahkan," katanya lagi.
Pun begitu, Yuneswaran berkata wartawan perlu mengekalkan standard etika tertinggi bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap profesion kewartawanan.
"Walaupun tiada wartawan yang sepatutnya didakwa atas sebab yang tidak wajar, sebarang salah laku, jika terbukti benar, harus menjadi pengajaran kepada pihak lain dalam industri ini.
"Kewartawanan beretika adalah tunjang kepada landskap media yang berwibawa dan boleh dipercayai.
"Justeru, pengamal media harus berpegang teguh kepada prinsip integriti, ketelusan, dan akauntabiliti," katanya. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/a_59.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Malaysiakini Ditahan Kes Rasuah Bebas Dengan Jaminan

Wartawan Malaysiakini Ditahan Kes Rasuah Bebas Dengan Jaminan

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 121 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya PETALING JAYA Seorang wartawan Malaysiakini yang ditahan Sur...
Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 180 hits
SPRM mengesahkan penahanan empat pegawai seorang bekas perdana menteri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 KUALA LUMPUR 23 Feb Empat individu dipercayai pegawai bekas Perdana Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 23 2025 2 19 PMEmpat pegawai Ismail Sabri Yaakob dilaporkan ditahan SPRM dalam siasatan rasuah berhubung kontrak berkaitan kegiatan promosi konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan bekas perdana menteri it...
Dakwaan Rasuah Wartawan M Kini Lapor Polis Terhadap Ejen Pakistan

Dakwaan Rasuah Wartawan M Kini Lapor Polis Terhadap Ejen Pakistan

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 136 hits
Hariz MohdWartawan Malaysiakini B Nantha Kumar hari ini membuat laporan polis terhadap seorang ejen Pakistan yang memberikan rasuah kepadanya pada Jumaat lalu yang menyebabkan dia ditahan SPRM Dalam laporannya yang dibuat di ibu pejabat pol...
Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 223 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menjalankan siasatan dengan lengkap berhubung penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke 9 ...
Pas Untung Jika Pemimpin Umno Masih Dikait Rasuah

Pas Untung Jika Pemimpin Umno Masih Dikait Rasuah

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 111 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat PAS mungkin mendapat manfaat susulan dakwaan bahawa beberapa pemimpin Umno dikaitkan dengan rasuah hasil siasatan dibuat pihak berkuasa ketika ini Syaza Shukri dari Universiti Is...
Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comWAWANCARA Latheefa Koya menolak alasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang berkata video berkaitan skandal rasuah Sabah disunting justeru tidak boleh digunakan sebagai bukti Latheefa yang pernah menerajui suruhanjaya itu b...
Ismail Sabri Disoal Siasat Sprm Sebelum Dimasukkan Ke Hospital

Ismail Sabri Disoal Siasat Sprm Sebelum Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 157 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 1 2025 SPRM telah menyoal bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob di ibu pejabatnya selama lima jam pada 18 Feb beberapa hari sebelum dia rebah di rumah dan dimasukkan ke hospital kerana hal berkaitan tekan...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Dugaan Pagi Khamis

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan

Anak Sulung Setuju Edika Yusof Amp Nor Hidayah Bercerai Sedia Jaga Ibu Selagi Termampu Ini Jalan Terbaik Untuk Mereka