Ada Bukti Mudah Saja Bawa Ke Sprm Tak Payah Dok Keriau


 

SPRM PATUT SIASAT KES RASUAH DI KLIA, BUKAN TAHAN WARTAWAN – PAS
2 March 2025Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keutamaan terhadap siasatan berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu tersebut.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana, sekiranya laporan isu tersebut benar, ia lebih berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan dan ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan wartawan berkenaan.
Dakwanya, tindakan SPRM terhadap wartawan terbabit yang dibuat hanya berdasarkan laporan pihak berkepentingan langsung dilihat janggal dan menimbulkan persoalan.
“Pas percaya adalah lebih tepat dan sesuai tugas sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan dakwaan rasuah.
“Agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti dengan lebih dekat, terutama dari segi motif, ketepatannya bawah undang-undang dan keutamaannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Jumaat, SPRM menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ia berikutan, wartawan berkenaan dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI.
Takiyuddin menambah, isu salah laku pegawai imigresen dan ejen pekerja asing bukan perkara baharu.
“Selain itu, semasa operasi khas SPRM dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan pula, ia turut melibatkan rampasan wang tunai berjumlah lebih RM1 juta dan penyitaan barangan kemas termasuk jongkong dan dinar emas, jam tangan berjenama, kereta, motosikal dan telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya.
Tambah beliau, sekiranya dakwaan peras ugut jenayah oleh wartawan terbabit benar, perkara tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan, bukannya diambil tindakan bawah Akta SPRM.
“Sekiranya laporan media tersebut pula salah atau dianggap memfitnah, bukankah pihak terkesan turut dilindungi oleh undang-undang sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah, bukannya dengan membuat laporan kepada SPRM?” soalnya.
Sehubungan itu beliau turut menzahirkan kebimbangan berkenaan ‘kejanggalan’ berkenaan kerana didakwa boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM sendiri.
“Ia boleh dianggap bertujuan menutup mulut wartawan dan media terbabit, sekali gus memenuhi motif dan kepentingan pihak berkepentingan langsung yang didedahkan sebelum ini.
“Tindakan itu juga boleh dilihat sebagai langkah yang berlawanan dengan peranan wartawan dan media sebagai institusi teras demokrasi, prinsip kebebasan bersuara serta semak dan imbang awam,” katanya.
Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/715509/berita/politik/utamakan-siasatan-kes-rasuah-bukan-tahan-wartawan—takiyuddin














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/ada-bukti-mudah-saja-bawa-ke-sprmtak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comWAWANCARA Latheefa Koya menolak alasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang berkata video berkaitan skandal rasuah Sabah disunting justeru tidak boleh digunakan sebagai bukti Latheefa yang pernah menerajui suruhanjaya itu b...
Bukan Rm150 Juta Tapi Rm170 Juta Sprm Arahkan Ismail Istihar Harta

Bukan Rm150 Juta Tapi Rm170 Juta Sprm Arahkan Ismail Istihar Harta

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 87 hits
SPRM menyita wang tunai berjumlah kira kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dari premis yang dikaitkan dengan empat bekas pegawai kepada Ismail Sabri Yaakob SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan agensi itu turut merampas 16...
Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 171 hits
Ilah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com myKUALA LUMPUR Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pengisytiharan harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan peng...
Sprm Ismail Sabri Adalah Suspek Bukan Dipanggil Sebagai Saksi

Sprm Ismail Sabri Adalah Suspek Bukan Dipanggil Sebagai Saksi

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 107 hits
Khalis KhadirPUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek bukan saksi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berkata...
Tular Gambar Sunting Sprm Lawat Bekas Pm Yang Palsu Tak Pasti Jangan Kongsi B

Tular Gambar Sunting Sprm Lawat Bekas Pm Yang Palsu Tak Pasti Jangan Kongsi B

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 125 hits
Tular gambar sunting SPRM lawat bekas PM yang palsu Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 154 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri diarah isytihar harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kenyataan mengesahkan merampas wang tunai RM170 juta dalam pelb...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sagu Gula Melaka Manisan Klasik Untuk Berbuka Puasa

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah