Bekas Ketua Balai Polis Cherating Di Denda Rm20 000 Libat 98 Pertuduhan Rasuah Rm31 400 Dua Tahun Lalu




KUANTAN: Bekas Ketua Balai Polis Cherating yang didakwa atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,400 dua tahun lalu dikenakan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 40 pertuduhan.
Tertuduh Anuar Yaakob,56, yang berpangkat Sarjan Mejar sebelum ini tidak mengaku bersalah mengubah pengakuan kepada bersalah terhadap 40 pertuduhan yang melibatkan nilai rasuah sebanyak RM5,850 di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Baki 58 lagi pertuduhan diambil pertimbangan oleh mahkamah sebagai ‘take into consideration’ di bawah Seksyen 171 A Kanun Tatacara Jenayah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima wang yang dipindah melalui perbankan dalam talian ke akaun miliknya berjumlah antara RM100 hingga RM2,000 dari beberapa individu di lima lokasi berbeza di sekitar daerah ini.
Bagi kesemua pertuduhan itu Anuar didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes pula tertuduh antara Januari 2021 sehingga September 2022, Tertuduh telah menerima benda berharga iaitu wang sebanyak RM150 sehingga RM1,000 daripada beberapa orang individu melalui pindahan wang ke dalam akaun bank atas namanya tanpa balasan dalam menjalankan tugas rasminya sebagai anggota polis berpangkat Sarjan dan Sarjan Mejar.
Tertuduh didakwa mempunyai pengetahuan bahawa kesemua mereka mempunyai urusan rasmi dengan tertuduh yang merupakan anggota polis dan Ketua Polis, Balai Polis Cherating.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezuain Farhana Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.
Mahkamah memutuskan denda RM20,000 dengan RM500 untuk setiap pertuduhan dan jika gagal membayar boleh dikenakan hukuman 40 bulan penjara dengan satu bulan penjara bagi setiap pertuduhan.
Tertuduh telah membayar denda RM20,000.#KOSMO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/bekas-ketua-balai-polis-cherating.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Termasuk Dua Pegawai Polis Direman Kes Rasuah Rm110 000 Sprm Siasat Perlindungan Sindiket Dadah Ketum

Tiga Termasuk Dua Pegawai Polis Direman Kes Rasuah Rm110 000 Sprm Siasat Perlindungan Sindiket Dadah Ketum

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 150 hits
TEMERLOH Dua pegawai polis termasuk seorang Ketua Bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pahang dan seorang pesara polis direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM110 00...
Dua Anggota Polis Direman Disyaki Terima Rasuah Rm635 000 Elak Tindakan Kes Judi

Dua Anggota Polis Direman Disyaki Terima Rasuah Rm635 000 Elak Tindakan Kes Judi

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 124 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira kira RM635 000 daripada seorang individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian Perintah reman sehingg...
Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang Polis

Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang Polis

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 76 hits
Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang Polis KUALA LUMPUR 6 Ogos Polis mengesahkan berlaku kejadian seorang ahli perniagaan dipercayai diserang di kediamannya di Petaling Jaya Selangor pagi tadi Ketua Polis Daerah Petaling Jay...
Kes Rasuah Rm635 000 Sprm Tahan 2 Lagi Anggota Polis

Kes Rasuah Rm635 000 Sprm Tahan 2 Lagi Anggota Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 117 hits
Kes rasuah RM635 000 SPRM tahan 2 lagi anggota polis JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor menahan reman dua lagi anggota polis disyaki terbabit kes meminta dan menerima rasuah kira kira RM635 000 daripada seorang individ...
Disyaki Rasuah Rm635 000 2 Polis Direman

Disyaki Rasuah Rm635 000 2 Polis Direman

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 102 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua anggota polis direman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah hampir RM635 000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan aktiviti perjudian Perintah re...
Dua Puteri Syurgaku Lelaki Ini Reda Kehilangan Bayi Kembar Yang Ditunggu 11 Tahun

Dua Puteri Syurgaku Lelaki Ini Reda Kehilangan Bayi Kembar Yang Ditunggu 11 Tahun

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 124 hits
Seorang lelaki dikenali sebagai TuanAmin telah mengundang sebak ramai apabila berkongsi detik memilukan di TikTok saat beliau mencium berkali kali jenazah dua bayi perempuannya yang merupakan pasangan kembar sebelum dikebumikan Alhamdulilla...
Karikatur Biadab Ketua Penerangan Pas Pusat Dibuat Laporan Polis

Karikatur Biadab Ketua Penerangan Pas Pusat Dibuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 113 hits
Ketua Penerangan Pas dah kena petik dalam laporan polisHarapandailySeorang lelaki telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari di IPD Kajang awal pagi tadiTindakan itu berkaitan isu karikatur biadab de...
Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Denda Rm5 000 Pendidikan Sekolah Menengah Wajib

Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Denda Rm5 000 Pendidikan Sekolah Menengah Wajib

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 147 hits
Terkini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan menerusi satu kenyataan semalam bahawa mulai tahun ini pendidikan peringkat sekolah menengah secara rasmi diwajibkan kepada semua anak warganegara Malaysia Pengumuman ini dibuat susulan ...
Warga Emas Maut Dipercayai Dipukul Anak Guna Kerusi

Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik

Cuktech Rai Kemerdekaan Dengan Peranti Untuk Kemudahan Setiap Hari

Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As

Resmi Gabung Persita Hokky Caraka Siap Buka Lembaran Baru Di Liga 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelatihan Guru Dinilai Bebani Administrasi Minim Dampak Ke Pembelajaran

Kem Belia Rakan Prihatin Daerah Pasir Puteh

Bermalam Di Purple Cube Lumut Cube Homestay Kontena Lumut Perak

Kenali Mofs Sains Di Sebalik Kerangka Logam Organik

Allone745 4 Allone745 5 Top 2 By Harriet

Resepi Kerabu Perut Lembu