Agensi Rasuah Indonesia Siasat Bekas Menteri Berhubung Kes Suapan Google Cloud Berita Dunia




JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia telah menyoal bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi, Nadiem Makarim, berhubung siasatan kes dakwaan rasuah dalam projek perolehan perkhidmatan Google Cloud untuk sekolah-sekolah di seluruh negara semasa tempoh beliau memegang jawatan menteri.
Encik Nadiem hadir di ibu pejabat KPK di Jakarta Selatan pada pagi 7 Ogos, ditemani peguam terkenal, Encik Hotman Paris Hutapea. Sesi soal siasat berlangsung selama sembilan jam. Ketika meninggalkan bangunan KPK, beliau hanya memberikan kenyataan ringkas kepada media.
“Alhamdulillah, saya telah selesai memberikan keterangan berhubung pengadaan Google Cloud di kementerian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dapat menyampaikan penjelasan dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada KPK kerana memberi peluang ini,” kata Encik Nadiem, seperti dipetik Kompas.com.
KPK memulakan siasatan kes ini pada Julai lalu, dengan kecurigaan bahawa proses perolehan sistem Google Cloud yang dijalankan semasa Encik Nadiem memegang jawatan menteri telah diatur bagi menguntungkan pihak tertentu.
Pengarah Siasatan KPK, Encik Asep Guntur Rahayu, sebelum ini berkata projek tersebut dipercayai dilakukan atas budi bicara Encik Nadiem. Google Cloud, perkhidmatan berasaskan awan untuk penyimpanan data, memainkan peranan penting ketika peralihan kepada pembelajaran jarak jauh semasa pandemik Covid-19.
KPK telah memanggil beberapa saksi, termasuk bekas pegawai khas kementerian, Cik Fiona Handayani, pada 30 Julai, serta dua bekas pegawai kanan syarikat teknologi Gojek Tokopedia (GoTo) – bekas pengarah Cik Melissa Siska Juminto dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Andre Soelistyo.
Encik Nadiem merupakan pengasas bersama Gojek pada 2015 sebelum meletak jawatan pada 2019 untuk menyertai kabinet Presiden Joko Widodo. GoTo terbentuk selepas penggabungan Gojek dan platform e-dagang Tokopedia pada 2021.
Jurucakap KPK, Encik Budi Prasetyo, berkata pihaknya mengesyaki syarikat tersebut terlibat dalam proses perolehan ini.
Encik Nadiem juga dikaitkan dengan satu lagi kes rasuah melibatkan perolehan komputer riba Google Chromebook untuk sekolah-sekolah ketika pandemik. Kes itu sedang disiasat Pejabat Peguam Negara (AGO), yang telah menamakan empat suspek termasuk bekas pegawai khas Encik Nadiem, Cik Jurist Tan.
Mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memilih Chromebook bernilai 9.3 trilion rupiah (S$731 juta) walaupun kajian kementerian tidak mengesyorkan penggunaannya di kawasan yang kurang capaian internet. Kerugian negara dianggarkan sekitar 1.9 trilion rupiah akibat kenaikan harga yang didakwa berlaku dalam projek itu.
AGO telah memanggil Encik Nadiem sebanyak dua kali sebagai saksi dalam kes Chromebook ini. Ketika ditanya sama ada beliau akan dinamakan sebagai suspek, AGO berkata siasatan masih berjalan bagi mengumpul bukti termasuk meneliti pihak yang mendapat manfaat daripada pengadaan tersebut.
Encik Asep dari KPK berkata pihaknya berkerjasama dengan AGO memandangkan kes Google Cloud dan Chromebook saling berkait.
Sebelum ini, Encik Nadiem menafikan dakwaan wujud kolusi untuk memilih Chromebook berbanding produk lain atau menolak hasil kajian yang menggariskan kelemahan peranti tersebut.
Beliau mempertahankan projek Chromebook dengan alasan ia bertujuan mengelakkan “kehilangan pembelajaran” dalam kalangan pelajar di kawasan dengan capaian internet mencukupi, serta membantu guru dalam proses pengajaran semasa pandemik.
Menurut Encik Nadiem, program Chromebook berjaya dengan 97 peratus daripada lebih sejuta unit komputer riba dihantar ke 77,000 sekolah menjelang 2023.
Jurucakap KPK, Encik Budi Prasetyo, berkata siasatan setakat ini berjalan lancar kerana semua pihak yang dipanggil memberi kerjasama. “Kes ini masih di peringkat penyelidikan. Jika ia beralih ke peringkat siasatan rasmi, kami akan memaklumkan butiran kes serta anggaran kerugian negara,” katanya.
Beliau menambah bahawa KPK akan memberi kemas kini perkembangan siasatan termasuk kemungkinan jumlah kerugian dan status kes. – Agensi berita


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/08/agensi-rasuah-indonesia-siasat-bekas-menteri-berhubung-kes-suapan-google-cloud-berita-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Rasuah Bekas Setpol Hamzah Zainudin Ditetap 25 Ogos Ini

Bicara Kes Rasuah Bekas Setpol Hamzah Zainudin Ditetap 25 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 61 hits
Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350 000 akan mula bicara bermula 25 Ogos 2025 KUALA LUMPUR 8 Ogos Kes perbicaraan membabitkan b...
Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang Polis

Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang Polis

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 94 hits
Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang Polis KUALA LUMPUR 6 Ogos Polis mengesahkan berlaku kejadian seorang ahli perniagaan dipercayai diserang di kediamannya di Petaling Jaya Selangor pagi tadi Ketua Polis Daerah Petaling Jay...
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Disiasat Kes Rasuah

Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Disiasat Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 82 hits
SEOUL Pendakwa raya Korea Selatan menyoal siasat bekas Wanita Pertama Kim Keon hee hari ini berhubung pelbagai tuduhan termasuk manipulasi saham dan rasuah Siasatan itu berlangsung ketika suaminya bekas Presiden Yoon Suk yeol masih berada d...
Tiga Termasuk Dua Pegawai Polis Direman Kes Rasuah Rm110 000 Sprm Siasat Perlindungan Sindiket Dadah Ketum

Tiga Termasuk Dua Pegawai Polis Direman Kes Rasuah Rm110 000 Sprm Siasat Perlindungan Sindiket Dadah Ketum

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 151 hits
TEMERLOH Dua pegawai polis termasuk seorang Ketua Bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pahang dan seorang pesara polis direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM110 00...
Mengaku Terima Rasuah Bekas Ketua Balai Polis Cherating Didenda Rm20 000

Mengaku Terima Rasuah Bekas Ketua Balai Polis Cherating Didenda Rm20 000

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 96 hits
BernamaBekas Ketua Balai Polis Cherating hari ini didenda RM20 000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah atas 40 daripada 98 pertuduhan menerima rasuah tiga tahun lepas Hakim Sazlina Safie menjatuhkan hukuman denda RM500 ata...
Belum Selesai Pendakwaan Anak Hamzah Bekas Setpol Pula Didakwa Rasuah

Belum Selesai Pendakwaan Anak Hamzah Bekas Setpol Pula Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 82 hits
Perbicaraan kes bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM350 000 akan bermula 25 Ogos ini di Mahkamah Sesyen di sini Hakim Rosli ...
Bekas Ketua Balai Polis Cherating Di Denda Rm20 000 Libat 98 Pertuduhan Rasuah Rm31 400 Dua Tahun Lalu

Bekas Ketua Balai Polis Cherating Di Denda Rm20 000 Libat 98 Pertuduhan Rasuah Rm31 400 Dua Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 120 hits
KUANTAN Bekas Ketua Balai Polis Cherating yang didakwa atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31 400 dua tahun lalu dikenakan denda sebanyak RM20 000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 40 pe...
Dua Anggota Polis Direman Disyaki Terima Rasuah Rm635 000 Elak Tindakan Kes Judi

Dua Anggota Polis Direman Disyaki Terima Rasuah Rm635 000 Elak Tindakan Kes Judi

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira kira RM635 000 daripada seorang individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian Perintah reman sehingg...
Kes Rasuah Rm635 000 Sprm Tahan 2 Lagi Anggota Polis

Kes Rasuah Rm635 000 Sprm Tahan 2 Lagi Anggota Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 121 hits
Kes rasuah RM635 000 SPRM tahan 2 lagi anggota polis JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor menahan reman dua lagi anggota polis disyaki terbabit kes meminta dan menerima rasuah kira kira RM635 000 daripada seorang individ...
Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan

Upiak Isil Sado Maha Chord

Budget 2026 To Be Tabled In Parliament On Oct 10 Mof

Public Healthcare Under Pressure Budget 2026 Must Boost Workforce Upgrade Facilities

Fisheries Dept Urges Halt On Shellfish Harvest In Pd Following Elevated Biotoxin Levels