Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun Cetus Reformasi Ekosistem Beras Negara Pm Anwar
24 seconds agoPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
JERLUN, 25 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda di Kedah akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara selain memastikan kemampanan industri berkenaan berterusan.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu sekali gus akan mengurangkan kebergantungan negara kepada import dan memperkukuh kadar sara diri beras negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Inisiatif ini amat dekat di hati saya. Justeru, pelaksanaan yang pantas dan penyelarasan yang berkesan amat penting bagi meningkatkan keupayaan pesawah tempatan serta memastikan hasil tuaian yang lebih mampan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.
Justeru itu, Anwar menyeru kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar terus bertindak dengan segera dan secara bersepadu, untuk menjayakan agenda penting berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Kerajaan MADANI ujarnya, sentiasa mendengar suara pesawah, memahami keperluan mereka dan berazam untuk terus memperkasakan sektor ini melalui pelbagai sokongan serta inisiatif berterusan.
Perkara itu juga membuktikan keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membela nasib petani selaku tulang belakang sektor agromakanan negara, jelasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimTerdahulu, Perdana Menteri turut mengadakan lawatan kerja ke sebuah projek utama pembangunan infrastruktur di bawah Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun, di Kawasan Muda di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam dekat sini.
Turut menyertai lawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimSementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan MADA, lawatan Perdana Menteri itu adalah kunjungannya kali kedua ke tapak projek itu, bagi meninjau kemajuan semasa pembangunan infrastruktur pertanian.
Ia sebagai persediaan ke arah pelaksanaan pertanian pintar, selari dengan usaha kerajaan memperkukuh bekalan makanan negara dan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Projek yang sedang dilaksanakan ini, memberi tumpuan kepada penaiktarafan sistem pengairan dan saliran serta pemerkasaan penggunaan teknologi moden dalam sektor penanaman padi.
“la dilaksanakan melalui pendekatan Kerjasama Awam Swasta, yang bukan saja menyokong intensifikasi aktiviti penanaman, malah mampu meningkatkan hasil produktiviti pesawah dan menambah pendapatan mereka,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimMADA memaklumkan program itu adalah usaha strategik untuk membawa reformasi besar dalam industri padi dan beras negara, sejajar dengan matlamat Kerajaan MADANI.
Kenyataan itu memaklumkan dengan pelaksanaan lima musim penanaman dalam tempoh dua tahun, negara dijangka mampu mengurangkan kebergantungan kepada beras import dan meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi komoditi strategik ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimProjek pembangunan itu merangkumi dua komponen utama, iaitu pembinaan dan penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier (Projek 1) serta Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu Fasa 1 (Projek 2), yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah sekitar RM1 bilion.
“Pelaksanaannya dijangka memberi pesawah harapan untuk mendepani cabaran perubahan iklim yang sedang dihadapi dunia dan juga negara kita.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Muda dalam tempoh dua tahun, di Kampung Kemboja, Jerlun, Kedah pada 25 Julai 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimMalah, jaminan berkenaan memastikan mutu keluaran hasil padi dapat ditingkatkan selaras pematuhan beberapa garis panduan gred kualiti padi serta kaedah penanaman lebih komprehensif dilaksanakan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/07/tanaman-padi-lima-musim-dua-tahun-cetus.html