Bedung Bayi Diiktiraf Sains Jangan Abai Amalan Tradisi Ini


Bedung bayi diiktiraf sains mempunyai kesan positif terhadap perkembangan bayi baru lahir. Amalan tradisi yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang ini rupanya mempunyai pelbagai manfaatnya kepada bayi.
Mungkin ada segelintir ibu moden masa kini enggan mengamalkan amalan membedung bayi lagi kerana beranggapan ia leceh dan menyusahkan.
Sebaiknya dapatkan info tepat dan betul mengenai amalan berbedung yang sebenarnya turut diiktiraf oleh sains moden. Ikatan kain yang membaluti tubuh badan bayi  sebenarnya menyamai seperti fungsi dinding rahim yang membalut keseluruhan badan bayi semasa dalam kandungan.
Bedung bayi diiktiraf sains: Manfaat kepada bayi Menurut Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi, sejurus dilahirkan, tiada lagi dinding rahim yang menghimpit. Bayi juga tidak lagi berada dalam kedudukan fetal. Sensasi pelukan berpanjangan telah ditarik dengan drastik dan bayi merasa bagai hilang dalam sekeliling yang begitu luas.
Pelukan ibu adalah pengganti yang terbaik. Namun, berapa lama ibu boleh terus memeluk atau menggendong bayi?. Maka bedung adalah pengganti pelukan ibu pada bila-bila masa ibu perlu berlepas diri seperti mandi, memasak, tidur atau sakit.
Apa manfaat bedung kepada bayi?
Photo by Sarah Chai from Pexels 1.  Memberikan sensasi sentuhan berpanjangan
Kulit adalah organ terbesar manusia. Sentuhan pula adalah yang paling mententeramkan deria kita. Bedung membaluti tubuh bayi dengan sensasi sentuhan berpanjangan. Setiap dari kita tahu akan nikmat sentuhan.
Namun bagi bayi kecil, ia bukan sekadar nikmat atau keseronokkan yang dirasakan. Lebih dari itu, sentuhan ibarat penyambung nyawa buat bayi kecil!.
Bayi yang diberikan susu namun dinafikan untuk dipegang atau didukung akan sama ada ‘terencat’ atau mati.
Tiada sentuhan maka tiadalah sensasi deria. Tiada sensasi ransangan deria, maka tiadalah isyarat yang di hantar ke otak . Sudah tentu, membedung tidaklah seenak berada didalam dakapan ibu. Namun, ia adalah alternatif terbaik selepas dakapan ibu pada waktu-waktu dimana ibu tidak dapat mendukung atau mendakap bayi.
2. Bedung mengelakkan bayi dari pergerakan luar kawalan
Perhatikan imej fetus semasa di dalam kandungan. Ia kelihatan seperti seorang ahli gimnastik yang sedang melipat keseluruhan badannya dan terapung di dalam suatu ruang yang sempit.
Kehilangan dinding rahim melenyapkan ‘halangan’ yang dimiliki sebelum ini. Maka sedikit keresahan boleh segera mengaktifkan reflek Moro bayi dan memulakan gerakan luar kawalan tangan dan kakinya diikuti dengan tangisan.
Reflek moro atau reflek kejatuhan ini adalah tindakbalas bila mana bayi merasa kehilangan sokongan pada badannya secara tiba-tiba ibarat sedang jatuh dari suatu tempat yang tinggi.
Kebiasaanya bayi akan mendepakan tangan dan membuka kesemua jarinya. Ia adalah reflek yang hadir pada semua bayi sehingga usia 4-5 bulan. Maka ibu akan sedari kerapnya bayi kecil mereka tersentak dan mula menangis atau terus terjaga dari tidur bila tidak dibedung.
3. Membedung membantu bayi menfokus kepada cubaan anda mententeramkannya.
Bayi yang sedang tenggelam di dalam kitaran tangisan dan jeritannya sendiri sukar untuk keluar dari situasi tersebut. Lebih lagi bila tangan dan kakinya bergerak di luar kawalan. Ia bukan sahaja sukar buat bayi malah menyukarkan orang dewasa yang ingin memegang bayi dalam cubaan mententeramkannya.
Bedung juga menghalang henjutan baru akibat pergerakan luar kawalan yang mampu menghidupkan semula kitaran tangisan bayi.
Cara betul bedung bayi Bagaimanapun dalam mempraktiskan amalan bedung bayi, ada beberapa garis panduan keselamatan yang mesti dipatuhi bagi mengelakkan daripada menyakiti bayi atau mengganggu pertumbuhan bayi.
Tidak boleh longgar membedung bayi kerana manfaatnya tidak akan diperolehi oleh bayi. Membedung dengan tangan ke bawah. Walau dalam bedungan yang cukup ketat, membedung dengan tangan membengkok akan memudahkan tangan bayi terselinap keluar dan memburaikan keseluruhan ikatan. Tidak menyakitkan pinggang dan ‘mengunci’ kaki bayi. Bedungan tidak seharusnya menyakitkan pinggang bayi atau menyekat terus kaki bayi dari dapat dibengkokkan atau digerakkan. Kain bedung tidak menyentuh muka atau pipi bayi. Kain bedungan yang mengenai muka atau pipi bayi, boleh mengaktifkan ‘rooting reflex’ iaitu tindakbalas bayi memalingkan muka dan mengikuti objek yang menyentuh pipinya dalam cubaan ‘menangkap’ objek tersebut untuk dihisap. Pastikan bayi tidak kepanasan. Seeloknya mulakan membedung bayi tidak lewat dari usia 3 bulan. Sumber: doktorbudak.com
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
 
The post Bedung Bayi Diiktiraf Sains. Jangan Abai Amalan Tradisi Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bedung-bayi-diiktiraf-sains-jangan-abai-amalan-tradisi-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 253 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Wajib Ambil Tahu Dan Jangan Abaikan

Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Wajib Ambil Tahu Dan Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 327 hits
Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini Malah bermacam macam petua diperturunkan untuk tujuan itu Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tid...
Razlan Jawab Wan Saiful Bongkar Saja Jangan Bacul

Razlan Jawab Wan Saiful Bongkar Saja Jangan Bacul

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 169 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata Wan Saiful Wan Jan tidak perlu menjadi bacul dengan mengugut untuk mendedahkan kepincangan Umno dan BN Razlan malah mencabar ketua penerangan Bersatu itu untuk terus membongkarkan perkara ters...
Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal Jangan Cemas Ini Panduan Dari Dietition

Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal Jangan Cemas Ini Panduan Dari Dietition

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 179 hits
Keterujaan ibu menyediakan makanan anak selepas usianya enam bulan menjadi satu kerisauan bila mana kulit anak naik ruam dan pelbagai alahan lain Jangan cemas dan jangan berhenti untuk terus memperkenalkan makanan untuk anak Ada sebabnya In...
Jangan Gentar Dengan Musuh Tapi Berhati Hati Dengan Sahabat

Jangan Gentar Dengan Musuh Tapi Berhati Hati Dengan Sahabat

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 196 hits
JANGAN GENTAR DENGAN MUSUH TAPI BERHATI HATI DENGAN SAHABAT Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt PULAK DAH tepuk dahi urut dada Sebelum tu PC dapat berkongsi artikel hari ini semua dengan izin Allah Sa...
Jangan Bersekongkol Dengan Pihak Memalukan Negara Pn Johor

Jangan Bersekongkol Dengan Pihak Memalukan Negara Pn Johor

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 219 hits
agendaily com10 2 2022Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor Mohd Solihan Badri Perikatan Nasional Johor menyifatkan individu yang meninggalkan perjuangan gabungan itu untuk menyertai pihak lawan terutama UMNO sebagai bersekongkol mengga...
Gagal Tarik Pelaburan Ke Terengganu Jangan Undi Pas Lagi

Gagal Tarik Pelaburan Ke Terengganu Jangan Undi Pas Lagi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 170 hits
Pas sejak menjadi sebahagaian Kerajaan Persekutuan dengan bangganya menyatakan rakyat semakin yakin dengan prestasi pentadbiran mereka Malah menghadapi Umno di kubu kuat parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Johor pun Pas tidak gentar Malah d...
Niat Bawa Anak Isteri Bercuti Dah Mulia Tapi Jangan Biarkan Isteri Buat Semua

Niat Bawa Anak Isteri Bercuti Dah Mulia Tapi Jangan Biarkan Isteri Buat Semua

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 173 hits
Apabila menyebut soal bercuti isterilah orang paling gembira bila mana dapat keluar rumah dan merehatkan diri dari kepenatan menguruskan anak Pun begitu persiapan untuk keluar rumah dan bercuti bukanlah mudah Siapkan beg bagasi kelengkapan ...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa