Jangan Bersekongkol Dengan Pihak Memalukan Negara Pn Johor


agendaily.com10/2/2022
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor, Mohd Solihan Badri.
Perikatan Nasional (PN) Johor menyifatkan individu yang meninggalkan perjuangan gabungan itu untuk menyertai pihak lawan, terutama UMNO, sebagai bersekongkol menggadai maruah membantu pihak yang merosakkan politik dan memalukan negara.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PN Johor, Mohd Solihan Badri menasihatkan ahli dan barisan kepemimpinan semua peringkat supaya tidak berpaling tadah semata-mata kerana hal remeh, termasuk tidak berpuas hati jika tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

“Adalah suatu yang merugikan jika seseorang ahli keluar parti kerana hal remeh sedangkan mereka sebenarnya bersekongkol dan tanpa disedari menggadai maruah untuk menjadi sebahagian daripada pihak yang telah merosakkan sejarah politik negara serta memalukan Malaysia di seluruh dunia.

“Musuh sebenar yang dihadapi PN bukan sahaja parti lawan bahkan sifat-sifat buruk yang sebati dalam diri pemimpin UMNO yang ternyata telah merosakkan sistem masyarakat, tadbir urus serta maruah negara.

“Justeru, PN berharap jangan ada ahli dan pemimpin parti ini terpedaya dengan apa juga bentuk imbuhan keduniaan yang ditawarkan oleh kumpulan pecah integriti ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang itu berkata setiap ahli PN adalah pejuang yang mahu prinsip dan disiplin perjuangan ditunjukkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, diteruskan bagi memastikan pembaharuan landskap politik serta pentadbiran negara lebih baik menjadi realiti demi kesejahteraan rakyat mahupun kemajuan negara.

“Mereka juga jangan mudah terpengaruh dakyah yang tersebar konon ada ahli Bersatu keluar parti kerana itu semata-mata cubaan permainan parti lawan untuk mengelirukan kita.

“Ahli-ahli sebaliknya perlu melihat perkembangan apabila semakin ramai kelompok atas pagar, pengundi baharu dan Undi 18 menerima prinsip perjuangan berintegriti yang menjadi nilai teras kepada politik, tadbir urus serta semua urusan lain di seluruh dunia sekarang.

Mohd Solihan berkata PN semakin mendapat sokongan dan kepercayaan kumpulan atas pagar serta pengundi baharu dan Undi 18 kerana menyakini prinsip perjuangan parti diterajui Muhyiddin yang berteraskan integriti serta sistem nilai, mampu membawa pembaharuan dalam era kemajuan ini kepada negara.

Menurutnya, sokongan dan sikap itu dizahirkan apabila mereka menjadi sebahagian audian yang menghadiri ceramah Siri Jelajah Penerangan Isu Semasa Negeri Johor di peringkat Dewan Undang Negeri (DUN) serta Parlimen serta pelbagai program sejak kebelakangan ini.

“Terkini, pejabat bahagian Bersatu turut menerima banyak borang permohonan daripada ketiga-tiga kumpulan itu untuk menyertai parti manakala yang lain tampil menyatakan sokongan kepada Bersatu serta PN pada PRN Johor akan datang,” katanya.

Beliau juga memaklumkan PN menerima banyak maklum balas termasuk keluhan rakyat yang mengalami kebosanan dan kelesuan politik berikutan tindak-tanduk pemimpin UMNO tertentu sehingga mereka begitu bertekad mahu menamatkan era kerajaan parti tersebut.

Solihan berharap ahli parti dan seluruh Bangsa Johor untuk menyokong PN yang sedang menerajui proses ini bagi membawa Johor menuju kehidupan era kemajuan yang gemilang, harmoni dan makmur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/jangan-bersekongkol-dengan-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Negara Kita Mana Lagi Kita Nak Pergi Jangan Sesekali Patah Semangat

Ini Negara Kita Mana Lagi Kita Nak Pergi Jangan Sesekali Patah Semangat

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 208 hits
Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pandan YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa jangan patah semangat dengan perjuangan yang telah lama dibina
Jangan Libatkan Guru Sekolah Menengah Dalam Prn Johor

Jangan Libatkan Guru Sekolah Menengah Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 212 hits
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022 tidak seharusnya diganggu oleh Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini Sehubungan itu Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menggesa Suruhanjaya Pilih...
Perhatian Kepada Pengundi Johor Di Luar Negara

Perhatian Kepada Pengundi Johor Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 221 hits
PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac 2022 Sehubungan itu Bersih menyeru kepada para pengundi Johor yang tinggal di luar negara terutamanya di Singapura untuk memohon sebagai PENGUNDI POS dalam PRN Johor kali ini Tarikh permohonan sebagai ...
Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 197 hits
SHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera Barisan Nasional untuk tidak leka di sebalik kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini Beliau berkata sebaliknya jadikan kejayaan tersebut sebag...
Prn Johor Amk Jangan Ikut Rentak Politik Lawan

Prn Johor Amk Jangan Ikut Rentak Politik Lawan

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 220 hits
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir menegaskan pergerakan itu tidak akan mengikut rentak politik BN atau PN dalam Pilihan Raya Negeri Johor Bila sebut lawan jangan kita terikut rentak politik sebelah sana AMK memilih untuk men...
Kabid Propam Sulut Ke Polwan Jangan Gaya Gayaan Kita Digaji Negara

Kabid Propam Sulut Ke Polwan Jangan Gaya Gayaan Kita Digaji Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 149 hits
Ia menambahkan pimpinan Polri sudah memberikan kesempatan kepada Polwan untuk memegang jabatan strategis maupun jabatan yang memerlukan kehadiran Polwan
Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin

Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 203 hits
agendaily com8 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Johor mengenai hukum halal haram tatkala menyeru pengundi di negeri itu supaya menolak Bari...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party