Bayi Menangis Macam Sakit Sakit Tak Semestinya Rawatan Alternatif Cara Ni Boleh Tenangkan


Selalunya ibu bapa akan tanya bagaimana nak redakan bayi kuat menangis? Ini kerana bila anak jenis kuat menangis, apa yang terfikir adalah anak mesti terkena gangguan luar. Sampaikan ada ibu bapa yang sanggup pergi berubat jauh semata-mata nak pastikan masalah ini diselesaikan.
Bagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah ini boleh membuka minda semua ibu bapa.
Saya panggil ustaz, pergi Darulsyifa, berurut, tuam, pasang ayat Al Quran..TAPI tak jalan juga ”
————————————————————-
Buat follower setia, anda mungkin telah tahu ini bukan kali pertama saya memaparkan kisah bagaimana pendekatan agama TIDAK selalunya dan TIDAK mesti berkesan untuk membantu isu bayi kuat menangis.
Buat yang masih tak faham atau tak pernah baca penjelasan ilmiah saya, jawab soalan ini:
Jumpa ustaz atau ke pusat rawatan Islam itu atas niat/dorongan apa?.. sebab ingat anak tersampuk hantu dan yang sewaktu dengannya? Tuam/ berurut kerana apa?..sebab ingat anak kuat menangis kerana kembung? Pasang ayat al-quran untuk anak, di tepi anak dan sejak anak lahir/wujud di rumah itu kerana apa?..sebab nak halau jin iblis yang bertenggek di rumah dan menakutkan anak? —Ya anda bebas berusaha dengan apa cara pun demi anak. Ia hak anda dan bukan urusan saya. Tujuan saya bertanya soalan-soalan tadi semata-mata untuk bantu mencetus ‘mindset’ yang betul agar anda dapat baca penjelasan ilmiah saya berikutnya dengan minda terbuka.

Baik, saya jawab satu-satu.
SOALAN 2 : ujian klinikal merekodkan hanya sekitar 10-20% bayi yang banyak menangis ini berpunca dari isu ‘perut bermasalah’ : mudah kembung, ‘food intolerance’, ‘food sensitivity’ dan lain-lain. Peratusan terbesar bayi banyak menangis ini disahkan sihat melalui pelbagai ujian dan pemeriksaan doktor. Maka apa punca mereka banyak menangis kalau benar sihat? Ianya ada kaitan dengan peralihan alam rahim ke dunia sebenar yang bakal saya terang di bawah ini.
SOALAN 1&3 (sebab berkait).
Anak yang kuat menangis bukan sakit jiwa atau rohani. Menangis bukan penyakit jadi tak perlu lah nak merawat tangisan tu. Menangis adalah cara anak berkomunikasi, memberitahu dan meluah rasa. Maka yang perlu dirawat, di cari punca dan diselesaikan ialah masalah yang mencetus tangisan anak. Menangis itu sendiri tiada masalah. Kalau anak kecil tak menangis lagi bahaya.
Soalnya, anda faham atau tak masalah bayi anda tu? Atau main bedal fikir saja bagi pihak dia?.
Anda tahu ke tak punca utama bayi kecil menangis adalah kerana dia baru kehilangan ibu dan rumah pertamanya iaitu alam rahim?. Ya, Bayi kecil kuat menangis kerana dia tak biasa dengan dunia baru ini dan belum serasi nak sesuaikan diri.
Anda sendiri kalau esok pagi terjaga tahu-tahu sudah berada dalam hutan.., tidakkah anda resah, susah hati, cemas, menangis, panik dan tak mampu lena?. Tentulah kan? Sebab hutan tu lain benar dengan dunia kehidupan anda sebelum ini.
Samalah halnya dengan bayi kecil. Bila dia lahir, umumnya 3 bulan pertama adalah fasa awal seperti contoh sesat di hutan tadi yang menyaksikan bayi kerap menangis. Oleh kerana sejak rohnya ditiupkan dia hanya kenal alam rahim dan semua sifatnya, maka bayi paling cepat bertenang bila kita meniru cara alam rahim. Ibu jangan terburu-buru nak buat gaya sendiri. Anak belum boleh kerana sistem dan sensorinya belum sedia untuk benda baru dan ‘advance’. Nak perkenal stail anda tunggulah anak masuk fasa pertengahan (hatched) iaitu sekitar masuk 3 bulan dan ke atas. Itu pun ada cara berperingkatnya. Buat masa ni, beri anak masa. Kalau ibu tak nak tiru alam rahim? Tak mengapa. Tak masuk penjara. Tak berdosa pun. Tapi kena sedia bertahanlah dengan amukan anak dan semua resah gelisahnya.
Bayi Gemar White Noise
Jadi sekarang dah faham kenapa rawatan Islam tak selalunya berjaya selesaikan isu bayi kuat menangis? YA, SEBAB BAYI BUKAN TERGANGGU JIWA DAN ROHANINYA, emosinya saja yang terkesan dengan peralihan 2 dunia. Yang ‘salah’ bukan syaitan, hantu dan ustaz yang ‘tak cekap’ . Yang ‘salah’ itu ibu ayah bayi yang belum khatam ilmu.
Baik sekarang isu ayat Quran.Contohnya dalam kes ini, bayi baru mampu lena bila dipasang ‘white noise’ iaitu bunyian mententeramkan (rujuk screenshot) dan tak jalan dengan ayat al-quran.
Mengapa semua bayi gemar sangat dengan white noise? Sebab alam rahim tu sangat bising. Mencecah 70db atau sama kuat dengan bunyi vacuum cleaner. Maksudnya bayi telah 9 bulan siang dan malam tidur dalam keadaan berbunyi (bising). Oleh kerana ciri white noise itu sendiri paling menyerupai alam rahim iaitu berdengung, berulang-ulang dan mono tone (1 tone, tiada lirik dan melodi), maka ia punca mengapa semua bayi boleh tenang dan lena bila dipasangkan white noise.
TAPI ada sifirnya..
Bila anak sedang mengamuk teruk dan/atau belum lena, pasang white noise dari jenis kasar contohnya vacuum dan pengering rambut. Sebab? Kita nak lawan bunyi jeritan tangisan bayi. Kalau white noise kita kalah berbanding jeritannya, macam mana nak berkesan?
Hanya bila anak dah lena, baru tukar ke white noise jenis lembut seperti pancuran air dan bunyi ombak untuk panjangkan tidur anak.
Nota: zikir, al-quran, muzik instrumental dan lagu juga termasuk bunyi mententeramkan dengan kesan seperti white noise lembut.
Maka, white noise kasar untuk ambil perhatian anak dan hentikan jeritannya. Manakala white noise lembut untuk membuai lena dan memanjangkan tidur anak.
TAPI ada juga helahnya..
 Bayi dari kategori sensitif dan colic masih ramai yang perlu di temani white noise kasar
WALAU dah lena. Sebab? Bayi ini dari jenis yang ‘buat biar betul’. Bagi mereka, kalau nak tiru bunyi rahim harus tiru paling serupa. Ia menjelaskan mengapa ayat al-quran, alunan zikir, muzik instrumental dan lagu kurang memuaskan hati mereka. BUKAN sebab bayi kurang alim dan kurang bertaqwa tapi kerana otak manusia merespon berdasarkan signal yang diterima dari sistem saraf. Maka, mungkin rangsangan dari bunyi asli alam rahim itu yang paling di ingati bayi membuat bunyi white noise menyerupai ciri bunyi rahim lebih berkesan mententeramkan bayi berbanding alunan zikir dan Quran. Lebih lagi kerana zikir dan al-quran itu sifat bunyinya sangat lembut dan mendayu, lain dari sifat bunyi asli rahim. Ini satu kemungkinan saja.
 Mungkin ada yang mendakwa , ” ..saya masa hamil kerap dengarkan bacaan Quran pada anak. Hasilnya setelah lahir, pasang Quran je anak tenang..selesai..sebab dia dah biasa dengar ayat Quran. Tak perlu teknik-teknik bagai..”

Jawapan saya? Sudah berapa ramai ibu bapa lain yang anda dah bantu konsultasikan?. Sudah berapa kes tangisan bayi yang anda kendalikan, dengar atau terima selama ini?. Jika jawapannya tiada atau ‘ada la satu dua kawan-kawan cerita..’ maka ketahuilah lautan yang anda cuba terokai cuma baru di permukaan. Bukan maksud saya, saya sudah hebat. Maksud sebenar saya ialah saya sudah mendapat cukup banyak tahun yang saya perlukan untuk berjumpa dengan pelbagai jenis kes hingga berpeluang bertemu langsung dengan ibu-ibu yang bingung dan bertanya, ” ..saya telah banyak beramal soleh sejak hamil atas dasar usaha untuk mendapat zuriat yang mudah dan memudahkan..tapi kenapa anak saya berperangai sangat sukar? ”
Ketahuilah, Allah kurniakan bayi ‘mudah’ kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang kenal Alquran dan yang tak pernah kenal Alquran. Yang berkepit dengan Alquran dan kepada yang buat Alquran hanya hiasan rumahnya.
Lebih lagi, ketahuilah, Allah memberi apa yang kita perlu dan mampu, bukan hanya apa yang kita nak dan harap. Mungkin anak ini adalah asbab untuk kita cari lah ilmuNya yang maha luas. Ayat-ayat itu hanya ayat. Siapa pun boleh baca dan dengar, hatta yang tidak beriman. Namun muslim sebenar tidak hanya MEMPERGUNA ayat bila rasa perlu, susah dan terdesak. Muslim sebenar mencari jawapan maksud ayat dan menemui kejayaan DARI ayat, bukan DENGAN ayat.
Sumber: baby language
The post Bayi Menangis Macam Sakit-Sakit, Tak Semestinya Rawatan Alternatif. Cara Ni Boleh Tenangkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-menangis-macam-sakit-sakit-tak-semestinya-rawatan-alternatif-cara-ni-boleh-tenangkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu Ini Cara Rawatan Di Rumah

Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu Ini Cara Rawatan Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 351 hits
Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah hidung bayi tersumbat adakalanya membuatkan anak tidak mahu menyusu dan sukar tidur Ada ke kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini Masalah hidung bayi tersumbat Situasi hidung tersumbat atau n...
Hiburan Jerawat Boleh Tumbuh Sebab Pakai Mask Real Ini Cara Untuk Elak Maskne

Hiburan Jerawat Boleh Tumbuh Sebab Pakai Mask Real Ini Cara Untuk Elak Maskne

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 693 hits
Ketika berdepan pandemik seperti sekarang ke mana pun kita pergi diwajibkan memakai mask Tapi kerana debu dan kotoran yang terperangkap di sebalik mask dipakai itu ada antara kita mendapat jerawat disebabkan pemakaian mask maskne Alahai nak...
Abang Dah Besar Tak Boleh Dukung Lagi Elak Cakap Macam Ni Lagi Lagi Dia Baru Dapat Adik

Abang Dah Besar Tak Boleh Dukung Lagi Elak Cakap Macam Ni Lagi Lagi Dia Baru Dapat Adik

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 339 hits
Eh jangan mengada ngada nak dukunglah apalah Dah besarkanlah malulah atau Kan Mama baru lahirkan adik Mama tak laratlah lah nak dukung dukung ni kan dah boleh berjalan Biasa terjadi apabila si abang hanya mahu di dukung sebentar oleh si ibu...
Bayi Merengek Mula Nak Ikut Itu Normal Nak Elak Menangis Kena Tinggal Mama Cuba Buat Ini

Bayi Merengek Mula Nak Ikut Itu Normal Nak Elak Menangis Kena Tinggal Mama Cuba Buat Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 305 hits
Bayi takut berpisah biasa terjadi Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini Ketahui 5 strategi menghadapinya Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar dia pun mulalah tidak tentu arah Mula menangis minta did...
Bapa Tikam Bayi Perempuan 18 Bulan Menangis Di Mahkamah Dipenjara 10 Tahun

Bapa Tikam Bayi Perempuan 18 Bulan Menangis Di Mahkamah Dipenjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 306 hits
220 total views 220 views today Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan yang menikam bayi perempuannya berusia 18 bulan hingga parah dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini Hukuman itu dijatuhi Hakim Mohammed Mokhzan...
Susu Rosak Tak Boleh Minum Ini Cara Untuk Jadikannya Keju Cottage Homemade

Susu Rosak Tak Boleh Minum Ini Cara Untuk Jadikannya Keju Cottage Homemade

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 339 hits
Pernahkah terjadi bila anda membeli susu segar atau susu penuh krim yang masih belum tamat tempoh tetapi terasa masam apabila hendak diminum Pasti kecewa bukan Namun jangan buang Susu tersebut masih boleh diolah menjadi Keju Cottage yang en...
Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 308 hits
Ibu ibu pernah tak mengurut bayi Tahu tak sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut Galakkan untuk mengurut bayi Menurut Hello Doktor walaupun pada dasarnya masih ban...
Imun Bayi Tak Sama Macam Kita Elakkan Cium Mulut Mak Ayah Jadilah Fronliner Terbaik

Imun Bayi Tak Sama Macam Kita Elakkan Cium Mulut Mak Ayah Jadilah Fronliner Terbaik

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 457 hits
Siapa yang tidak teruja melihat kecomelan bayi Nampak sahaja bayi terasa hendak cium dan gomol sehabis mungkin Apa lagi melihat gelagat dan keletah mereka yang sudah boleh tersenyum dan mengeluarkan suara Pun begitu jika terfikir untuk menc...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti