Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu Ini Cara Rawatan Di Rumah


Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah hidung bayi tersumbat adakalanya membuatkan anak tidak mahu menyusu dan sukar tidur. Ada ke kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini? Masalah hidung bayi tersumbat Situasi hidung tersumbat  atau nasal congestion adalah perkara biasa untuk berlaku kepada bayi. Keadaan ini umumnya tidak mendatangkan risiko bahaya, cuma ia akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa.
Keadaan hidung bayi tersumbat ini berlaku apabila saluran darah dan tisu di rongga hidung berisi terlalu banyak cecair. Ia boleh menyukarkan bayi untuk tidur dan menimbulkan masalah seperti jangkitan sinus (sinusitis).
Bayi yang berdepan masalah ini mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyusu.
Simptom dan punca hidung bayi tersumbat Bayi yang mengalami hidung tersumbat mungkin akan mengalami gejala seperti:
Lendir/hingus hidung tebal Hingus berubah warna Berdengkur atau pernafasan berbunyi semasa tidur Sniffling – bernafas dengan cepat dan berulang kali Batuk Kesukaran untuk menyusu kerana hidung tersumbat menyukarkan pernafasan semasa menghisap
Faktor yang mungkin menjadi punca kepada masalah hidung bayi tersumbat termasuklah:
Alahan Virus, termasuk selesema Udara kering Kualiti udara yang buruk Deviated septum– ketidaksejajaran dinding nipis (septum hidung) yang memisahkan kedua-dua lubang hidung, menjadikan satu saluran hidung lebih kecil Kaedah rawatan untuk hidung bayi tersumbat Oleh sebab anda tidak boleh memberi bayi dan kanak-kanak sebarang ubat selesema, pastinya kaedah rawatan di rumah yang mudah boleh membantu memberikan kelegaan kepada mereka daripada keadaan hidung tersumbat dan berair ini.
Ubat titis hidung dan alat penyedut Salah satu kaedah rawatan yang selamat dan berkesan untuk membantu mengatasi masalah hidung tersumbat yang dialami anak adalah dengan menggunakan semburan air garam atau ubat titisan hidung.
Produk ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ubat tanpa memerlukan preskripsi.
Jika anda menggunakan ubat titisan hidung, letakkan dua titisan ubat pada setiap lubang hidung untuk melonggarkan hingus di dalamnya. Kemudian gunakan alat sedutan dengan segera untuk menyedut air garam dan hingus.
Anda juga boleh meletakkan tuala gulung di bawah bahagian bahu bayi untuk memudahkan anda memegang kepala mereka. Ini bagi memastikan titisan air dapat masuk ke hidung.

Picit alat penyedut sebelum anda meletakkannya pada hidung bayi. Dengan cara ini, apabila anda melepaskannya, ia akan menyedut keluar hingus atau lendir daripada dalam hidung.
Tetapi jika anda menekan alat penyedut ketika sudah berada dalam lubang hidung, ia akan mengeluarkan angin yang hanya akan mendorong hingus dan lendir untuk masuk lebih jauh ke dalam rongga hidung.
Picit keluar lendir yang berada di dalam alat penyedut ke atas tisu.
Lakukan kaedah rawatan ini dalam tempoh 15 minit sebelum menyusukan si manja dan sebelum waktu tidur. Ini akan membantu mereka untuk bernafas dengan lebih mudah ketika penyusuan badan atau menyusu botol, mahupun semasa tidur.
Ketika memilih larutan air garam, perhatikan dengan betul. Ini kerana terdapat beberapa larutan air garam yang mungkin mengandungi ubat. Anda disarankan untuk tidak memilih larutan air garam dengan ubat.
Titisan air garam biasa sudah berfungsi dengan baik untuk si manja. Cuma pastikan anda mencuci dan mengeringkan alat penyedut setiap kali selepas penggunaannya.
Alat pelembap udara Kaedah rawatan lain dalam mengatasi hidung bayi tersumbat adalah dengan menambahkan kelembapan ke udara. Ia dapat mengelakkan lendir mengering di dalam hidung bayi anda.
Cara mudah menambahkan kelembapan adalah dengan menggunakan alat pelembap udara (humidifier).
Penggunaan alat pelembap yang akan melepaskan wap sejuk ke dalam bilik biasanya adalah selamat, selagi anda menjauhkannya daripada capaian si manja.
Tetapi ketika anda berada bersama bayi, seperti saat bermain atau semasa menidurkan mereka, letakkan alat tersebut dalam jarak yang cukup dekat agar wap tersebut sampai kepada si manja.
Untuk mengelakkan pertumbuhan kulat atau bakteria, tukar air di dalam alat pelembap udara ini setiap hari. Cuci dan keringkan penyejatnya mengikut arahan pengeluar.
Penggunaan ubat dan vapor rub Kebanyakan ubat selesema adalah tidak selamat untuk digunakan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun.
Manakala vapor rub pula selalunya akan mengandungi menthol, eucalyptus atau kapur barus yang berisiko mendatangkan bahaya kepada anak di bawah usia 2 tahun.
Malah, American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk ibu bapa berbincang dengan pakar pediatrik sebelum memberikan sebarang ubat selesema kepada kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun.
Ini kerana masih tiada bukti penggunaan ubat tersebut akan dapat mengurangkan simptom selesema pada anak, bahkan, ia berpotensi mendatangkan bahaya.
Langkah pencegahan Malangnya, masalah hidung bayi tersumbat atau berair adalah sebahagian daripada proses tumbesaran mereka dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya.
Namun, anda boleh meminimumkan risiko dengan kerap mencuci tangan anda dan si manja. Serta pastikan individu lain yang ingin bersentuhan dengan bayi anda turut melakukan perkara sama.
Tindakan ini sekurang-kurangnya boleh memastikan si kecil terhindar daripada jangkitan.
Pemeriksaan doktor Hidung tersumbat adalah masalah biasa untuk berlaku kepada bayi dan kanak-kanak. Adakalanya ia disebabkan persekitaran dan faktor genetik. Kaedah rawatan di rumah adalah cukup untuk mengatasi keadaan ini.
Pun begitu, jika keadaan anak tampak semakin teruk sehingga mereka tidak mahu menyusu atau wujud sebarang perkara yang membimbangkan, segera bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu? Ini Cara Rawatan Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hidung-tersumbat-buat-bayi-tidak-mahu-menyusu-ini-cara-rawatan-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Kerap Mengalami Hidung Tersumbat Ibu Cuba 5 Petua Ini Tanpa Perlu Ke Klinik

Bayi Kerap Mengalami Hidung Tersumbat Ibu Cuba 5 Petua Ini Tanpa Perlu Ke Klinik

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 211 hits
Apabila hidung bayi tersumbat akibat selesema biasa ibu bapa sebenarnya tidak perlu memberi anak ubat pun Selesema boleh sembuh sendiri selepas beberapa hari Tapi hidung tersumbat pada bayi boleh mengganggu dan menyebabkan anak susah tidur ...
Bayi Menangis Macam Sakit Sakit Tak Semestinya Rawatan Alternatif Cara Ni Boleh Tenangkan

Bayi Menangis Macam Sakit Sakit Tak Semestinya Rawatan Alternatif Cara Ni Boleh Tenangkan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 413 hits
Selalunya ibu bapa akan tanya bagaimana nak redakan bayi kuat menangis Ini kerana bila anak jenis kuat menangis apa yang terfikir adalah anak mesti terkena gangguan luar Sampaikan ada ibu bapa yang sanggup pergi berubat jauh semata mata nak...
5 Cara Menanam Cabe Rawit Di Rumah Alatnya Mudah Ditemukan Hasil Panen Pun Bisa Melimpah

5 Cara Menanam Cabe Rawit Di Rumah Alatnya Mudah Ditemukan Hasil Panen Pun Bisa Melimpah

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 235 hits
Daripada mengeluhkan harga cabai yang mahal bagaimana kalau budidaya sendiri di rumah Pakai botol plastik juga bisa
Cara Hentikan Penghantaran Estatement Cimb Bank Ke Alamat Rumah Anda

Cara Hentikan Penghantaran Estatement Cimb Bank Ke Alamat Rumah Anda

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 852 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya dah beberapa kali juga aku terima email dari pembaca tentang macam mana nak hentikan penghantaran penyata bank ke alamat korang Ada sesetengah bank seperti Hong Leong bank dah mansuhkan penyata bank fizika...
Bayi Kerap Menangis Bukan Sebab Ada Gangguan Ini Penjelasan Saintifik 16 Cara Pujuk Si Manja

Bayi Kerap Menangis Bukan Sebab Ada Gangguan Ini Penjelasan Saintifik 16 Cara Pujuk Si Manja

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 219 hits
Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan gangguan tapi benarkah dakwaan itu Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi Ikuti penjelasannya dalam artikel ini Memahami apa itu kolik Bagaimana untuk tahu bayi menangis bukan kerana ga...
Jangan Minta Ibu Menyusu Bagi Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan Walaupun Seteguk Bahaya

Jangan Minta Ibu Menyusu Bagi Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan Walaupun Seteguk Bahaya

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 307 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Jangan Takut Takut Mandikan Anak Lepas Lahir Ini Panduan Mandikan Bayi Cara Tepat

Jangan Takut Takut Mandikan Anak Lepas Lahir Ini Panduan Mandikan Bayi Cara Tepat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 380 hits
Bukan sahaja kekok malah pertama kali menjadi ibu dan ayah pastinya ada perasaan bimbang ketika memandikan anak Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah m...
Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 308 hits
Ibu ibu pernah tak mengurut bayi Tahu tak sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut Galakkan untuk mengurut bayi Menurut Hello Doktor walaupun pada dasarnya masih ban...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui