Abang Dah Besar Tak Boleh Dukung Lagi Elak Cakap Macam Ni Lagi Lagi Dia Baru Dapat Adik


“ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…” Biasa terjadi apabila si abang hanya mahu di dukung sebentar oleh si ibu.
Kredit: Freepik Kebiasaanya ia berlaku ketika si anak mendapat adik baru, secara tiba-tiba dia mula ‘mengada’, nak bermanja dan emosi cepat tersentuh. Bukan mudah untuk dia menerima kehadiran adik baru dan berkongsi kasi. Jadi bagaimana nak mendidik anak supaya bertolak ansur? Ikuti perkongsian Ibu Rose.
BAGAIMANA DIDIK ANAK DAPAT ADIK BARU
Bila anak mendapat adik baru, dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.
Namun, elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.”
Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.
Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring saja kan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”
Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.
Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”

Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.
Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerap dimarahi.
Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.
EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.
Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.
Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.
Salam kasih,
Kredit: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Abang Dah Besar Tak Boleh Dukung Lagi” Elak Cakap Macam Ni Lagi-Lagi Dia Baru Dapat Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/abang-dah-besar-tak-boleh-dukung-lagi-elak-cakap-macam-ni-lagi-lagi-dia-baru-dapat-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1 Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni

Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1 Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 352 hits
loading PETALING JAYA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria kemudahan pengeluaran i Sinar termasuk keperluan pencarum kategori 2 mengemukakan dokumen untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun ...
Jika Pegawai Atasan Bersih Baru Pdrm Boleh Pulih Musa

Jika Pegawai Atasan Bersih Baru Pdrm Boleh Pulih Musa

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 220 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan KUALA LUMPUR Imej dan integriti Polis DiRaja Malaysia hanya boleh dipulihkan sekiranya para pegawai atasannya bersih dan bebas daripada sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan Bekas Ketua Pol...
Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished

Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 556 hits
TIPS elak scam iphone jenis cara check condition ip baru secondhand refurbishedDitulis oleh FamiPerkara yang korang wajib tahu sebelum nak beli iphone sebab perkara ni ramai orang terlepas pandang jangan beli phone mahal mahal tapi kena sca...
6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir Atau Buruk Padahnya

6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir Atau Buruk Padahnya

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 254 hits
Kelahiran bayi memang memberikan kebahagiaan dan kegembiran pada rumah kita Tapi selain cara penjagaan bayi baru lahir yang betul anda juga perlu tahu cara jaga bayi baru lahir yang salah dan apa yang perlu anda elakkan Jom kita semak 6 car...
Norma Baru Politik Covid 19 Musuh Politik Boleh Bekerjasama

Norma Baru Politik Covid 19 Musuh Politik Boleh Bekerjasama

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 297 hits
Pandemik Covid 19 sebaik sahaja menyerang Malaysia pada awal 2020 telah menyaksikan politik negara mengalami penjajaran semula dan berganti kerajaan memerintah Gabungan parti parti berpecah dan bertukar blok Manakala kerajaan ditadbir oleh ...
Hiburan Jerawat Boleh Tumbuh Sebab Pakai Mask Real Ini Cara Untuk Elak Maskne

Hiburan Jerawat Boleh Tumbuh Sebab Pakai Mask Real Ini Cara Untuk Elak Maskne

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 692 hits
Ketika berdepan pandemik seperti sekarang ke mana pun kita pergi diwajibkan memakai mask Tapi kerana debu dan kotoran yang terperangkap di sebalik mask dipakai itu ada antara kita mendapat jerawat disebabkan pemakaian mask maskne Alahai nak...
Cemburu Dengan Adik Baru Jangan Biarkan Hati Anak Pertama Terluka Ini Tip Yang Dikongsikan Pakar

Cemburu Dengan Adik Baru Jangan Biarkan Hati Anak Pertama Terluka Ini Tip Yang Dikongsikan Pakar

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 379 hits
Tidak dinafikan selepas melahirkan anak kedua tumpuan kepada anak pertama semakin berkurang dek kerana urusan bayi kedua yang menuntut lebih masa Jika anda tidak cukup kuat untuk melayan karenah anak pertama kerana baru melahirkan minta sua...
Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental

Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 498 hits
Selepas kakaknya pelakon Nadia Brian dihentam teruk oleh netizen berikutan kisah rumah tangganya yang kini semakin menjadi bualan ramai kini muncul seorang wanita yang menggunakan akaun lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil mempertahankan...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik