Bersempena dengan Hari Raya Qurban 2019 baru-baru ni, Lulu KL dan Lulu Shamelin kini mengembalikan promosi Bayar balik separuh harga, Ingat lagi tak entry sebelum ni? Incase korang dah terlupa korang boleh tengok first entry aku berkenaan dengan promotion ni korang boleh klik link di bawah tu ok?





Korang boleh tengok variety yang terletak pada corak, warna dan juga jenis kain yang terdapat dekat Lulu Kl ni. Terlalu banyak pilihan hingga boleh membuatkan kita terasa rambang mata untuk seketika. Even colleagues aku sendiri teruja dengan Lulu KL di mana mereka menawarkan saree yang cantik-cantik belaka.












Kepada mereka yang masih belum berkunjung ke Lulu, korang boleh je try untuk tengok koleksi pakaian untuk si comel ni. Sebab terdapat banyak sangat jenama yang mungkin bersesuaian dengan anak korang. Tengok la stroller yang aku pegang tu, bukan main selesa dan kukuh lagi. Semuanya di jual pada harga rendah dan mengikut kemampuan individu. 




keterujaan untuk nak try semua kasut tu memang ada. Bukan itu saja aku sendiri pun rambang mata dengan design yang mereka tawarkan. Selain dari itu juga, standard size untuk kita mudah sangat untuk di cari. Lebih dari 100 jenis kasut dan sandal, terdiri dari pelbagai jenis jenama. Semuanya mengikut keselesaan individu.








seperti yang aku update di link instagram aku, boleh di katakan formal attire yang terdapat pada Lulu KL ni sememangnya boleh di beri perhatian juga. Aku sendiri mengenakan seluar kerja code Blue Navy. Material dia yang sangat selesa dan mengikut fitting kaki aku. Begitu juga dengan sut dan kemeja mereka. Aku pula jenis yang suka mix & match kan semua pakaian dan kalau korang reti untuk suiakan pada occasion semestinya nampak segak dan bergaya.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |