Kempen Semai Satu Benih Hidupkan Sebuah Hutan Anjuran Botaneco Garden Dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Hi Korang,

Adakah anda bersedia untuk menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan? Sertai Botaneco Garden dalam usaha jenama penjagaan diri yang berilhamkan alam semulajadi itu untuk mengumpul dana bagi menanam pokok hutan hujan di lokasi terpilih di kawasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 
Sepanjang Ogos 2019, satu peratus daripada hasil jualan produk Botaneco Garden di rangkaian Guardian seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman pokok hutan hujan berkanopi luas untuk memberi teduhan di kawasan berhampiran tasik utama di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. 
Botaneco Garden 'Pick A Tree' - Pendidikan Interaktif mengenai pokok-pokok hutan hujan Malaysia, dan idea orang ramai mengenai pokok yang akan ditanam di taman tersebut

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut penganjuran inisiatif alam sekitar, Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan oleh Botaneco Garden – satu rangkaian penjagaan diri berilhamkan alam semulajadi yang dihasilkan daripada gabungan inovatif bahan botanikal yang sofistikated dan minyak yang disahkan eco dan bebas daripada sesetengah bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk pengguna dan alam sekitar. 
Rangkaian ini terdiri daripada pelbagai produk penjagaan rambut dan badan untuk golongan dewasa serta kanak-kanak dan bayi. Produk-produk ini boleh didapati secara eksklusif di kesemua 400 rangkaian Guardian di seluruh negara, dan melalui talian (e-store) Guardian.

Botaneco Garden menawarkan 57 produk berbeza untuk semua jenis rambut dan kulit
Jenama tersebut telah bekerjasama dengan DBKL untuk merealisasikan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30, selari dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangan intensiti pengeluaran karbon kepada 70% menjelang 2030 [1]. 
Meningkatkan jumlah pokok yang ditanam adalah satu daripada langkah untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon. Pokok menggunakan tenaga daripada matahari dan menerusi proses fotosintesis, ia menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara dan air dalam tanah. Dalam proses untuk menukarkan ia menjadi kayu pohon, pokok membebaskan oksigen ke udara. Di samping jumlah karbon dioksida (CO2) yang diserap, pokok juga membantu menyerap sejumlah karbon dari dalam tanah [2]. 
Taman yang terletak di bandar dapat membantu menjadikan alam semulajadi lebih dekat dengan orang ramai dan turut menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. 
Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah lokasi ideal bagi inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan kerana statusnya sebagai taman perbandaran yang popular dengan denai pejalan kaki dan joging, tasik, taman bertema antarabangsa termasuk kawasan khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), taman permainan dan denai refleksologi. 
Pada hujung minggu dan musim perkahwinan, lokasi ini sering menjadi tumpuan untuk sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan alam sekitar. Selain itu, kelompok keluarga dan pencinta haiwan akan berkumpul di tepian tasik untuk memberi makan kepada ikan dan kura-kura sambil menikmati pemandangan.

Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil dan Honey sesuai untuk rambut dan kulit kering
Dana yang dikumpul melalui inisiatif Botaneco Garden – Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan – akan disalurkan kepada penanaman pokok hutan hujan Malaysia terpilih di kawasan tasik untuk memberikan teduhan di kawasan rehat berdekatan, agar orang ramai mampu menikmati alam sekitar dengan lebih lama, di samping mengurangkan pengeluaran karbon. 
“Botaneco Garden adalah rangkaian produk penjagan diri yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan kami berbangga kerana dapat memberi inspirasi kepada orang ramai melalui inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan. Melalui kerjasama DBKL untuk menanam pokok hutan hujan di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, ia akan menyebarkan mesej cintakan dan menghormati alam sekitar kepada lebih ramai orang. 
“Kami berharap pelanggan kami akan menyokong inisiatif ini dan berkunjung ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil untuk melihat sumbangan mereka,” kata Michelle Yeap, Pengurus Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, South East Asia Guardian Health & Beauty Sdn Bhd. 
Botaneco Garden dan DBKL sedang mempertingkatkan tahap penglibatan orang ramai dengan kempen ini melalui pengumpulan idea terbuka berkenaan jenis pokok hutan hujan Malaysia yang patut ditanam menerusi interaksi Pilih Satu Pokok di laman Facebook Guardian Malaysia dan laman Instagram Botaneco Garden @mybotanecogarden. 
Lima pokok yang telah disenarai pendek adalah Diospyros pilosanthera (Kayu Arang), Shorea roxburghii (Meranti temak nipis), Hydnocarpus spp. (Setumpol), Dryobalanops aromatica (Kapur) dan Parashorea densiflora (Gerutu Pasir). 
“DBKL sedang memacu inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana memelihara alam sekitar penting untuk mencegah perubahan iklim, meningkatkan kualiti hidup dalam bandar dan manjadikan bandar lebih hijau dengan alam sekitar. 
“Kami mengurus 17 taman perbandaran sebagai kawasan hijau dan rekreasi di seluruh Kuala Lumpur. Kami menghargai usaha yang dilakukan Botaneco Garden untuk meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menanam pokok untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan meningkatkan keterlibatan orang awam dalam memilih jenis pokok yang ditanam. 
“Sehubungan itu, kami menjemput penghuni bandar untuk mengunjungi taman-taman kami dan berharap anda semua akan teruja dengan apa yang bakal anda lihat dan terinspirasi untuk mengambil langkah kecil dalam mengurangkan pengeluaran karbon dalam kehidupan, bermula dengan menanam satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, DBKL. 
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, Botaneco Garden akan menawarkan diskaun sebanyak 62% atas pembelian kedua di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian. 
“Kami ingin menarik minat lebih ramai pelanggan untuk menyokong inisiatif Semai Satu Benih, Hidupkan Sebuah Hutan bersama DBKL dengan tawaran istimewa sepanjang bulan kemerdekaan ini. Kami berharap menerusi usaha ini, kita dapat menyambut kemerdekaan di samping menambah baik dan menghargai alam sekitar di Kuala Lumpur,” kata Michelle Yeap. 
[1]http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=692&view=finish&cid=874&catid=86&m=0&lang=en page 5 
[2] https://www.nationalgeographic.com/environment/2019/07/how-to-erase-100-years-carbon-emissions-plant-trees/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/08/kempen-semai-satu-benih-hidupkan-sebuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Panggung Rakyat Di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

Pelancaran Panggung Rakyat Di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 348 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Roti Paung Murah Dan Sedap Di Kuala Lumpur

Roti Paung Murah Dan Sedap Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 975 hits
ROTI PAUNG MURAH DAN SEDAP DI KUALA LUMPUR Assalamualaikum dan selamat sejahtera Fuh lama juga tak tepek entri makanan atau food hunting Oleh kerana lama mummy tak ke Terengganu so craving makanan Terengganu la pulak Naaib baik ada ROTI PAU...
Cadangan Hotel Hotel Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Cadangan Hotel Hotel Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 427 hits
Hotel hotel yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur Adakah korang jenis yang suka shopping Bukan suka shopping jer malahan tempat penginapan pun mesti nak yang selesa selesa je Kalau korang jenis yang macam ni dan plan untuk bercuti di Kuala ...
Kuala Lumpur Antara Lima Bandar Dalam Carta Most Overworked Cities Di Dunia Kajian

Kuala Lumpur Antara Lima Bandar Dalam Carta Most Overworked Cities Di Dunia Kajian

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 273 hits
Kuala Lumpur diletakkan di tangga keempat sebagai bandar Most Overworked Population di dunia dalam kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat teknologi telefon pintar Kisi Senarai berkenaan meletakkan Tokyo Jepun di tempat pertama diikuti ...
Bayar Separuh Harga Kini Kembali Lagi Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

Bayar Separuh Harga Kini Kembali Lagi Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 456 hits
Bersempena dengan Hari Raya Qurban 2019 baru baru ni Lulu KL dan Lulu Shamelin kini mengembalikan promosi Bayar balik separuh harga Ingat lagi tak entry sebelum ni Incase korang dah terlupa korang boleh tengok first entry aku berkenaan deng...
Aloft S Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019

Aloft S Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 318 hits
Aloft s Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019 Aloft s Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Aloft Kuala Lumpur Sentral kini sedang me...
Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur

Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 878 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kalau korang search Cendol Kampung Hulu memang cukup popular tau ramai orang dah mencuba cendol terbaik dari Melaka ini Tapi sekarang ni orang Kual...
Iketeru Hilton Kuala Lumpur Autumn Promotion

Iketeru Hilton Kuala Lumpur Autumn Promotion

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 264 hits
Iketeru Hilton Kuala Lumpur Autumn Promotion The Sanma a silver skinned fish replete with heart healthy oils and rich flavour is considered a quintessential autumn delicacy in Japan Now available in Iketeru indulge in a choice of Grilled Sa...
Amaran Ribut Petir Di 11 Buah Negeri Kuala Lumpur Turut Terlibat

Amaran Ribut Petir Di 11 Buah Negeri Kuala Lumpur Turut Terlibat

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 319 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia Antara negeri yang dijangakan terjejas adalah Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Pahang Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Negeri Sembilan Mela...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara