Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang search Cendol Kampung Hulu memang cukup popular tau ramai orang dah mencuba cendol terbaik dari Melaka ini. Tapi sekarang ni orang Kuala Lumpur pun boleh nikmati cendol yang sama kini diterletak di dalam Aeon Big Mid Valley. Ini juga merupakan cawangan ketiga cendol ini dimana HQ mereka di Melaka dan yang kedua di Muar
Bagi Maha specialnya cendol ini menjadi pilihan orang ramai dan tular dimana-mana kerana cara penyediaan cendol itu sendiri. Selalu kita tengok setengah tempat mereka akan kisar ais untuk jadi base kemudian baru diisikan dengan santan dan juga gula Melaka. Tapi Cendol Kampung Hulu ini lain sangat dimana mereka akan bekukan santan dan kemudian santan itu dikisar menjadi base. Dicampur pula dengan bahan utama lain iaitu cendol dan juga gula Melaka menjadi ia kombinasi yang cemerlang lah
Cendol sini lain daripada yang lain kerana banyak pilihan topping yang boleh dipilih mengikut selera kita. Senarai cendol yang terdapat di cawangan ini:-
Cendol DurianIni adalah cendol pilihan Maha kerana memang sangat suka kepada durian. Kat sini mereka menggunakan antara dua jenis durian iaitu D24 dan IOI. Kat sini mereka bukan bagi pes durian tau tapi mereka bagi dua ulas durian. Kat sini mereka sentiada ada stok durian walaupun bukan musim durian tau. Memang tak kedekedut korang tengok lah puas makan dan satu padanan yang mantap
Cendol LonganIni pula cendol yang kedua Maha suka iaitu Cendol Longan. Boleh tengok betapa banyaknya isi longan diletak kat atas cendol tu. Satu mangkuk tu sangat kenyang kalau korang makan tau memang best.
Cendol Dragon FruitCendol ini menggunakan isi Buah Naga yang asli. Mereka tak guna buah naga yang putih tau kerana yang warna merah atau ungu ni lebih manis dan sedap. Bila korang hirup cendol dan kena kunyah sekali buah tu baru dapat rasa
Cendol CornJagung juga adalah satu gabungan yang sesuai dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini. Cendol Jagung kat sini sangat sesuai untuk korang isi dengan topping aiskrim vanila kat atasnya. Yang lain pun boleh juga letak aiskrim tapi bagi Maha yang ni sangat padan
Cendol Cocktail Ini nampak macam lebih kebaratan sikit sebab topping kat atas cendol tu ada buah cocktail. Buah cocktail dari dalam tin ni sangat manis tapi kat sini ia dipadankan dengan kemanisan dari gula Melaka.
Cendol Buah Kabong Buah Kabong ni adalah sejenis buah dari pokok yang tinggi perlu dikupas untuk dapatkan isi dari biji seperti Pinang. Buah ni lembut dan memang selalu orang akan masukkan dalam minuman dan dalam minuman cendol ni pun ia gandingan yang sangat serasi. Kalau siapa suka buah ni boleh dapat setiap masa tiada musim
Cendol Kelapa Laut MaduKelapa Laut pun sama juga adalah situ isi yang diambil dari buah seakan kelapa berwarna hitam. Perlu dikupas dan dikeluarkan isinya untuk dinikmati. Selalau dihasilkan minuman yang dapat menyejukan tekak diwaktu panas. Gandingan dengan cendol ni pun menjadi dan tidak terlalu over rasanya just nice sebab dalam tu dah ada gula Melaka
Cendol RegularIni adalah cendol biasa yang mana dalamnya ada isi cendol, red bean, gula Melaka dan juga ais santan yang dikisar halus. Nak hebat lagi cendol biasa ni korang boleh letakkan di atasnya aiskrim vanilla, atau krim cheese.
Semua harga cendol ni sama jer RM10.00 untuk satu mangkuk cuma kalau yang cendol Durian tu jer RM20.00 mahal sikit sebab guna Durian berkualiti manakala cendol biasa RM8.00. Kemudian kalau korang nak tambah lagi aiskrim atau buah-buahan di atasnya kena add on RM2.00. Gerai ni buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sebab dalam mall. Nak cuba tak perlu ke Melaka kat KL pun ada juga. Selamat mencuba
Info lanjut tentang Cendol Kampung Hulu ni boleh ke laman sosial media mereka di sini:Facebook : https://www.facebook.com/cendolkampunghuluInstagram : https://www.instagram.com/cendolkampunghulu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/08/viral-cendol-kampung-hulu-dari-melaka.html