Banyak Betul Anak Najib Nak Bayar Cukai 13 Juta Kaya Anak Beranak Mana Dapat Duit


 
Anak Najib setuju bayar cukai lebih RM13 juta kepada LHDN

Bernama -May 31, 2021 Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar Najib, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017. (Gambar Facebook)PUTRAJAYA: Anak bekas Perdana Menteri Najib Razak, Mohamad Nizar bersetuju menyelesaikan cukai taksiran tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13.16 juta bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar, 43, berkata, ini berikutan anak guamnya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan LHDN.
“Sepatutnya perintah persetujuan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada 27 Mei lepas, namun dijadualkan semula ke 4 Ogos ini berikutan perintah kawalan pergerakan,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes berhubung rayuan Mohamad Nizar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman secara dalam talian, hari ini.
Prosiding itu turut disertai peguam, Muhammad Nabil Abdul Halim bertindak bagi pihak LHDN.
Berhubung rayuan Mohamad Nizar, peguam itu berkata mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui sama ada permohonan anak guamnya untuk melapangkan tarikh pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 16 Jun dibenarkan oleh mahkamah sementara menunggu perintah persetujuan direkodkan.
Pada 11 Ogos tahun lepas, Mohamad Nizar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Ogos tahun sama yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Mohamad Nizar.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah dalam penghakimannya memutuskan perkara yang dibangkitkan Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak berasas selain berpendapat pembayar cukai perlu membayar cukainya dahulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah tersebut atau atas apa alasan sekali pun.
Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.
Selain Mohamad Nizar, Najib dan seorang lagi anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga perlu membayar cukai pendapatan kepada LHDN seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib perlu membayar RM1.69 bilion manakala Mohd Nazifuddin RM37.6 juta.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan belum melunaskan bayaran itu menyebabkan LHDN menfailkan notis kebankrapan terhadap mereka dan kes itu masih di peringkat pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/banyak-betul-anak-najib-nak-bayar-cukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 269 hits
AGENDA DAILY Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Peguam utama bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri sejumlah RM9 41 juta kerana tidak membayar cukai pendapatannya kepada kerajaan LHDN ...
Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 246 hits
May 18 2021 Mohd Nazifuddin Najib akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan notis itu dan menangguhkan notis kebankrapan KUALA LUMPUR Selain Najib Razak anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Has...
Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta

Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan membuktikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang sebanyak RM9 5 juta sebagai yuran guaman dan dengan sengaja menyembunyikan fakta itu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Dalam pernyataan pembukaa...
Hiburan Suami Nak Baby Tu Dapat Duit Raya Berkepuk Kepuk Elvina Mohamad Raya Sakan Bersama Suami Dan Anak

Hiburan Suami Nak Baby Tu Dapat Duit Raya Berkepuk Kepuk Elvina Mohamad Raya Sakan Bersama Suami Dan Anak

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 499 hits
Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad menzahirkan rasa gembira apabila Aidilfitri kali ini dia telah menerima duit raya berkepuk kepuk daripada suaminya berbanding raya ketika di tahun pertama perkahwinan Perkara tersebut dikongsikan Elvina m...
Macam Mana Nak Legakan Kembung Perut Anak Dengan Mudah

Macam Mana Nak Legakan Kembung Perut Anak Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 302 hits
MACAM MANA NAK LEGAKAN KEMBUNG PERUT ANAK DENGAN MUDAH Gais rupanya kembung perut ni kalau tak dirawat boleh menyebabkan sawan tangis pada anak tau Punca kembung ni ada banyak antaranya cara anak tu menyusu terutama anak yang menyusu botol ...
Berapa Banyak Duit Rakyat Nak Dibazirkan

Berapa Banyak Duit Rakyat Nak Dibazirkan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 275 hits
Sanitasi awam Setiausaha Zuraida nasihatkan pakar perubatanSetiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad menasihatkan Dr Adeeba Kamarulzaman menumpukan perhatian kepada kes Covid 19 di Selangor berbanding mengk...
Gempak Weh Mynews Nak Kasi Pulangan Tunai Sehingga Rm1 Juta Amp Banyak Lagi Ganjaran

Gempak Weh Mynews Nak Kasi Pulangan Tunai Sehingga Rm1 Juta Amp Banyak Lagi Ganjaran

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 310 hits
Sebut myNEWS jer semestinya anda dah tahu kan Kedai serbaneka retail yang semakin popular dan juga mesra pengguna Mana taknya kadang kadang tu walaupun tak ada niat pun mahu beli apa apa tapi nak juga jejakkan kaki masuk ke dalam Dah macam ...
Anak Najib Razak Setuju Selesai Cukai Taksiran Tambahan Kepada Lhdn

Anak Najib Razak Setuju Selesai Cukai Taksiran Tambahan Kepada Lhdn

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 196 hits
DATUK Mohamad Nizar anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menyelesaikan cukai taksiran tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menuntut beliau membayar cukai berjumlah RM13 16 juta bagi tahun taksira...
Jangan Sayang Nak Tukar Botol Susu Anak Kalau Lebih 3 Bulan Guna Kira Berisiko

Jangan Sayang Nak Tukar Botol Susu Anak Kalau Lebih 3 Bulan Guna Kira Berisiko

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 637 hits
Jangan rasa sayang nak tukar botol susu anak walaupun nampak masih elok dan boleh guna lagi Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangat tidak relevan Perkongsian dari cukup memba...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius