Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn


 
Bernama -May 18, 2021 Mohd Nazifuddin Najib akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan notis itu dan menangguhkan notis kebankrapan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Selain Najib Razak, anak lelakinya, Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lepas.
Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Nazifuddin ketika dihubungi pemberita, berkata notis itu telah diserahkan kepada anak guamnya pada 30 April lepas dan pihaknya telah memfailkan afidavit untuk membantah notis kebankrapan itu pada 6 Mei lalu.
“Nazifuddin juga akan memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan notis itu dan bagi menangguhkan prosiding kebankrapan sebelum 9 Jun ini. Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 21 Jun,” katanya selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ida Rahayu Sharif, hari ini.
Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus dan Peguam Hasil Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.
Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, kerajaan melalui LHDN memfailkan notis itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Mohd Nazifuddin, 38, selaku penghutang, hari yang sama notis kebankrapan difailkan terhadap bapanya.
Berdasarkan notis berkenaan, Nazifuddin perlu membayar RM37.6 juta dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 6 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM1.1 juta serta kos RM10,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM38,758,370.93.
Najib, bekas perdana menteri, pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.
Pada 6 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Nazifuddin telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 9 Ogos ini untuk mendengar rayuannya.
Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar hutang itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun beliau memfailkan rayuan.
Oleh itu, LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Nazifuddin kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/gagal-bayar-cukai-pendapatan-anak-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta

Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan membuktikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang sebanyak RM9 5 juta sebagai yuran guaman dan dengan sengaja menyembunyikan fakta itu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Dalam pernyataan pembukaa...
Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 276 hits
AGENDA DAILY Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Peguam utama bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri sejumlah RM9 41 juta kerana tidak membayar cukai pendapatannya kepada kerajaan LHDN ...
Najib Belum Di Isytihar Muflis Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai Lhdn Rm1 7 Bilion

Najib Belum Di Isytihar Muflis Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai Lhdn Rm1 7 Bilion

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum diisytiharkan muflis atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1 7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib...
Shafee Terima Fi Rm9 5j Daripada Najib Sembunyikan Daripada Lhdn Kata Pendakwa Boleh Dok Sekali Dengan Najib

Shafee Terima Fi Rm9 5j Daripada Najib Sembunyikan Daripada Lhdn Kata Pendakwa Boleh Dok Sekali Dengan Najib

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 221 hits
May 21 2021 KARMA ATAS APA YANG DILAKUKAN PADA ANWARMuhammad Shafee Abdullah menghadapi empat tuduhan pengubahan wang haram PETALING JAYA Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Muhammad Shafee Abdullah yang bermula hari ini ...
Kak Siti Ayam Penyet Terima Notis Mbjb Henti Niaga

Kak Siti Ayam Penyet Terima Notis Mbjb Henti Niaga

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 417 hits
769 total views 769 views today Peniaga bukan Muslim yang menjalankan perniagaan makanan Kak Siti Ayam Penyet yang tular baru baru ini kerana dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam dengan menggunakan nama Melayu telah diberi notis am...
Anak Muda Protes Bawa Gegantung Kerajaan Gagal

Anak Muda Protes Bawa Gegantung Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 380 hits
Gegantung Kerajaan Gagal Dipamerkan Anak MudaSekumpulan anak muda melakukan protes dengan membawa gegantung mempamerkan perkataan Kerajaan Gagal Kejadian dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di satu daerah dalam Johor Protes Anak...
Gagal Bayar Hutang Gangster Campak 1 000 Ekor Lipas Dalam Restoran Peminjam

Gagal Bayar Hutang Gangster Campak 1 000 Ekor Lipas Dalam Restoran Peminjam

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 451 hits
Gagal bayar hutang Gangster campak 1 000 ekor lipas dalam restoran peminjamPihak berkuasa sedang menyiasat insiden dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang mencampak 1 000 ekor lipas di sebuah restoran di Taiwan Polis percaya serangan y...
Dulu Tak Suka Rumah Sepah Lepas Anak Ada Speech Delay M Chart Gagal Baru Kami Sedar

Dulu Tak Suka Rumah Sepah Lepas Anak Ada Speech Delay M Chart Gagal Baru Kami Sedar

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 397 hits
Lumrah kanak kanak suka bermain Semasa bermain mereka akan meneroka dan belajar banyak perkara terutama dari segi bahasa dan deria rasa Mereka memerlukan rangsangan untuk bercakap dan mengenal sesuatu benda dan melalui permainan mereka akan...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man