Jangan Sayang Nak Tukar Botol Susu Anak Kalau Lebih 3 Bulan Guna Kira Berisiko


Jangan rasa sayang nak tukar botol susu anak walaupun nampak masih elok dan boleh guna lagi. Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap. Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan..(kecuali belum guna).
Perkongsian dari Maya Darwish cukup membantu ibu bapa supaya tidak bersikap acuh tak acuh atau dalam kata lainnya tengok botol masih elok niat nak tukarkan tu ditangguhkan.
Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat ‘Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..’
Pernah tak terfikir benda yang sama? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak ?

TAHU TAK ?
Rupanya bahaya guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.
APA ITU BISFENOL A (BPA)?
Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan.
KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :
-Baligh awal
– Kanser payudara
– Kanser prostat
– Penyakit jantung
– Obesiti
– Kencing manis
– Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !

FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :
Kepanasan (api dan matahari)
• Calar
• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci) TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~
Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin). Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik ! Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya. TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA
Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi. Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda. BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA ?
1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi.
Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.

4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK.
Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.
Kredit: Maya Darwish
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Sayang Nak Tukar Botol Susu Anak. Kalau Lebih 3 Bulan Guna Kira Berisiko! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-sayang-nak-tukar-botol-susu-anak-kalau-lebih-3-bulan-guna-kira-berisiko/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 512 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Cuci Botol Anak Jangan Suka Suka Guna Sabun Basuh Pinggan Sesekali Pun Tak Boleh

Cuci Botol Anak Jangan Suka Suka Guna Sabun Basuh Pinggan Sesekali Pun Tak Boleh

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 326 hits
Bab botol susu anak ada sesetengahnya tak ambil berat bab kebersihan Ada yang sekadar membilas dengan air biasa je atas alasan tak kotor sangat pun Tahu tak tindakan anda yang remeh tu boleh jadi punca anak SAKIT tanpa kita sedar Sebagai ib...
Lebih Setahun Anak Banyak Minum Susu Kena Control Ni Punca Anak Susah Makan

Lebih Setahun Anak Banyak Minum Susu Kena Control Ni Punca Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 421 hits
Ada ibu ayah merungut anak tak nak makan nak susu je sepanjang masa Kalau tak bagi rela berlapar Hinggakan sampai satu tahap ibu ayah terpaksa juga ikut selera anak sebab rasa kasihan Tapi sampai bila Menurut situasi anak banyak minum susu ...
Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 349 hits
Hmm sedapnya susu hari ni tak pernah rasa pula sebelum ni Nak lagi lah Suara hati bayi yang menyusu susu ibu Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak Begitulah anak yang minum susu ibu Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu bukan saja m...
Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 336 hits
Kalau masak nasi pastinya ada lebihan yang tak dimakan Jangan pula mama buang kalau tak ada idea nak buat apa Mama boleh cuba resipi yang dikongsi ini untuk buatkan menu si manja Baca Breakfast Opa hari ni Crispy Rice Patties sebab semalam ...
Rajin Steril Botol Susu Jamin Kesihatan Anak

Rajin Steril Botol Susu Jamin Kesihatan Anak

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 251 hits
Rajin steril botol susu jamin kesihatan anak adalah salah satu usaha yang ibu bapa patut lakukan untuk memastikan anak terhindar daripada jangkitan kuman Sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau memikirkan daya ketahanan badan si kecil Kini ...
Kuman Di Botol Susu Antara Punca Anak Muntah Cirit Birit Step Ni Ibu Kena Tahu

Kuman Di Botol Susu Antara Punca Anak Muntah Cirit Birit Step Ni Ibu Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 274 hits
Ibu bapa yang ada anak kecil bab kebersihan harus sentiasa dititikberatkan Nampak macam biasa kadang perkara ini boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit Begitu juga dalam bab kebersihan botol susu ada yang buat acuh tak acuh Penjagaan yang...
Anak Liat Nak Makan Semua Diluahkan Balik Guna Petua Semulajadi Ini Selera Makan Anak Boleh Bertambah

Anak Liat Nak Makan Semua Diluahkan Balik Guna Petua Semulajadi Ini Selera Makan Anak Boleh Bertambah

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 299 hits
Anak liat nak makan mama dah masak macam macam pun tetap anak tak nak makan Kadang kadang timbul rasa stress sebab mama dah usaha untuk bangkitkan selera makan anak tapi tetap tak menjadi Sedih bila sedikit pun anak tak nak jamah Situasi in...
Umpama Ada Magnet Nak Kena Dekat Aje Ini Sebab Anak Merengek Bila Tak Nampak Ibu Dia

Umpama Ada Magnet Nak Kena Dekat Aje Ini Sebab Anak Merengek Bila Tak Nampak Ibu Dia

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 371 hits
Bila dah biasa sangat duduk bersama ibu dan menyusu ada masanya agak sukar untuk kita menjauhkan diri dari anak Yalah bila kita tak ada mulalah dia meragam mencari ibunya Aduh Dek kerana anak suka mengempeng sukar untuk ibu melakukan kerja ...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad