Lhdn Tuntut Peguam Najib Shafee Abdullah Bayar Tunggakan Cukai Pendapatan Rm9 Juta


 

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan membuktikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang sebanyak RM9.5 juta sebagai yuran guaman dan dengan sengaja menyembunyikan fakta itu, daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam pernyataan pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, berkata pendakwaan akan membuktikan pembayaran yuran guaman berjumlah RM9.5 juta dibuat melalui dua transaksi masing-masing pada September 2013 dan Februari 2014.
"Tertuduh gagal melaporkan hasil ini kepada LHDN seperti dikehendaki undang-undang negara.
"Kegagalan tertuduh melaporkan kepada pihak LHDN adalah keterangan di mana mahkamah berhak menyimpulkan secara sepenuhnya bahawa tertuduh terbabit dalam aktiviti haram dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001," katanya.
Afzainizam, berkata bagi pertuduhan ketiga dan keempat, pendakwaan akan membuktikan tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Ia ini disenaraikan sebagai kesalahan berjadual dan kesalahan berat kerana merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
"Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh memberi versi yang tidak konsisten berkenaan alasan di sebalik penerimaan pembayaran berkenaan," katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin, di sini, hari ini.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Pendakwaan berkata, dalam penyataan tertuduh kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau menyatakan ia adalah yuran guaman, namun, wang berkenaan didepositkan ke dalam akaun peribadi dan bukan akaun firma guaman Tetuan Shafee & Co.
Katanya, rakaman percakapan lanjut menyatakan tertuduh dan Datuk Seri Najib Razak bersetuju bahawa wang berkenaan pinjaman sementara menunggu yuran rationalisasi yang perlu dibayar kepada Muhammad Shafee untuk khidmat guamannya.
"Tertuduh kemudian menyerahkan kepada pegawai perakam sekeping surat yang dikatakan dalam milikan tertuduh, sejak September 2013 dan mempunyai tandatangan ringkas bekas Perdana Menteri itu.
"Pendakwaan akan menunjukkan ia bukanlah surat yang sahih dan cuma diwujudkan selepas 28 Julai 2017," katanya.
Katanya, tertuduh dalam satu kenyataan media bertarikh 8 September 2018 yang ditandatanganinya dengan menyatakan RM9.5 juta ialah yuran guaman yang terhutang, sementara menunggu rationalisasi kertas kerja seperti dipersetujui Najib.
"Pihak pendakwaan akan menyatakan kenyataan media tertuduh itu secara keseluruhan menunjukkan bahawa wang berjumlah RM9.5 juta bukan satu pinjaman," katanya.
Pernyataan pembukaan itu dibacakan pada perbicaraan hari pertama Muhammad Shafee yang didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari Najib dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada LHDN.
Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta, melalui cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 11 September 2013 dan RM5.2 juta lagi pada 17 Februari 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Muhammad Shafee juga didakwa atas dua pertuduhan terbabit dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram, iaitu mengemuka penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015, jika sabit kesalahan akan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda daripada jumlah hasil aktiviti haram.
Sebelum ini, tarikh perbicaraan Muhammad Shafee dikosongkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes Najib yang masih berjalan, memandangkan Muhammad Shafee mengetuai pihak pembelaan dalam perbicaraan kes jenayah bekas Perdana Menteri itu.
Terdahulu, pada perbicaraan itu, Pengurus Cawangan Ambank Berhad, R Uma Devi, 42, dipanggil memberi keterangan selaku saksi pertama pendakwaan yang mengesahkan cek RM4.3 juta bertarikh 5 September 2013 dibayar kepada Muhammad Shafee.
Katanya, cek itu transaksi keluar daripada akaun milik Najib dan ditunaikan pada 11 September 2013.
"Saya turut mengesahkan cek berjumlah RM5.2 juta bertarikh 14 Februari 2014 dibayar kepada Muhammad Shafee, ia transaksi keluar daripada akaun Najib.
"Cek itu kemudian ditunaikan pada 17 Februari 2014. Bagaimanapun, saya tidak mengetahui tujuan kedua-dua cek AmIslamic Bank dikeluarkan oleh Najib kepada Muhammad Shafee," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/lhdn-tuntut-peguam-najib-muhammad.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

Tak Bayar Cukai Rm9 41 Juta Peguam Utama Najib Disaman Lhdn

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 252 hits
AGENDA DAILY Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Peguam utama bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri sejumlah RM9 41 juta kerana tidak membayar cukai pendapatannya kepada kerajaan LHDN ...
Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 225 hits
May 18 2021 Mohd Nazifuddin Najib akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan notis itu dan menangguhkan notis kebankrapan KUALA LUMPUR Selain Najib Razak anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Has...
Shafee Terima Fi Rm9 5j Daripada Najib Sembunyikan Daripada Lhdn Kata Pendakwa Boleh Dok Sekali Dengan Najib

Shafee Terima Fi Rm9 5j Daripada Najib Sembunyikan Daripada Lhdn Kata Pendakwa Boleh Dok Sekali Dengan Najib

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 195 hits
May 21 2021 KARMA ATAS APA YANG DILAKUKAN PADA ANWARMuhammad Shafee Abdullah menghadapi empat tuduhan pengubahan wang haram PETALING JAYA Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Muhammad Shafee Abdullah yang bermula hari ini ...
Shafee Sembunyi Rm9 5 Juta Yuran Guaman Dari Lhdn Pendakwaan

Shafee Sembunyi Rm9 5 Juta Yuran Guaman Dari Lhdn Pendakwaan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 255 hits
Peguam Muhammad Shafee Abdullah menyembunyikan cukai pendapatan dari bayaran guaman RM9 5 juta yang diterimanya daripada bekas perdana menteri Najib Razak Timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz berkata demikian dalam pernyataan pembuk...
Prosecution To Prove Shafee Received Rm9 5 Mln Fee From Najib Concealed It From Irb

Prosecution To Prove Shafee Received Rm9 5 Mln Fee From Najib Concealed It From Irb

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 324 hits
The prosecution in Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah s money laundering trial will prove that the accused in his capacity as an advocate and solicitor received RM9 5 million as his fee from Datuk Seri Najib Tun Razak but had intentionally su...
Irb Files Suit Against Najib S Lawyer Shafee Over Rm9 41m Of Unpaid Taxes Across Five Years

Irb Files Suit Against Najib S Lawyer Shafee Over Rm9 41m Of Unpaid Taxes Across Five Years

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 290 hits
The Inland Revenue Board has filed a suit against lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah for alleged tax arrears of some RM9 41 million over a period of five years In its lawsuit filed at the Kuala Lumpur High Court on May 6 IRB alleged th...
Senior Journo Wrote 4 Articles On Shafee S Rm9 5m Issue Court Hears

Senior Journo Wrote 4 Articles On Shafee S Rm9 5m Issue Court Hears

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 182 hits
A Malay Mail senior correspondent today testified that she wrote four online articles in relation to the RM9 5 million that lawyer Muhammad Shafee Abdullah allegedly received from former premier Najib Abdul Razak Ida Lim Lee Ting confirmed ...
Taxman Goes After Shafee Over Rm9 41m Alleged Arrears

Taxman Goes After Shafee Over Rm9 41m Alleged Arrears

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 269 hits
The taxman has gone to court to recover RM9 41 million in alleged tax arrears from Najib Abdul Razak s lawyer Muhammad Shafee Abdullah The lawyer s counsel Muhammad Farhan Muhammad Shafee today confirmed that the Inland Revenue Board filed ...
Bengkak Mata Najib Kurang Belum Boleh Hadir Bicara 1mdb Peguam

Bengkak Mata Najib Kurang Belum Boleh Hadir Bicara 1mdb Peguam

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 May 2021 11 04 amDikemaskini 11 07 amNajib Razak masih belum boleh hadir perbicaraan kes rasuah 1MDB bernilai RM2 28 bilion hari ini selepas menjalani pembedahan mata minggu lalu Peguam bela utama kepada bekas...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi