Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun


Zairina Zainudin, BernamaDiterbitkan 2 Nov 2018, 9:40 pagi

Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.

Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.

Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.

"Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang," kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.

Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah US$70 setong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 setong pada masa ini.

Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejateraan rakyat.

Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.

Spekulasi tersebar mengenai pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.

Beliau berkata, pendapatan tersebut akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah memberi jaminan yang bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang "sukar", adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST. Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.

Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/bajet-pertama-akan-dibentang-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 335 hits
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu
Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun

Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 426 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakat...
Kenapa Baru Nak Usul Selepas Belanjawan Dibentang

Kenapa Baru Nak Usul Selepas Belanjawan Dibentang

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 535 hits
Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara aspek yang akan diperhalusi di kalangan pemimpin HARAPAN ialah percanggahan di antara janji dirangka dalam manifesto serta dasar terkini kerajaan mengenai PTPTN Ka...
Kerajaan Baru Berjaya Banteras Rasuah Kata Tun M

Kerajaan Baru Berjaya Banteras Rasuah Kata Tun M

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 380 hits
October 22 2018 7 33 AMTun Dr Mahathir berkata usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kejayaan besar KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditan...
Baju Melayu Baru Tahun Ni Tak Beli Baju Melayu Baru

Baju Melayu Baru Tahun Ni Tak Beli Baju Melayu Baru

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 416 hits
Baju melayu tuk aku selalunya baju melayu yang ditempah satu sebab problem pada size badan aku yang kecik even size xs pun still nampak macam pakai kain langsir kat bahagian tangan dan kaki mesti mengelebeh yang kedua aku suka pilih sendiri...
Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1212 hits
Rumusan Belanjawan 2019Belanjawan 2019Berikut merupakan intipati utama Belanjawan negara bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam Lim Guan Eng1 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sekolah Keban...
Jika 6 Tahun Pertama Minda Anak Tidak Dirangsang Akan Menjejaskan Perkembangan

Jika 6 Tahun Pertama Minda Anak Tidak Dirangsang Akan Menjejaskan Perkembangan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 359 hits
Enam tahun pertama adalah masa kritikal yang perlu ibu bapa lakukan untuk merangsang minda anak Jika tempoh ini dibiarkan tanpa sebarang rangsangan ia akan menjejaskan perkembangan mindanya Tambahan pula otak kanak kanak umpama span yang me...
Waswas Baru Pertama Kali Pap Smear Seperti Ini Gambaran Prosedur Yang Akan Kamu Jalani

Waswas Baru Pertama Kali Pap Smear Seperti Ini Gambaran Prosedur Yang Akan Kamu Jalani

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 364 hits
Katanya cewek yang belum menikah nggak boleh pap smear padahal kanker serviks kan bisa menyerang umur kapan saja ya
Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal

5 Petua Kurangkan Gula Dalam Masakan Harian

Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bercuti Di Pulau Pemanggil Johor

Infakkan Ke Akaun Masjid Al Taqwa Keningau

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Surat Seorang Ayah Buat Puterinya Tercinta

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique