Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph


Rumusan Belanjawan 2019
Belanjawan 2019
Berikut merupakan intipati utama Belanjawan negara bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam:
Lim Guan Eng
1. Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan: Sekolah Kebangsaan - RM250 juta; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) - RM50 juta; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) - RM50 juta; Sekolah Berasrama Penuh - RM50 juta; Maktab Rendah Sains Mara - RM50 juta; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - RM50 juta; 
2. Sekolah Mubaligh dan Lain-lain: Sekolah Mubaligh - RM50 juta; Sekolah Tahfiz - RM50 juta; Sekolah Pondok yang berdaftar - RM25 juta; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School - RM15 juta; dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) - RM12 juta. 
3. Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA. 
4. RM210 juta sebagai sebahagian daripada agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan dikendalikan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. 
5. Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%. 
6. Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan. 
7. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion. 
8. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar. 
9. Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan. 
10. Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018. 

11. Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. 
12. Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019. 
13. Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan. 
14. RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain. 
15. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri. 
16. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750 
17. Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar. 
INFOGRAFIK: Astroawani
18. Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. 
19. Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. 
20. Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan. 

21. Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit. 
22. Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019. 
23. Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019. 
24. Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun. 
25. Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum. 
26. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu. 
27. Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti. 
28. Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019. 
29. Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019. 
30. Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta. 

31. Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019. 
32. Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai

Share artikel ini kepada rakan anda
Sharing is Caring

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayakata.com/2018/11/rumusan-belanjawan-2019-32-intipati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringkasan Dan Rumusan Intipati Belanjawan 2019

Ringkasan Dan Rumusan Intipati Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1284 hits
Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah pun membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada hari ini Jumaat 2 November 2018 bermula jam 4 petang tadi Belanjawan 2019 kali ini bertemakan Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik Rakyat Sejahtera Ia ...
Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 295 hits
Buat pertama kalinya Kerajaan Pakatan membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Menteri Kewangan LIM GUAN ENG didalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ringgit Menteri K...
Belanjawan 2019 Sektor Kerajaan Catat Rm51 9 Bilion Defisit Keseluruhan Pada 2018

Belanjawan 2019 Sektor Kerajaan Catat Rm51 9 Bilion Defisit Keseluruhan Pada 2018

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Sektor kerajaan dianggarkan mencatat defisit keseluruhan lebih tinggi sebanyak RM51 9 bilion iaitu 3 6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2018 setelah mengambil kira semua pindahan dan pinjaman bersih di antara s...
Intipati Belanjawan 2019

Intipati Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 793 hits
Intipati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik Rakyat Sejahtera Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan This is a content summary only Visit my website ...
Intipati Bajet 2019 Dalam 5 Sektor Utama Negara

Intipati Bajet 2019 Dalam 5 Sektor Utama Negara

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 464 hits
Tanda tanya tentang pelaporan kewangan dan dasar perbelanjaan yang bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah pun diketahui dengan pembentangan di dalam Bajet 2019 Setiap tahun rakyat Malaysia menantikan dasar fiskal yang telah direncanak...
Intipati Belanjawan 2019 Malaysia Sektor Pelancongan

Intipati Belanjawan 2019 Malaysia Sektor Pelancongan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 825 hits
Malaysia tengah panas dengan berita pembentangan Belanjawan 2018 oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada Jumaat jam 3 00 petang di Parlimen yang mana ia adalah Pembentangan Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Antara Intipat...
Ahli Parlimen Kerajaan Kosong Adakah Kaki Ponteng Pihak Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Kerajaan Kosong Adakah Kaki Ponteng Pihak Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 526 hits
YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS Membahas Kajian Separuh Penggal RMKe 11 24 Oktober 2018 Video p s Kita melihat tiada kelibat Menteri atau Timbalan Menteri di pihak Kerajaan Rakyat pasti me...
Anak Muda Mahasiswa Ditipu Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

Anak Muda Mahasiswa Ditipu Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 328 hits
Selepas Lim Guan Eng membentangkan belanjawan untuk Bajet2019 Ramai mahasiswa dan anak muda sudah tepuk dahi kerana ditipu oleh Pakatan Harapan Lagipun semasa piliharaya umum tempoh hari mereka lah juga yang menjadi penyumbang undi terbesar...
Felda Cara Kerajaan Pakatan Harapan Hendak Tipu Pengundi

Felda Cara Kerajaan Pakatan Harapan Hendak Tipu Pengundi

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 354 hits
Oleh Mohd Sayuti OmarMazlan AlimanANTARA orang yang berkobar kobar memberi keyakinan dan harapan baharu kepada kira2 130 000 warga peneroka ialah sdr Mazlan Aliman Beliau yang juga sebagai Presiden Anak sebuah Ngo yang ditubuhkan untuk memp...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


New Findings Brokewell Android Malware Can Take Over Your Cellphone Remotely

Kau Bukan Seorang Introvert

Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape