Kerajaan Baru Berjaya Banteras Rasuah Kata Tun M


Bernama
-October 22, 2018 7:33 AM

Tun Dr Mahathir berkata, usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kejayaan besar.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditangani oleh kerajaan baru pimpinan beliau sehingga masyarakat kini sudah kurang bercakap mengenainya

Perdana menteri berkata ini kerana orang ramai termasuk syarikat dan peniaga sekarang boleh berurusan dengan kerajaan tanpa melibatkan elemen rasuah

“Kita dapati cakap-cakap mulut dan komplen dari syarikat dan peniaga bahawa kerajaan (terpalit) rasuah tak kedengaran lagi. Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang bertanya, eh apa jadi kepada negara kamu

Ini kerana apabila kita menukar kerajaan (sebelum ini) kita sekali gus sudah banteras rasuah. Rasuah sudah hampir tidak ada kerana orang takut dengan undang undang yang kita gubal (dan dikuatkuasakan),” kata perdana menteri

Dr Mahathir berkata demikian dalam temu bual khas yang disiarkan stesen televisyen Astro Awani, semalam

Dr Mahathir menyifatkan usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kepada kejayaan yang besar

Beliau menegaskan jentera pentadbiran kerajaan juga telah dibersihkan daripada pegawai-pegawai yang didapati tidak menjalankan tugas yang diamanahkan sebaliknya disyaki melakukan penyelewengan dengan cuba mencari keuntungan buat diri sendiri

“Kita sudah singkirkan orang macam ini dan kalau kita dapati ada unsur jenayah maka tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan perlu memastikan bukti kukuh diperoleh sebelum membawa mana-mana kes rasuah melibatkan orang politik atau bukan politik ke mahkamah

“Kita nak buat sekali (dakwa semua sekali) tak mampulah kerana setiap satu kes mesti diselidik supaya kita ada bukti jelas yang boleh diterima mahkamah…sebab itu kita tumpu kepada (kes) yang penting dulu dan yang lain akan disusuli kemudian bila kita dapat maklumat dan bukti yang cukup,” kata Dr Mahathir

Menjawab pertanyaan lain, Dr Mahathir berkata kerajaan kini menimbang cadangan yang dikemukakan sektor swasta dalam soal penyediaan infrastruktur, misalnya dalam soal pembangunan rumah mampu milik

“Sektor swasta ada cara membuat rumah yang boleh dijual dengan harga rendah tapi mereka masih boleh dapat keuntungan daripada projek mereka. Jadi sekarang kita terpaksa tumpu kepada peranan sektor swasta untuk (bantu) laksanakan kebanyakan janji-janji kita,” kata perdana menteri

Mengenai peranan anak muda dalam pembangunan negara, Dr Mahathir menegaskan mereka perlu bersedia untuk bekerja keras tanpa mengharapkan insentif kerajaan dalam soal memajukan diri sendiri

“Anak muda perlu belajar sebab daripada pelajaran mereka boleh cari pendapatan. Kalau nak buat apa (kerajaan) kena bagi insentif, ini tak kena. Mereka tak boleh harap insentif sahaja tapi perlu berusaha,” katanya

Beliau turut berkata negara perlu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing kerana hasil pendapatan yang dihantar keluar ke negara asal masing-masing sebenarnya merugikan negara

“Sebaliknya kalau orang kita sanggup bekerja dan wang itu tak keluar dari negara kita, bermakna pertumbuhan ekonomi akan lebih menguntungkan kita,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/10/kerajaan-baru-berjaya-banteras-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ph Sabotaj Kerajaan Lebih Baik Dari Penyamun Kata Tun Mahathir

Pemimpin Ph Sabotaj Kerajaan Lebih Baik Dari Penyamun Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 359 hits
Pemimpin Pakatan Harapan yang dituduh mensabotaj kerajaan kerana kejahilan tamak kuasa dan tidak fokus lebih baik berbanding penyangak dan penyamun yang mencuri duit kerajaan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata ...
Harapan Tanpa Tol Berkecai Tun M Kata Manifesto Dibuat Tanpa Sedia Jadi Kerajaan

Harapan Tanpa Tol Berkecai Tun M Kata Manifesto Dibuat Tanpa Sedia Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 391 hits
Perit pedih membayar atau mungkin menanti kenaikan harga tol lagi tampaknya kekal ditanggung rakyat Walaupun jalan lebuhraya terutama LPT2 tidak ubah seperti jalan kampung PEMBINAAN lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapa...
Cukai Baru Harga Barang Masuk Sidang Kedua Parlimen Gaya Dolak Dalih Kerajaan Masih Sama

Cukai Baru Harga Barang Masuk Sidang Kedua Parlimen Gaya Dolak Dalih Kerajaan Masih Sama

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 375 hits
Walaupun sudah menjadi Kerajaan namun sikap Ahli Parlimen Pakatan Harapan masih lagi seperti pembangkang Sikap berdolak dalih dan sering menuding jari masih terus menjadi permainan pemimpin PH Ini jelas dapat dilihat di dalam sidang kedua D...
Isteri Hanya Tumpang Seketika Kereta Kerajaan Kata Norhizam

Isteri Hanya Tumpang Seketika Kereta Kerajaan Kata Norhizam

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 524 hits
MELAKA TENGAH Exco Pertanian Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee menafikan tuduhan tersebar di laman sosial terhadap isterinya yang didakwa sewenang wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk ...
Derma Rm2 5juta Pas Alukan Siasatan Kerajaan Baru

Derma Rm2 5juta Pas Alukan Siasatan Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 466 hits
Percepatkan siasatan jangan kompromi serta percepatkan tindakan hukuman dan bukannya berterusan retorik politik Sehingga hari ini belum ada pendakwaan yang dijatuhkan hukuman apa yang ada hanya permintaan menangguh perbicaraan dengan wang j...
Kerajaan Ph Tiada Idea Baru Selain Salahkan Kerajaan Bn Cantas Projek Dr Najmil

Kerajaan Ph Tiada Idea Baru Selain Salahkan Kerajaan Bn Cantas Projek Dr Najmil

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 320 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil berkata tindakan kerajaan yang mahu membatalkan beberapa projek sehingga mengakibatkan ramai rakyat kehilangan kerja merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan dilihat lebih kepada pol...
Sabotaj Punca Kerajaan Gagal Kesan Dan Tangkap Jho Low Tun M

Sabotaj Punca Kerajaan Gagal Kesan Dan Tangkap Jho Low Tun M

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 366 hits
SABOTAJ dalam kerajaan dilapor antara sebab kenapa sukar kerajaan Malaysia untuk mengesan dan menangkap penjenayah Low Taek Jho kata Tun Mahathir Perdana Menteri dilapor berkata beliau percaya Itulah punca Jho Low berjaya mengelak daripada ...
Inisiatif Baru Daripada Kerajaan Untuk Kanak Kanak Tanpa Kerakyatan

Inisiatif Baru Daripada Kerajaan Untuk Kanak Kanak Tanpa Kerakyatan

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 302 hits
Satu langkah yang bijak daripada kerajaan dengan tidak membiarkan kanak kanak tanpa kerakyatan tidak bersekolah Jika kanak kanak tersebut berjaya dimasa akan datang mungkin mereka antara segelintir yang mampu menyumbang sesuatu pada negara ...
Zahid Kata Bala Di Palu Kerana Lg Bt Syed Saddiq Tanya Kalau Makan Rasuah Bala Turun Tak

Zahid Kata Bala Di Palu Kerana Lg Bt Syed Saddiq Tanya Kalau Makan Rasuah Bala Turun Tak

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 315 hits
PETALING JAYA Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan bencana di Palu dengan gejala LGBT seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita tempa...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semuanya Dibalas Sempurna

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Now Pkr Youth Chief Backs Nurul Izzah As Deputy President

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Why Is Dragon Fruit So Famous

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor