Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.

Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.

Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.

“Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang,” kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.

Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah US$70 setong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 setong pada masa ini.

Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejateraan rakyat.

Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.

Spekulasi tersebar mengenai pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.

Beliau berkata, pendapatan tersebut akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah memberi jaminan yang bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang “sukar”, adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST. Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.

Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya.—Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/bajet-pertama-akan-dibentangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 314 hits
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu
Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun

Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 385 hits
Diterbitkan 2 Nov 2018 9 40 pagiHari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakata...
Bajet 2019 Beri Petunjuk Baharu Hala Tuju Kerajaan

Bajet 2019 Beri Petunjuk Baharu Hala Tuju Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 411 hits
Pembentangan Bajet 2019 pada bulan depan akan memberi petunjuk jelas serta lengkap kepada para pelabur mengenai hala tuju kerajaan dalam perancangan pembangunan ekonomi untuk tempoh setahun akan datang kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonom...
Fice Hab Pertukaran Kriptowang Halal Pertama Di Dunia Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2019

Fice Hab Pertukaran Kriptowang Halal Pertama Di Dunia Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 359 hits
Hab pertukaran kriptowang bukanlah sesuatu yang baru Ia biasanya merupakan sebuah lokasi dimana pemilik kriptowang boleh menukar sesebuah kriptowang kepada kriptowang lain dan ataupun matawang fiat dan sebaliknya Terkini syarikat yang berna...
Jika 6 Tahun Pertama Minda Anak Tidak Dirangsang Akan Menjejaskan Perkembangan

Jika 6 Tahun Pertama Minda Anak Tidak Dirangsang Akan Menjejaskan Perkembangan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 331 hits
Enam tahun pertama adalah masa kritikal yang perlu ibu bapa lakukan untuk merangsang minda anak Jika tempoh ini dibiarkan tanpa sebarang rangsangan ia akan menjejaskan perkembangan mindanya Tambahan pula otak kanak kanak umpama span yang me...
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Yapeim Kali Pertama Tahun 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Yapeim Kali Pertama Tahun 2018

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 423 hits
Pertemuan kali ini telah berjaya membincangan dan memutuskan beberapa urusan berkaitan perjalanan dan pengurusan aktiviti dan program kelolaan YaPEIM khususnya dalam meningkatkan pembangunan sosio ekonomi ummah
Enjin Pesawat Penumpang Supersonik Pertama Dalam Masa 55 Tahun Diumumkan Oleh Ge

Enjin Pesawat Penumpang Supersonik Pertama Dalam Masa 55 Tahun Diumumkan Oleh Ge

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 256 hits
Tanggal 24 Oktober ini genap lima belas tahun pesawat Concorde melakukan penerbangan terakhir Satu satunya pesawat penumpang supersonik dunia ini terpaksa menghentikan operasi kerana kos operasi yang tinggi dan masalah keselamatan kerana pe...
Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1186 hits
Rumusan Belanjawan 2019Belanjawan 2019Berikut merupakan intipati utama Belanjawan negara bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam Lim Guan Eng1 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sekolah Keban...
In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai

Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Gwm Kita Ra Raya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31