Bagus Tak Jadi Hamba Ppbm Nazri Dedah Hanya 2 Ahli Parlimen Bn Tak Sokong Pn


 

August 1, 2021 Pertemuan melibatkan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen pada Khamis lepas memang berlaku dan semuanya memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, Nazri menjelaskan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mengambil sikap berbeza.
Malah, beliau mendedahkan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari lalu juga memberikan sokongan kepada PN.
“Saya mengesahkan pertemuan 40 ahli Parlimen BN itu adalah benar-benar berlaku. 40 ahli Parlimen BN yang menyokong keputusan mengekalkan kerajaan PN termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.
“Najib sememangnya menyokong kerajaan PN, bagaimanapun beliau meminta Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meletakkan jawatan Perdana Menteri.
“Itu sahaja nada berbeza beliau sewaktu mengadakan sidang media di Parlimen selepas itu,” dakwanya.
Nazri juga menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz bahawa kenyataan sokongan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis adalah tidak benar.
“Mohamad Sahfri ini siapa? Beliau ahli Parlimenkah? Bagaimana beliau boleh bercakap bagi pihak Ahli-ahli Parlimen BN?
“Semua ahli Parlimen BN bersetuju melantik Ismail Sabri sebagai ketua whip kita di Parlimen. Jadi beliau berhak untuk menggunakan lambang BN bagi menyatakan perkara sebenar yang telah berlaku.
“Memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi positif COVID-19 dan terpaksa kuarantin di rumah, maka Ismail Sabri merupakan wakil ahli Parlimen BN bagi membuat keputusan penting sebegini.
“Takkan kerana Zahid tiada, maka keputusan tidak boleh dibuat? Jadi Mohd Sahfri tidak ada hak bagi menafikan sokongan kami.
“Saya berada dalam mesyuarat yang diadakan di Tingkat 3, Bangunan Parlimen baharu dan ada tiga, empat orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan terhadap sebarang keputusan yang dibuat,” katanya lagi.
Khamis lalu, Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata seramai 40 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau memaklumkan perkara itu selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN di bangunan Parlimen.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen kerana perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.
Susulan titah Yang di-Pertuan Agong itu, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan meminta semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.
Untuk rekod, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen yang terdiri 38 UMNO, dua daripada MCA, masing-masing seorang daripada MIC dan PBRS.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/bagus-tak-jadi-hamba-ppbm-nazri-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 19 Daripada 31 Orang Ahli Parlimen Bn Telah Tampil Tunjuk Muka Sokong Kerajaan Pn

Hanya 19 Daripada 31 Orang Ahli Parlimen Bn Telah Tampil Tunjuk Muka Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 175 hits
PETALING JAYA Hanya sembilan belas orang Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada 31 yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ...
Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan Aha...
107 Ahli Parlimen Tak Sokong Muhyiddin Kata Anwar Hanya 113 Saja Yang Sokong

107 Ahli Parlimen Tak Sokong Muhyiddin Kata Anwar Hanya 113 Saja Yang Sokong

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 285 hits
Percubaan Ahli Parlimen Pembangkang untuk berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen tidak berjaya kerana anggota Unit Simpanan Persekutuan dengan perisai rusuhan menyekat kemaraan mereka Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Me...
Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

Surat 40 Ahli Parlimen Bn Sokong Kerajaan Tulen Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 235 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu Ismail Sa...
19 Ahli Parlimen Sokong Kerajaan Pn Tunjuk Muka

19 Ahli Parlimen Sokong Kerajaan Pn Tunjuk Muka

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com August 6 2021 12 13 PMPETALING JAYA Sembilan belas Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Ban...
Ahli Parlimen Diminta Berhujah Bagus Di Parlimen Bukan Buat Statement Di Luar Untuk Tunjuk Hero

Ahli Parlimen Diminta Berhujah Bagus Di Parlimen Bukan Buat Statement Di Luar Untuk Tunjuk Hero

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 194 hits
Ramai yang buat statement di luar Dewan termasuk Dr Mahathir Suasana di dalam Parlimen termasuk speaker yang jadi alat kerajaan sukar untuk Pembangkang menghasilkan hujah mereka Ahli Parlimen umno pula seperti Shahidan asyik mengampu tidak ...
Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua ahli parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional hari ini seorang lagi membuat penafian yang sama Kali ini Ahli Parlimen Parit Datuk Nizar Zak...
Ahli Mt Umno Dedah Kenapa Menteri Umno Sokong Muhyiddin

Ahli Mt Umno Dedah Kenapa Menteri Umno Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 250 hits
Tidak sampai seminggu UMNO meminta Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat daripada jawatan perdana menteri 14hb Julai yang lalu kabinet yang mana di dalamnya termasuk ahli parlimen UMNO menyatakan sokongan kepada Presiden Bersatu itu Da...
31 Ahli Parlimen Bn Kekal Sokong Pn Zahid Mesti Panas

31 Ahli Parlimen Bn Kekal Sokong Pn Zahid Mesti Panas

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 252 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 5 Ogos memberitahu parti itu telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis Portal Suara TV melaporkan surat yang dihantar oleh Setiau...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats