107 Ahli Parlimen Tak Sokong Muhyiddin Kata Anwar Hanya 113 Saja Yang Sokong



(FMT) – Percubaan Ahli Parlimen Pembangkang untuk berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen tidak berjaya kerana anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan perisai rusuhan menyekat kemaraan mereka.
Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka memulakan perarakan mereka ke Parlimen pada kira-kira 10.20 pagi dalam protes meminta peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan anggota Jemaah Menteri.
Laungan “Hidup Rakyat” dan “Daulat Tuanku” bergema dalam perarakan yang turut disertai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu.
Anggota polis dilihat hadir untuk mengawal situasi, dan Ahli Parlimen terbabit beberapa kali perlu berunding dengan mereka supaya perarakan dapat mara.
Namun, mereka tidak dapat berarak jauh kerana anggota FRU menghalang jalan masuk ke Jalan Parlimen dari Dataran Merdeka.
Setelah menerima arahan anggota FRU, Ahli Parlimen yang berkumpul itu akhirnya bersurai menjelang 11 pagi dengan ada yang kembali ke Dataran Merdeka.
Ketika meminta mereka yang hadir supaya bersurai, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen telah menyatakan pendirian mereka dengan jelas.
Seramai 107 Ahli Parlimen daripada setiap parti pembangkang hadir pada perarakan tersebut, tambahnya.
“Speaker (Dewan Rakyat) tidak mengotakan janji dan gagal menjalankan tugasnya. Beliau (bertindak) secara paling tidak terhormat untuk melindungi perdana menteri yang telah kehilangan keabsahannya.
“Kita di sini sekurang-kurangnya sebagai rakyat, taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga yang mahu tunduk kepada Perlembagaan dan membela nasib rakyat.
“Rakyat sekarang terkorban, derita kerana kegagalan kerajaan. Kerajaan hilang sokongan, kerajaan gagal melaksanakan tugas, tetapi terus bertahan untuk pegang kuasa,” katanya.
Selain Mahathir dan Anwar, Ahli Parlimen pembangkang lain yang hadir adalah Presiden Warisan Shafie Apdal, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada MUDA.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/02/107-ahli-parlimen-tak-sokong-muhyiddin-kata-anwar-hanya-113-saja-yang-sokong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 548 hits
KUALA LUMPUR Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan Aha...
Hanya 19 Daripada 31 Orang Ahli Parlimen Bn Telah Tampil Tunjuk Muka Sokong Kerajaan Pn

Hanya 19 Daripada 31 Orang Ahli Parlimen Bn Telah Tampil Tunjuk Muka Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 407 hits
PETALING JAYA Hanya sembilan belas orang Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada 31 yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ...
Terima Kasih Ahli Parlimen Bn Kata Muhyiddin

Terima Kasih Ahli Parlimen Bn Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 342 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinannya Beliau juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen BN yang bersetuju bahawa keabsahannya...
5 Ahli Parlimen Pkr Cuba Dibeli Untuk Keabsahan Muhyiddin Kata Saifuddin

5 Ahli Parlimen Pkr Cuba Dibeli Untuk Keabsahan Muhyiddin Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 330 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Usaha rancak sedang dijalankan untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang termasuk lima daripada PKR bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail Beliau berkata Ahli ...
Ramalan Najib Muhyiddin Hanya Dapat Sokongan Kurang 100 Ahli Parlimen

Ramalan Najib Muhyiddin Hanya Dapat Sokongan Kurang 100 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 294 hits
Najib Razak berkata jika Muhyiddin Yassin benar benar mempunyai sokongan majoriti beliau akan mengadakan undian serta merta bagi menghapuskan keraguan berhubung keabsahannya bukannya menunggu sehingga bulan depan untuk Parlimen bersidang se...
Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Mesyuarat Bukan 40 Kata Orang Dalam Bn

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Mesyuarat Bukan 40 Kata Orang Dalam Bn

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 407 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Spekulasi timbul bahawa hanya 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menghadiri satu mesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bukannya 40 Ahli Parlimen yang dikatakannya Orang dalam parti itu ...
30 Ahli Parlimen Bn Tandatangani Surat Akuan Sokong Muhyiddin Sumber

30 Ahli Parlimen Bn Tandatangani Surat Akuan Sokong Muhyiddin Sumber

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 601 hits
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan pada Ahad malam ...
Najib Dan 39 Ahli Parlimen Bn Masih Sokong Kerajaan Pn Dipimpin Muhyiddin

Najib Dan 39 Ahli Parlimen Bn Masih Sokong Kerajaan Pn Dipimpin Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 370 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal mendapat sokongan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional Sebanyak 40 orang Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Najib Razak masih setia kekal menyokong kerajaan Perik...
Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 366 hits
Nora MahparPETALING JAYA Muhyiddin Yassin tetap akan tersungkur dari jawatan Perdana Menteri dalam masa terdekat ini walaupun beliau menggunakan pelbagai helah untuk terus mengelak daripada sebarang pembuktian bahawa Presiden Bersatu itu su...
Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu

100 Nama Bayi Perempuan Modern Paling Aesthetic Super Elegan Penuh Makna