Badan Penapis Calon Pilihan Raya


 

Sebaik sahaja selesai penamaan calon PRU15 Sabtu lalu kita dapat saksikan seramai 1,386 calon akan bertanding sama ada mewakili parti mereka atau pun bebas, dalam merebut kerusi Parlimen dan juga negeri. Ini menunjukkan bahawa menjadi wakil rakyat merupakan kerjaya yang diminati ramai. Masakan tidak, penyandang yang tidak dicalonkan semula pun ada yang bertanding atas tiket bebas. Tidak dicalonkan semula boleh menangis. Bayangkan betapa seronoknya bekerja sebagai wakil rakyat. Uniknya untuk menjadi wakil rakyat kelayakannya tidak memerlukan sijil khas. Tidak perlu ada ijazah sains politik atau yang berkaitan dengannya. Sama ada anda berkelulusan sekolah rendah atau lulusan menara gading, jika cukup syarat dan diperkenan oleh parti masing-masing boleh sahaja menjadi calon. Baik anda seorang peniaga, pemandu bas, guru, peguam, doktor atau penggiat seni, anda layak bertanding. Tidak hairanlah pada hari penamaan calon kita dapat melihat 1001 ragam. Meriah macam pesta. Semua mahu jadi calon dan inginkan gelaran Yang Berhormat.
Atas perkara-perkara inilah tiba-tiba saya teringat sebuah tulisan humor lagi sinis oleh tokoh wartawan tanahair kita, Abdul Samad Ismail ketika beliau menjadi kolumnis di majalah kartun Gila-Gila sekitar awal 90an dahulu. Rencana tersebut yang bertajuk ‘Panel Pemilih Calon Pilihan Raya’ mengusulkan agar ditubuhkan suruhanjaya bebas bagi menapis setiap calon yang akan bertanding pilihan raya. Panel ini ada pelbagai peringkat dari kampung, negeri sehingga ke peringkat kebangsaan. Walaupun bernada sinis tetapi ia nampaknya logik untuk ditubuhkan. Saya ingin mengenengahkan semula idea tersebut mengapa perlunya ditubuhkan ‘suruhanjaya penapis calon YB’ ini.
Kita bayangkan untuk PRU15 ini, nama-nama calon setiap parti yang bertanding mestilah sampai terlebih dahulu ke badan penapis ini untuk dinilai. Ada beberapa kriteria yang wajar dilepasi mengikut sistem merit/demerit. Jika calon-calon ini berjaya melepasi badan penapis ini baharulah nama-nama mereka dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula yang mana SPR juga turut mempunyai syaratnya sama seperti yang kita tahu sekarang seperti tidak muflis dan sebagainya.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Jika calon tersebut sebelum ini menyandang jawatan wakil rakyat, rekodnya perlu diteliti. Apakah YB ini kaki ponteng? Andai rekod kedatangannya teruk maka calon ini mesti ditendang terus. Suruhanjaya penapis calon ini tidak akan berkompromi dengan bekas wakil rakyat yang kaki ponteng. Hansard Parlimen penggal sebelumnya mesti diteliti secara terperinci adakah wakil rakyat ini proaktif atau hanya sekadar duduk senyap seperti istilah warga Internet ‘menjadi pasu bunga’, yang membawa maksud sekadar berfungsi sebagai perhiasan dewan. Jika calon tersebut sebelum ini kaki buat bising memekak entah apa-apa ketika sidang dewan, markahnya akan dipotong. Setiap calon sama ada calon pertama kali bertanding atau calon penyandang terlebih dahulu mestilah membuat pemeriksaan kesihatan yang membuktikan mereka tiada masalah kronik sama ada fizikal dan mental. Ini saya dengar pada penggal yang lalu ada calon yang sedang sakit teruk pun masih hendak menjadi calon. Kita tidak mahu membazirkan wang rakyat dengan pilihan raya kecil pula jika wakil rakyat yang sakit teruk meninggal dunia, sedang ketika hayatnya ada pun sudah tidak mampu berkhidmat. Jika anda peka anda akan akui perkara ini benar-benar berlaku sebelum ini. Ini sangat perlu dielakkan kerana sebarang PRK akan membabitkan belanja yang besar. Calon yang menghidap sakit kronik tidak layak bertanding dan mesti ditolak mentah-mentah. Sebarang rayuan tidak perlu dilayan.
Rekod pergi kenduri kahwin orang kampung, buat ceramah di pentas atau memberi kuliah subuh di masjid, potong reben di majlis perasmian tidak termasuk dalam kategori untuk dinilai. Tiada markah bonus untuk itu.
Tidak kurang pentingnya untuk ditapis ialah umur dan berapa kali hendak bertanding. Untuk mengelak daripada berlakunya muflis idea di peringkat pembuat dasar, eloklah seorang wakil rakyat dibenarkan berkhidmat selama dua penggal sahaja. Jawatan Yang Berhormat tidak perlu dipegang sampai mati. Cukup dua penggal automatik mesti lepaskan jawatan. Jawatan Yang Berhormat juga bukan jawatan yang boleh diwarisi kerusi tersebut kepada anak-beranak sendiri. Jika ada isteri atau anak bekas YB hendak bertanding mestilah di kawasan lain, bukan di kawasan yang pernah disandang bapanya. Garis panduan suruhanjaya penapis calon ini mestilah menetapkan umur maksimum layak bertanding tidak melebihi 60 tahun. Dasar suruhanjaya ini untuk melahirkan calon-calon yang segar.
“Ha! Ha! Ha!” kawan saya, seorang penyelidik dan penganalisis politik tertawa besar apabila saya menganjurkan cadangan ini. Menurutnya walaupun logik tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
“Pertama, siapakah yang layak menjadi ahli panel ini? Silap-silap atuk-atuk bekas YB yang dah pencen ni yang melobi nak duduk dalam suruhanjaya ini nanti. Maklumlah elaunnya mesti besar,” kata kawan saya sambil meneruskan ketawanya.
“Silap-silap,” tambahnya lagi setelah ketawanya reda, “sebuah suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan lagi bagi memantau suruhanjaya penapis calon pilihanraya ini yang belum terjamin ketelusannya, dan sebuah lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan untuk memantau pula suruhanjaya pemantau ini.”
Kali ini saya pula tertawa. Barangkali inilah keunikan tersendiri budaya politik kita. Ada sisi lucunya. Apa tidak lucunya, ada calon yang saat akhir tidak jadi bertanding kerana mendapat pesanan dari arwah ibunya melalui mimpi agar tidak berbuat sedemikian. Sukar juga ahli panel penilai calon untuk menangani kes begini. Namun saranan Abdul Samad Ismail ini bagi saya cukup baik jika dilihat dari sudut positif dan saya optimis suatu hari nanti tidak mustahil keperluan untuk ia ditubuhkan akan tiba memandangkan perkembangan politik mutakhir ini cukup menjurus ke arah itu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/badan-penapis-calon-pilihan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 1 400 Calon Mohon Tanding Pilihan Raya Tunisia

Lebih 1 400 Calon Mohon Tanding Pilihan Raya Tunisia

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 173 hits
Lebih 1 400 calon mohon tanding pilihan raya Tunisia Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8 34AM
Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 300 hits
Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di TerengganuAssalamualaikum Hi korang Tinggal beberapa hari lagi kita akan menunaikan tanggungjawap kita sebagai pengundi Tempat mengundi dah tahu korang dah tahu ke siapa calon yang akan bertanding kat tem...
Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15

Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 287 hits
Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15 boleh dilihat di mana penamaan calon bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara pada 5 November 2022 ini melibatkan sebanyak 22...
Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 338 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya 2 Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya tidak hendak dengar teguran berkenaan kelemahan ini 3 Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya 4...
Pasukan Keselamatan Brazil Sedia Lindungi Pengundi Dalam Pilihan Raya Presiden

Pasukan Keselamatan Brazil Sedia Lindungi Pengundi Dalam Pilihan Raya Presiden

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 196 hits
PASUKAN keselamatan Brazil bersedia untuk melindungi pengundi serta menjamin hak rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya presiden Ahad ini kata Menteri Kehakiman dan Keselamatan Awam Anderson Torres pada Jumaat Kami bersedia daripada sudut...
Memalukan Bila Guna Kaum Agama Setiap Kali Pilihan Raya

Memalukan Bila Guna Kaum Agama Setiap Kali Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 223 hits
Memalukan bila guna kaum agama setiap kali pilihan raya Dr Mohammad Agus Yusoff 26 Oktober 2022 ULASAN Sudah sampai waktunya pengundi memilih tidak berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit Sudah sampai ketikanya pengundi memilih berdasark...
Panduan Memilih Di Dalam Pilihan Raya Umum Ke 15

Panduan Memilih Di Dalam Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat sahabat blogger yang Naim hormati Sudah kita maklum Parlimen sudah di bubar dan calon calon sudah termeterai kelmarin menunjukkan kita sudah masuk frasa mengundi pada 19 November 2022 ...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Percubaan Terakhir Buat Blogger Cucu Mat Kilau

Pilihan Raya Umum Ke 15 Percubaan Terakhir Buat Blogger Cucu Mat Kilau

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Blogger kontroversi Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau mahu mencuba nasib dalam politik sekali lagi menerusi gelanggang Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Mohd Shukri mengambil semangat daripada fi...
Manifesto Tidak Berguna Jika Pilihan Raya Lahirkan Pemimpin Korup

Manifesto Tidak Berguna Jika Pilihan Raya Lahirkan Pemimpin Korup

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 165 hits
malaysiakini comApakah makna atau erti mengadakan pilihan raya Jawapan parti parti politik mengadakan pilihan raya sekarang adalah untuk mengembalikan mandat rakyat Jawapan klise yang selalu diberikan parti parti politik ialah mandat rakyat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip