Pilihan Raya Umum Ke 15 Percubaan Terakhir Buat Blogger Cucu Mat Kilau




KUANTAN - Blogger kontroversi, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau (CMK) mahu mencuba nasib dalam politik sekali lagi menerusi gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Mohd Shukri, mengambil semangat daripada filem Mat Kilau menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bertanding dua kerusi masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.
"Ikut perancangan, saya berhasrat untuk bertanding di Parlimen dan DUN. Kerusi mana saya akan bertanding, kalau Parlimen saya masih berkira-kira untuk memilih Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota. Begitu juga kerusi DUN antara Teruntum dengan Semambu.
"Kedua-dua kerusi yang akan ditandingi pada PRU15 masih belum diputuskan.
"Tapi kalau pun sudah ada keputusan saya tidak mahu dedahkan, sebaliknya tunggu dan lihat pada hari penamaan 5 November depan," katanya ketika diminta mengulas kesediaannya untuk bertanding pada PRU15 walaupun pernah kehilangan wang deposit.
Mohd Shukri sebelum ini adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mengumumkan keluar daripada parti itu pada Februari 2011.
Beliau pernah bertanding pada PRU12 di kerusi DUN Kemayan dalam Parlimen Bera; kerusi DUN Semambu (Parlimen Indera Mahkota) pada PRU13 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada tahun 2020.
Mohd Shukri memaklumkan, pemilihan dua kerusi itu dibuat kerana rakyat di kawasan sekitar bandar raya Kuantan mengenalinya kerana pernah berjuang isu rakyat sejak tahun 1998.
Justeru katanya, ini lebih mudah untuknya menyuarakan masalah rakyat Pahang apabila berada dalam sidang Parlimen mahupun DUN sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.
Menjawab pertanyaan sama ada beliau tidak serik bertanding, Mohd Shukri mengakui serik bertanding atas tiket Bebas.
Jelasnya, senario politik di Malaysia berbeza, walaupun hebat mana calon itu atau namanya gah, namun ia sebenarnya tidak meyakinkan rakyat memilih dan mengundi calon Bebas.
"Jadi, ini memberi gambaran calon Bebas ini sukar untuk mencapai kemenangan atau istilah lebih tepat jauh panggang dari api.
"Saya sendiri rasakan bahawa calon Bebas ini tidak boleh pergi jauh, walaupun duit banyak mana pun. Ini kerana rakyat melihat calon bebas ini seperti tiada hala tuju.
"Jadi sebab itu, saya cuba menjadi calon bagi mewakili parti politik pada PRU15," katanya yang masih berteka-teki mengenai parti yang akan diwakilinya.
Pada sidang akhbar sebelum ini, Mohd Shukri memaklumkan beberapa tawaran sudah diterima daripada parti politik seperti Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Gerakan Tanah Air (GTA) serta Parti Rakyat Malaysia untuk menjadi calon.
"Ada lima kapal (parti) yang boleh saya tumpang, sudah pastinya kapal yang ingin saya tumpang menuju ke pulau (kawasan) yang selamat. Saya tidak boleh tumpang kapal yang sudah bocor, nakhoda ada dua tiga sebab haluan bercelaru.
"Saya kena buat pilihan tepat dalam masa terdekat. Selepas itu, saya akan dibawa untuk berjumpa kepimpinan parti yang telah dipilih dan mereka bawa usul ini ke dalam mesyuarat negeri untuk buat ketetapan," katanya.
Dalam pada itu Mohd Shukri memaklumkan akan bersara daripada dunia politik sekiranya tewas dalam pilihan raya kali ini.
Katanya, gelanggang PRU15 adalah percubaan terakhirnya.
"Jika kalah juga, maknanya saya sudah tidak laku dan bolehlah saya tumpukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerja lain.
"Tapi, sejak terbabit dalam politik pada tahun 1998, saya tidak pernah menyesal dalam memperjuangkan nasib rakyat serta isu alam sekitar," ujar beliau lagi. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/pilihan-raya-umum-ke-15-percubaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 262 hits
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 telah diumumkan secara rasminya pada hari Sabtu 19 November 2022 Maka terjawablah persoalan tarikh PRU15 bila selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okto...
Saya Berani Untuk Merempuh Dan Tawan Tambun Dalam Pilihan Raya Ini Anwar

Saya Berani Untuk Merempuh Dan Tawan Tambun Dalam Pilihan Raya Ini Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 219 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat pengumuman itu pada Konvensyen Harapan 2022 berkata beliau akan bertanding di Parlimen Tambun dan jadikan Perak sebagai barisan hadapan perjuangan PH malaysiamemilih awaninews SUBSCRIBE now Astro Awan...
Memalukan Bila Guna Kaum Agama Setiap Kali Pilihan Raya

Memalukan Bila Guna Kaum Agama Setiap Kali Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 235 hits
Memalukan bila guna kaum agama setiap kali pilihan raya Dr Mohammad Agus Yusoff 26 Oktober 2022 ULASAN Sudah sampai waktunya pengundi memilih tidak berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit Sudah sampai ketikanya pengundi memilih berdasark...
Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Online Dan Sms

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 218 hits
Cara membuat semakan daftar pemilih SPR 2022 Musim mengundi tiba lagi pilihanraya umum ke 15 akan diadakan pada 19 November 2022 Inilah peluang anda rakyat Malaysia menunaikan hak dan kewajiban sebagai pengundi berdaftar untuk memilih pemim...
Rakyat Malaysia Akan Ketahui Tarikh Pilihan Raya Hari Ini

Rakyat Malaysia Akan Ketahui Tarikh Pilihan Raya Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 242 hits
Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 bakal dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini dan rakyat Malaysia akan mengetahui hari yang di tunggu tunggu untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi masing masing Sama seperti menunggu anak bulan ...
Syarat Menang Pilihan Raya Tidak Perlu Hebat

Syarat Menang Pilihan Raya Tidak Perlu Hebat

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 235 hits
Kata seorang sahabat syarat menang pilihan raya dan menjadi orang politik berpengaruh dan terkenal tidak perlu hebat sangat Tidak perlu ada ijazah tinggi Tidak perlu ada kehebatan budi pekerti atau keperibadian yang tinggi Sebaliknya apa ya...
Pilihan Raya 2022 Inilah Masanya

Pilihan Raya 2022 Inilah Masanya

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 249 hits
Tugas kita ialah menolak mereka yang korup dan memilih calon yang berintegritiBy 18 Oct 2022Get ViewsBENEDICT LOPEJoin us on and for the latest Inilah masanya Pilihan raya umum akan berlangsung dan jangkaan semakin tinggi setiap hari Tidak ...
Lebih 1 400 Calon Mohon Tanding Pilihan Raya Tunisia

Lebih 1 400 Calon Mohon Tanding Pilihan Raya Tunisia

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 184 hits
Lebih 1 400 calon mohon tanding pilihan raya Tunisia Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8 34AM
Rentasan 1234 Gempar Bajet 2023 Hanyalah Satu Janji Pilihan Raya Dan Tak Bernilai

Rentasan 1234 Gempar Bajet 2023 Hanyalah Satu Janji Pilihan Raya Dan Tak Bernilai

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 231 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1234 1 BAJET GULA GULA PILIHAN RAYA RINGGIT TERUS JATUH 2 BERSATU BUKA PINTU UMNO TAK NAK MASUK 3 UMNO KATA PEMIMPIN PAS ADA GANGGUAN MENTAL 4 DR DZULKEFLY AKAN LAWAN TENGKU ZAFRUL Layari kami untuk mendapat berita da...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi